Friday, July 31, 2009

Hadiah Dari Rehal






Hadiah-hadiah yang comel ini semuanya diberi oleh adikku Rehal Nuharis. Ambik kau, sekali dia bagi... terduduk dibuatnya. Macam borong hadiah pulak. Terasa-rasa diri dihargai. Ewah...!!! Bak kata empunya diri, tugasan (macam denda pun ada jugak ni) sama seperti yang lepas-lepas. Disebabkan mood aku dah kembali ok... (tadi melayan blues sebab dengar lagu-lagu blues nak dapat mood menulislah katakan.... hampeh!) jadi aku dengan senang hati, menjawab seperti biasa. Tunggu ya dik, kalau tak puas hati tak taulah den nak buek camno lae...


Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi awards:
* Penulis muda yang aku kagumi*
Dia menulis dengan bakatnya sendiri. Umur jauh lebih muda, bakat jauh lebih besar dari bakat dan saiz badan aku. Boleh dikatakan berganda.

* Murah sangat dengan senyuman *
Susah nak tengok dia masam muka. Masa di Aswara dulu, kalau rasa-rasanya mood kurang, tengok aje muka dia, mesti aku pun ikut tersenyum.

* Baik hati dan hormat orang lain *
Mulut dia mungkin sedikit tajam, kalau bercakap tak ingat-ingat kiri kanan tapi hatinya baik. Baik sangat suka bantu orang lain dan yang paling penting dia menghormati pendapat dan pendirian orang lain.

* Suka melawak *
Masa saat-saat genting dulu (baru-baru patah hati), dia antara orang yang akan buat lawak dan buatkan aku lupa masalah dan kesedihan aku ketika itu. Benda serius boleh jadi kelakar dengan adanya dia (tambah pulak kalau dia sama-sama dengan Roy... kecoh dibuatnya)

* Bakat dia lebih besar pada saiz hidung dan badan dia *
Nuharis yang aku kenal, bakatnya bukan sekadar menulis. Macam-macam ada. Kalau nak dengar radio tapi tak ada siaran, budak ini boleh menyanyi. Suara dia pun boleh tahan, nak dengar lagu apa? Datuk Siti, Jaclyn atau Faizal Tahir. Semua dia boleh tau! Dia pun pakar memasak. Alahai, kenyanglah perut isteri dia nanti.

* Rajin bertanya dan selalu berusaha buat yang terbaik *
Dia tak segan bertanya. Aku ingat lagi, dia akan tanyakan pendapat setiap kali ada idea baru. Bukan dia tak yakin diri, tapi memastikan idea dia boleh diterima. Dan percayalah cakap aku, idea dia memang hebat-hebat. Yang dah diterbitkan jadi novel itu baru sikit. Ada banyak lagi yang masih dia tak keluarkan.

Nyatakan 9 fakta tentang diri sendiri:
(Bab ni yang malas... nampak macam cinta diri sendiri... ahakz)
# Lurus Bendul #
Abah baru cakap tadi...
"abah tipu pun kau percaya? Jangan selalu macam tu Izan, senang orang mainkan kau nanti. Memang betul cakap abah, memang aku selalu kena tipu. Sedih betul!

# Sedih sorang-sorang #
Tak guna tunjuk pada orang lain. Bagi aku, aku tak suka susahkan orang lain dengan masalah dan kesedihan aku. Kesedihan aku tak penting pun kalau nak dibandingkan dengan masyarakat dan saudara kita yang sedang berjuang demi Islam. Jadi, kesedihan yang aku ada tak sehebat kesedihan atau masalah yang orang lain alami. Insya-Allah!

# Suka Senyum #
Senyum itu satu sedekah paling senang dan murah. Kalau kita boleh ubah dunia dengan satu senyuman, apa salahnya senyum? Tak bukan!

# Sedang Berubah #
Aku sedang cuba memperbaiki diri sebagai seseorang insan dan tak mahu lagi bergelar manusia. Manusia yang hanya pandai makan, tidur... tidur dan makan. Hidup insan bukan sekadar itu. Kalau tidak, apa gunanya kita jadi khalifah di muka bumi ini. Betul tak?

# Cepat Marah dan memang sensitif #
Ini semua orang dah tahu. Cepat marah tapi, tak sampai beberapa minit lepas tu, dah ok. Entahlah, kena banyak istighfar ni. Belajar kawal kemarahan. Dah buat pun. Kat tempat kerjalah, aku dapat kawal marah tapi sampai rumah, susah betul nak kawal. Cepat sangat hilang kawalan. Kenapa agaknya?

# Mudah mesra #
Bak kata orang, masuk kandang lembu mengembu, masuk kandang kambing mengembek. Pandai-pandailah bawa diri. Kalau sombong tak guna. Abah selalu pesan, tak guna kita hidup sombong, sebab diri kita ini pun pinjaman dari Allah. Jadi, mudah-mudahlah bergaul mesra dengan orang. Opps, mesra ya... bukan GEDIK!

# Tertutup #
Percaya atau tak? Aku dah 26 tahun, tapi gerun sangat bila terdedah atau berbincang secara terbuka tentang hal-hal "dewasa". Aku juga pantang dengar orang mencarut atau guna kata-kata kesat sebab abah dan umi dah ajar sejak aku kecik jangan mencarut. Jadi bila aku dengar orang mencarut ada dua perasaan yang ada. Geli, dan kalau lelaki yang cakap... aku takut! Kenapa ya?

# Termenung #
Sebab itu wujudnya ayat Fantasi Itu Duniaku. Dalam alam fantasi ciptaan mindaku sendiri sahaja aku dapat jadi apa juga tanpa sekatan atau halangan.

# Masih Mencari #
Sedang mencari-cari siapakah Romi kepada Baiduri. Ada memang ada tapi masih kabur-kabur. Hanya Allah saja mampu jelaskan kekaburan itu. Mungkinkah Imaan itu Romi atau Romi itu Imaan? Tapi, persoalannya siapa Imaan? Hihihi, nak pinjam ayat Datuk Siti... biarlah rahsia. Ewah....

Pilih 10 penerima seterusnya bersama description:
(Bukan tak nak beri, tapi bila beri ada yang tak terjawab...bosan!)
Roydy – buku akak ni dah penuh, bila nak bayar hutang!
Jiha – Tak puas hati hari itu dia tag aku benda yang aku tag dia
Salwa – Sama macam Roy! Bila nak bayar Tag akak hah!
Nurul Mardhiah - Sama macam Salwa! Bayarlah Tag akak dik
Shana Zahar - Budak yang sedang gembira dan bahagia.
Hanny Esandra - Nak jugak Tag budak ni...
Kak Umaira - antara nama wajib di Tag!
Kak Qaseh - Lama tak tag....
Amoh - teringin nak tag dia...
Man - Macam Roy,Salwa dan Nurul.Bila nak bayar ni?