1 MALAYSIA! Aku keliru dan jadi bangang!

Renung-renungan....
Kata orang....
Bapak borek... anak rintik.

Tapi sekarang, ada sedikit kelainan....
Bapak rintik.... anak Tsunami.

Sudah agak lama rasanya aku tidak mengasah bakat mengutuk dan mengkritik aku. Sejak diberi amaran oleh beberapa orang yang benar-benar menyayangi aku. Terima kasih atas amaran kalian tetapi aku tidak fikir aku mampu bertahan sekarang. Tambahan pula di saat-saat genting yang meragut nyawa. Nyawa? Ya, nyawa. Nyawa manusia, dan bukannya nyawa haiwan pengakibat Influenza H1N1.

"Jangan kutuk sebarangan Shahaini, jejas nama dan reputasi awak sendiri nanti,"

Ya! Ayat itu membuatkan aku akur. Namun, sejak kebelakangan ini, kepala aku naik hantu setiap kali menonton iklan sebuah tv kabel berbayar (berapa banyak tv kabel berbayar kat Malaysia ni? Faham-faham sendiri!)

Sebenar-benarnya, aku bosan... jemu dan masih bangang. Aku tak faham apa itu konsep 1Malaysia. Macam biasa, bila dah mula konsep '1' maka pelbagai kempen yang akan menggunakan konsep '1'. Tak payahlah aku senaraikan sebab aku tahu, rakyat Malaysia semuanya peka dan sensitif tentang semua yang berlaku di sekeliling mereka.

Aku... terang-terang katakan, aku bukan pengipas, bukan pengampu dan bukan juga penghawa dingin badan besar itu. Banyak kali aku cakap, aku tidak akan sesekali berkhidmat atas tiket k*******. Sebab? Kau nak tahu? Tak perlu... ini bukan sudut untuk 1 SUARA LUAHAN RASA.... kalau nak merasa duduk dalam *.S.*, kau buatlah. Kebebasan bersuara .... TERHAD. Tak percaya? Buat pemerhatian sendiri, jangan malas asyik nak disuapkan terus ke mulut!

Apa? Melayu mudah lupa? Kenapa perlu tunding bangsa Melayu sahaja? Bukan Melayu... tapi bangsa manusia yang mudah lupa!

Beberapa bulan lepas aku didatangi dengan dua buah permintaan dari seorang penerbit.

"Shahaini, tolong buat proposal untuk tele-movie dan drama bersiri, berkonsepkan 1Malaysia,"

"Saya perlukan masa... sebab... saya sendiri tak faham konsep 1 Malaysia....,"

"Apalah yang susah sangat...? Satu Malaysia tentang semua bangsa Malaysia... duduk harmoni, bantu-membantu,"

"Saya cuba, sebab saya kena fahami lebih dulu,"

Kedua-dua proposal sudah aku serahkan. Tunggu saja jawapan kemudian. Aku perlu akui, tidak ada aku atau otak aku dalam proposal itu. Sebab aku masih buntu. Buntu sebab...

Agak-agaknya, selama hari ini kita duduk bukan dengan semangat 1 Malaysia ke?

Apa? Dulu kita menindas bangsa-bangsa lain? Membuang mereka kerana agama, bangsa atau kasta?

Satu Malaysia... masih adakah lagi hak keistimewaan orang Melayu?

Bila menyentuh tentang hak keistimewaan orang Melayu, pasti ada saja yang bidas....

"Orang Melayu dah naik lemak... asyik nak sabsidi, nak bantuan. Usaha sendiri tak mahu."

Mangkuk! (Marahlah ni...), cuba tengok petani. Itulah dia dulu... itulah dia sekarang. Peraih mengaut untung, petani hutang keliling pinggang. Siapa peraih? Apa yang diraih? Duit? Apa yang petani dapat? Apa yang petani raih? Kalau bantuan pun diungkit-ungkit, (sedangkan itu hak...) usaha mereka membanting tulang berhenti setakat hasil diserahkan pada peraih? Tak patut.

Makin menggatalkan mata, bila kita terpaksa TERLALU MENJAGA HATI... bangsa lain. Kenapa? Agak-agaknya kenapa?

Lihat filem... lihat lagu... lihat drama....

Tak sah kalau tak ada watak bangsa lain.
Kalau tengok drama.... filem... dan lagu bangsa lain....
mana bangsa kita?
Setakat jadi light-man....
Bukan aku nak menyalahkan konsep satu Malaysia tapi... kenapa terlalu lemah baik sangat kita untuk menjaga hati orang lain. Kenapa?

Bangsa lain makin celupar mencabar, mencemuh... kita terus diam. Kita ada budi, kita ada akal dan paling penting... kita ada Iman! Ya, aku tahu. Iman.

Adakah si sipolan sedang berusaha untuk mewujudkan bangsa Malaysia? 1 BANGSA, 1 BAHASA, 1 BUDAYA, 1 NEGARA!!!!

1 BANGSA
(Bangsa Malaysia)
1 BAHASA
(Bahasa Malaysia? Melayu+Cina+India+Inggeris+Punjabi++++++++)
1 BUDAYA
(Budaya Malaysia? Melayu+Cina+India+Inggeris+Punjabi+Rempit+Drift+Ah Long+Judi+Rogol+Bunuh+Bom Orang+Tolak Orang???)
1 NEGARA
(Malaysia ... jangan sesekali pisahkan Sabah dan Sarawak kalau benar mahukan 1 MALAYSIA!)


Kadang-kadang aku terfikir, pihak yang bertanggungjawab melaga-lagakan bangsa Malaysia adalah bangsa Politik.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku