Thursday, December 31, 2009

Hatiku tertinggal...



Sepertimana biasa, seawal pukul 5 pagi aku dah terjaga. Setelah dua jam tidur. Buat kerja apa yang patut sebelum membersihkan diri untuk ke tempat kerja. Hari ini, tugasan di pejabat memang banyak. Sudah tiga minggu berturut-turut kerja empat hari. Jadi, perlu dilipat kali gandakan kelajuan kerja.

Pukul 7.30, aku dah siap. Tinggal masa nak berlepas dengan Romi saja. Tiba-tiba, Miqhail datang masuk bilik. Terkedek-kedek, melangkah menuju ke arahku yang ketika itu sedang duduk, melepak atas katil bujangku. Tak seperti hari lain, dia diam saja dan terus mencapai kakiku. Tanpa cakap banyak, aku dukung dia dan dudukkan dia di ribaanku.

Mulutnya tertutup rapat. Matanya memandang skrin laptop yang memang setia di hujung katil sambil mengangguk. Jari halus dan kecilnya menunjuk gambar yang terpampang.

"Nak, nak...," kata Miqhail sambil mengangguk laju.

"Nak jumpa pakngah ya? Dia sibuk...," balasku diikuti ketawa kecil.



Aku mencapai patung gajah, permainan Miqhail setiap kali dia melawat bilikku. Dia mengambilnya, dan terus leka bermain. Aku cuba bangun, dan kemas bilik sebelum keluar ke tempat kerja. Belum sempat berbuat apa-apa, Miqhail menjerit. Dia menangis dan terus berpeluk pada kakiku.

"Kenapa pula ni, sayang?" ujarku sambil membelai rambutnya.

"Nangis macam orang kena pukul," kataku lagi dan kali ini terus mendukung Miqhail.

Si kecil terus membalas pelukan sekuat-kuatnya. Jadi, terpaksalah aku mengemas katil dan bilik sambil mendukung Miqhail. Setiap kali aku cuba letak ke bawah, dia pasti menjerit dan menangis sekuat-kuatnya.

"Manja betul pulak kau hari ini, ya," luahku lantas mencium dahinya.

Miqhail menangkap leherku yang sudahpun disalut dengan tudung. Dia menarik tudung coklat putih yang kupakai.

"Oh, tak nak angah pergi kerjalah ni," kataku, baru faham.

Tak boleh jadi! Setelah berpuas hati dengan keadaan bilik, aku membawa Miqhail ke rumah bawah. Kali ini, habis basah pipi aku dek ciuman bertalu-talu Miqhail.

"Miqhail kalau dah sakit memang macam ini, susah nak berenggang. Asyik nak berdukung aje," kata umi yang sudah lama bangun.

Serba salah aku dibuatnya.

"Abah kau keluar. Berkepit ajelah jawapnya umi dengan Miqhail hari ini," kata umi lagi.



Aku duduk bersila. Miqhail tetap memeluk kuat badanku seakan tidak mahu lepas walau untuk sesaat. Aku memandang ke arah jam. Sudah pukul 7.55 pagi. Kalau lewat sikit, lambatlah aku masuk ke pejabat.

Aku bangun dan terus keluar menuju ke arah Romi, sambil mendukung Miqhail. Kubuka pintu Romi dan mendudukkan Miqhail di kerusi. Miqhail terus tersenyum. Melonjak-lonjak keriangan. Tak sampai hati pula aku nak bawa dia keluar semula.

Align Center
Aku masuk ke dalam kereta, dan membawa Miqhail pusing satu kawasan rumah. Kononnya, lepas satu pusingan itu, aku akan tinggalkan Miqhail dengan umi dan terus ke pejabat. Tapi, semasa aku memandu, Miqhail yang berdiri di sebelah mencapai tanganku. Mahu tak mahu, aku terpaksa memandu kereta dengan sebelah tangan. Erat betul pegangannya itu. Lantas dia menari sebaik saja mendengar lagu yang berkumandang. Tak tahu apa alasannya, tapi mataku berair lihat aksinya itu.

Tambah melihat mulutnya yang tertutup rapat, menahan liurnya dari terus meleleh gara-gara ulser lidah yang dialaminya. Sampai saja ke depan pagar, umi dah sedia untuk mengambil Miqhail. Tapi aku terus mematikan enjin kereta, membuatkan umi kehairanan.

"Tak sanggup Ijan tengok Miqhail macam ni," kataku dalam nada yang rendah. Tak mahu umi dengar getarnya.

"Habis tu, kau tak nak pergi kerja?" soal umi pula.

"Apa kau ini Ijan, baik pergi kerja," bentak abah pula yang sudah siap sedia untuk keluar.

"Ijan keluar lambat sikit, kesian tengok Miqhail ni., Kalau dia sakit lagi, boleh bawa klinik nanti," balasku dan terus membawa Miqhail masuk ke dalam rumah lantas laju membuka tudung.

"Suka hati kaulah," kata abah.



Hampir sejam kemudian, Miqhail tetap tidak mahu berenggang dengan aku. Kali ini, aku tidak boleh terus mengikut kehendaknya. Aku perlu ke pejabat untuk menunaikan tanggungjawab dan tugasku. Mulanya aku ingin keluar rumah, bila dia sudah terlelap. Namun, perkara itu tak juga terjadi. Mata Miqhail semakin segar.

Sudahnya, nak tak nak, aku perlu keraskan hati dengan meninggalkannya di rumah. Sebelum pergi, aku cium pipinya. Berat betul hati nak meninggalkan dia dengan umi. Tambahan pula, umi bersendirian di rumah.

"Ya Allah, kuatkan hatiku ini," kataku pada diri sendiri lantas terus meninggalkan mereka dengan hati yang berbagi-bagi.

Hari ini, di pejabat. Minda dan otakku bekerja seperti biasa tetapi hatiku jauh tertinggal di rumah. Menemani umi dan Miqhail.



* Ini baru anak buah, kalau anak sendiri macam mana? Alahai...


Tuesday, December 29, 2009

Hampir tak jadi....

Sebenarnya tengah tunggu hari. Tak sabar rasanya. Tengah menghitung. Harap jadi rancangan kali ini. Kalau tak jadi, maknanya tak akan jadi sampai bila-bila. Masa itu, aku mungkin tak berpeluang menikmati saat indah bersama rakan taulan.

Apa-apapun, aku harap harinya akan tiba dan tidak ada sebarang masalah pun yang akan timbul.

Monday, December 28, 2009

Pernah Ada Rasa Cinta....

Kalau tak silap, semalam aku dengar lagu Tinggal Kenangan versi wanita. Masa itu, aku tak berapa nak layan sebab aku dah pernah dengar lagu yang sama tapi versi Saleem. Bila lama-lama, tercuit juga emosi dalam diri. Tak tahu kenapa? Tapi seakan ada sesuatu dalam nada penyanyi ini.

Jadi, disebab mahukan kepastian, aku merisiklah lagu ini di carian google. Macam-macam maklumat yang aku terima. Lagu ini dah banyak kali dinyanyikan. Namun tak siapa yang berani membuat kenyataan rasmi.

Ada yang kata Ega, ada juga kata Geby dan kumpulan Caramel. Apa pun juga kisah disebalik lagu ini, aku hanya mementingkan alunan melodi yang selari dengan susunan lirik yang mantap. Sedikit sebanyak buat aku merangkak dan kembali mengimbas sebuah kenangan.

Kepada sesiapa nak mendengar lagu ini, klik saja di sini.



Jauh Tinggal Kenangan

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih
pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih


Hari yang istimewa...

Hari ini antara adalah hari teristimewa buat seseorang yang selalu dekat di hati. Pada dia aku lihat satu cahaya.

Aku ingat lagi, ketika itu tahun 2002. Aku masih lagi seorang remaja yang terlalu mentah segala-galanya. Mudah terbunuh emosi, dan juga pertimbangan diri. Tambahan pula, aku di ambang usia yang sedang merangkak menuju ke alam dewasa.
Justify Full
Saat itu, aku hilang. Kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri. Terumbang-ambing dan asyik mengutuk diri kerana tiada kekuatan untuk melangkah. Ingin meramal masa depan dan cuba keluar dari kepompong keanak-anakan. Aku jadi kalut dan takut untuk menempuh alam dewasa. Apa yang bakal aku kecapi? Adakah aku mampu menempuh alam dewasa? Bisakah aku menjadi seseorang? Namun, siapa yang dapat meramal masa depan?

Sesiapa saja yang kenal aku di ketika itu, pasti tidak pernah menjangka dengan apa yang telah kuperolehi hari ini. Betul. Sebab aku sendiri masih bermimpian, adakah ini benar?

Saat semua kekalutan melanda diri, aku lihat dia. Aku lihat dia melawan segala cabaran hidup. Bukan semua orang boleh bangkit sepertimana yang telah dilakukannya. Pada dia juga aku belajar erti untuk tidak terus jatuh dan berhenti. Aku meminjam sedikit semangatnya. Alhamdulillah, kini aku tidak lagi memanjakan atau mengutuk diri sendiri. Aku lebih banyak memerhati dan bertindak tanpa perlu mengatur strategi. Ya, aku amat menghargai si dia.

Hari ini ulangtahunnya. Selamat Hari Lahir kepada si dia yang selalu jadi insan istimewa dalam hati dan semestinya hidupku.

Saturday, December 26, 2009

Lelaki BERKEPENTINGAN!

Pengalaman orang lain terkadangnya membuatkan kita mahu lebih berhati-hati. Ada juga ketikanya, filem atau apa juga kisah yang dapat ditimba pengalamannya turut membuatkan kita berjaga-jaga. Namun, keadaan diriku di ketika ini tak ubah seperti sedang terhenti di satu persimpangan yang mendesak segala sudut fikir, hati dan emosi.

Pernahkah aku berkongsi tentang alasan aku menggemari satu filem ini? Rasanya, tidak perlu kusebut tajuk cerita kerana tidak penting. Yang penting dalam cerita itu adalah satu dialog yang disampaikan oleh watak protagonisnya. Sedikit latar cerita dan watak dalam filem ini, yang aku ingin kongsikan di sini.

Si protagonis merupakan seorang jejaka kaya, waris tunggal tetapi masih bujang. Dia bertuah kerana dalam usianya yang mencecah pertengahan 30-an, masih mempunyai datuk. Datuknya pula kepinginkan waris dari cucunya. Malangnya, selagi si cucu tidak bersetuju untuk berkahwin, maka selagi itulah dia tidak berkesempatan untuk menimang cicit.

Si protagonis pula, seringkali didesak dengan persoalan ini

"kenapa masih tak mahu berkahwin, sedangkan usia sudah lewat?"

Aku paling suka jawapan yang diberikan si protagonis. Ringkas tapi padat.

"Keluarga ini sudah cukup bahagia. Bagaimana pula kalau seorang yang asing dibawa masuk dan menghancurkan kebahagiaan keluarga ini?"

Sebenarnya itulah satu soalan yang memerangkap jiwa, minda, emosi dan pertimbangan diriku di ketika ini.

Aku semakin fobia dengan komitmen berumah-tangga lebih-lebih lagi bila bertemu dengan misalan yang sebegini. Ubah pula situasi dan aku mengambil alih watak si protagonis! Aku, seorang wanita yang masih bujang dan sudahpun didesak pelbagai sudut untuk mencari pasangan hidup dan seterusnya berumah-tangga.

Aku belum bersedia. Pelbagai alasan yang aku boleh keluarkan. Terutama sekali bila melihat kisah-kisah disekelilingku, ditambah pula dengan kaum Adam yang bertukar peranan menjadi pisau cukur! Memang tepat, kerana lelaki memang suka pakai pisau cukur! Paling perit, aku banyak bertemu dengan golongan ini.

Kecewa benar aku melihat wanita dipermainkan. Lelaki pula semakin galak dan amat cinta dengan peranannya sebagai parasit. Menumpang dan memakan hasil 'tumbuhan' yang dikerjakan oleh kaum wanita. Mengapa ramai sangat lelaki begini?

Aku bimbang, jika di satu hari nanti aku dipertemukan dengan lelaki yang boleh menggugat kesejahteraan keluargaku. Kalau boleh, aku mahu kembali dan sentiasa kekal seperti seorang kanak-kanak. Tidak mahu terpengaruh kata-kata orang lain dan menentang keluarga sendiri. Biarlah orang kata aku pentingkan diri sendiri, tapi aku tak sanggup lihat isi keluargaku berpecah belah.

Entah. Sukar untuk aku bertemu dengan lelaki yang boleh ber'tanggungjawab' kepada dirinya sendiri. Inikan pula mahu memikul peranan sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya. Bukan aku mahu menunding jari hanya kepada kaum Adam semata-mata. Namun, rata-rata lelaki yang aku temui tidak boleh membawa tanggungjawab kepada diri sendiri.

Kebanyakannya mahu usaha keras seorang wanita. Sebaliknya mereka terus menjadi lelaki yang berkepentingan. Mengharapkan yang baik-baik sahaja dari wanita sedangkan diri sendiri serba kurang. Aduh, aku teramat fobia. Fobia lihat kaum wanita terus mati dibawah telunjuk lelaki.

Adakah pendapat aku ini salah? Masih adakah wujud seorang lelaki seperti abah? Mencari rezeki dengan hasil usaha sendiri tanpa perlu menjadi parasit kepada si isteri! Adakah ini sahaja baki-baki lelaki akhir zaman?

Seorang yang salah (pekerti dan pertimbangan) dibawa masuk ke dalam keluarga, boleh bunuh segala ikatan kekeluargaan. Aku setuju dengan dialog dalam filem yang kusebut tadi. Buatkan aku bertambah takut dengan lelaki. Lelaki parasit, lelaki pisau cukur dan lelaki berkepentingan untuk diri sendiri!

* Parasit - mula dengan sikit-sikit. Kemudian, bila dah mula makan, habis satu tumbuhan boleh mati dibuatnya! Jadi kepada sang parasit, tolonglah berubah sebelum terjadinya perkara yang tak baik berlaku! Kepada perumah pula, janganlah jadi BODOH sangat! Jangan biar diri terus dimakan parasit.

Thursday, December 24, 2009

Bila Manusia Ingin Jadi Dewa....




Hati bisa dirobek,
Tapi rasa itu bukan kau yang punya,
kerana kau bukan dewa.

Mulut mungkin bisu,
Namun suara itu bukan kau pemiliknya,
kau perlu tahu, kau bukan dewa.

Diri keras membeku,
Gerak hanya ada pada kuasa Kun Faya Kun
Bukan kau, kerana kau manusia!

Bila manusia ingin jadi dewa,
Kau selam lautan minda,
Jangan lemas dek prasangka,
Kerana kau bukan dewa,
Jelas sekali kau bukan Tuhan!

Kepada manusia yang ingin jadi dewa,
Kuasamu terbatas,
Kau sama seperti aku,
tapi aku tak serupa dengan kedewaanmu,
kerana aku sedar dan tahu,
Aku bukan dewa!

* Hatiku terbunuh dihunus lidah bermata pedang diulit mantera beracun, milik manusia yang ingin jadi dewa.

Tuesday, December 22, 2009

Bukan Ego, tapi ada Harga Diri!


Manusia belajar dari pengalaman. Pengalaman juga membuatkan manusia fobia dan adakalanya berubah menjadi - - - - hati batu dan hati kering. Mungkin itulah keadaan hati aku diketika ini. Bukan nak kata aku langsung tidak ada perasaan. Perasaan itu bukankah anugerah? Bukan senang nak dapat anugerah macam itu. Nak harapkan dari manusia? Selagi tak keluarkan duit poket, tak ada jugalah jawabnya.

Setakat hari ini, aku boleh memberikan klasifikasi kepada hatiku sebagai nazak tanpa sebarang perasaan. Agak lama juga rasa itu berkubur, kerana ianya hanya ada satu nama. Satu nama itu pula sudah lama bergerak dan terus menjalani kehidupan. Tinggal hatiku terkapai-kapai. Pernah juga ia berputik tapi tak sempat subur. Sebab? Aku dah nampak arah mana sudahnya nanti kisah hatiku ini.

Sebelum mengucapkan salam perkenalan, aku melangkahkan kaki. Terima kasih kepada hati, kerana ia tidak lagi selemah dulu dan sudah faham bahasa. Jikalau dulu ianya berdegil dan berkeras untuk berusaha tetapi lain pula ceritanya kali ini. Sepertimana si otak mengatakan cukup, hati pun turut menyahut - - - lupakan saja! (Serik dikata seperti perigi cari timba....)

Aku dah tak sanggup ditolak. Sebelum ditolak, baik aku tolak diri sendiri! Buat masa ini, aku lebih senang sendiri. Namun aku pasti, di satu hari nanti pasti akan ada seseorang yang bisa membuka dan merawat barah dalam hati ini. Insya-Allah!

- Sesungguhnya aku sudah berjanji, tidak akan menitiskan air mata untuk seseorang yang bernama lelaki. Biarlah baki air mata yang tertinggal ini terus gugur untuk si dia yang pernah ada dalam hati. Hanya untuk dia seorang!

Monday, December 21, 2009

Tiada Yang Setanding Mu....


Birthday Guy....

Aku akui, agak sukar untuk aku melindungi perasaan sayang dan kasih yang ada dalam hatiku ini. Bila-bila masa saja aku bisa meluahkan rasa itu, tanpa perlu disuruh dan juga tanpa mampu ditegah. Sepertimana biasa, tepat pukul 12 malam, aku meluru masuk ke bilik umi abah lantas laju memeluk abah.

"Selamat hari lahir abah, izan sayang abah," ujarku, lantas kukucup pipinya.

"Abah lahir pukul 7.00 pagi," balasnya pula.

Begitulah abah. Dia tidak akan terus menyambut, malah suka melihat isteri dan anak-anaknya terpinga-pinga. Aku diam saja kerana sudah terbiasa sikap abah yang satu itu. Tanpa bercakap banyak, aku masuk semula ke kamar tidur. Cuba lelapkan mata supaya rancangan esok (untuk makan besar) meraikan hari lahir abah berjalan dengan lancar.

Menjelang pukul 10 pagi, umi mula uar-uarkan pada abah yang kami sekeluarga akan pergi keluar makan-makan. Namun, abah bertindak lebih bijak. Berdegil tidak mahu menurut. Aku pandang saja along dan dia tersenyum. Lagak si anak yang sudah masak dengan perangai ayahnya. Tapi tidak aku, kerana aku keliru dan buntu sambil berfikir bagaimana cara untuk memujuk abah pergi sama.

Pelbagai alasan yang abah beri untuk tidak ikut serta sehingga akhirnya umi akur dan terus memberitau tujuan sebenar. Along tertunduk dan ketawa kecil.

"Dengan abah kau ni, tak guna sorok-sorok. Kena beritahu dulu. Tak boleh nak buat surprise pun!" bentak umi.

Abah keluar untuk sarapan pagi. Manakala kami yang tertinggal bersiap sedia. Bila-bila abah balik nanti, terus saja pergi. Ketika itu pasti abah tak boleh nak berdolak-dalih lagi. Sebelum aku pergi mencuci diri, mata terpandang ke akuarium kesayangan abah. Baki ikan-ikan yang tertinggal tidak kelihatan dek kerana penuh dengan keladak. Jadi, aku ambil keputusan untuk cuci akuarium sebelum mandi.

Mungkin ianya tak besar, tapi inilah salah satu cara aku memberikan hadiah selingan untuk abah. Kalau selama hari ini (sejak aku bekerja!) abah yang mencuci akuarium itu, jadi aku ambil pula kesempatan ini untuk membantu abah. Lagipun, rindu pula aku untuk membelai kokoi(nama ikan yang aku beri). Masya-allah, sudah besar rupanya ikan-ikan peliharaan abah.

Nasib baik aku sempat mencuci ikan sebelum abah sampai. Dan apalagi, terus kami sekeluarga menuju ke tempat yang telah dirancang oleh Along semenjak sebulan yang lepas, Restoran Cheng Ho. Seronok rasanya dapat makan bersama-sama. Tambah seronok lagi melihat abah berselera menjamu selera. Ayuz pula tidak melepaskan peluang mengambil gambar kami. Manakala umi, melayan suaminya dengan penuh kasih mesra. Aduh, bilalah aku akan merasa suasana yang sama.


Sempat pose lagi.....


Along dan abang Zamri, tekunnya... nak exam ke?


Ayuz yang sentiasa cun...


Miqhail, setia dengan Makngahnya...


Pasangan serasi, Md Zahar & Shaharum Bariah


Umi, beri hadiah kepada abah... malu-malu pula!

Namun, tiada apa yang lebih istimewa melainkan kegembiraan abah. Setelah habis menjamu selera, kami menuju pula ke tempat kelahiran abah, Kg Puah untuk bertemu dengan adik-adiknya. Nyata kegembiraan abah lebih berlipat kali ganda.

Semasa hidup mereka, aku lupa untuk mengucapkan terima kasih. Terima kasih kerana melahirkan, mendidik dan membesarkan seorang insan unggul yang pernah kutemui. Jikalau bisa waktu ini berputar, ingin sahaja aku sampaikan kesyukuran dan tahniah kepada mereka berdua. Sesungguhnya, Md Zahar b Zainal adalah insan cemerlang, bermotivasi tinggi dan terlalu mulia dimataku ini. Sukar untuk aku bertemu dengan lelaki yang boleh menyamai abah.


Allahyarham Hj Zainal Ahmad dan Allahyarhamah Halimah Kundor


Abah, selamat hari lahir ke 57....
Terima kasih kerana sentiasa memahami, mendorong dan mendidik Izan tanpa pernah berkeluh.
Izan sayang abah.....
Maafkan Izan kerana selalu tidak cuba untuk faham, terkasar bahasa dan menyinggung perasaan...
Semoga Allah lanjutkan usia abah, murahkan rezeki dan berkesempatan menikmati hasil kejayaan anak-anak abah, terutama sekali Izan kelak....
Insya-Allah...


Cuba teka, apa isinya?


Saturday, December 19, 2009

Ajarkan aku erti dewasa....



Nyatanya aku belum bersedia. Dunia ini terlalu besar, dan aku pula tak ubah bagaikan pepasir yang terhanyut dalam tiupan keras sang angin. Ya, aku masih belum sedia untuk dunia ini!

Semalam (Jumaat), detik permulaan tahun yang baru dalam kalendar Islam. Detik yang turut mengejutkan aku dan menemukan dengan keadaan yang tak terbayang difikiranku sebelum ini. Semua bagaikan mimpi ngeri di siang hari.

Kala diri dilanda celaka, hati mula ketandusan, fikiran menjadi sebangsat-bangsatnya! Mengapa aku?

Hati mula menjeruk diri, berendam dalam segala rasa bersalah. Ya! Tiada orang lain sedungu aku! Tidak ada satu manusia pun sebodoh aku! Hanya satu panggilan, buat diriku hilang bayang sendiri. Darah membeku, jantung berdegup laju dan nafas kecelaruan. Mahu aku luahkan segala tapi tidak berdaya dan terkunci dari segala arah.

Aku hanya ingin bebas. Kiri dan kanan semakin kabur. Minda mula mengarang perkara yang bukan-bukan. Aduh, sesak dan sempit seakan oksigen terlalu mahal untuk kuhirup. Tiada siapa dapat kuadu, dan tiada siapa dapat membantu.

Aku terima panggilan kedua. Kali ini, deraian airmata menumpaskan segala kekuatan diri. Wajah semua tersayang, melambai-lambai jelas. Tiba-tiba aku nampak gelap. Tiada cahaya hari esok untukku. Bagaikan ingin saja aku melarutkan diri dalam atmosfera, menghilang dan ghaib. Tak mungkin! Tak mungkin terjadi.

Satu sahaja nama yang terlintas. Pantas aku mendail nombornya.

Tidak tahu untuk aku menyusun kata-kata, namun seingat aku... meluncur sahaja ayat itu keluar dari mulut dengan membelakangkan perasaan malu serta segan. Aku adukan segala padanya, ketua editorku. Tak sampai beberapa minit selepas itu, segala-galanya selesai. Namun, sukar untuk aku tepis ketakutan dan kegelisahan yang sudah pun berjaya merasuk.

Sesungguhnya, aku tidak tahu cara untuk mengucapkan terima kasih di atas bantuan ketua editorku. Satu sahaja yang disampaikannya padaku melalui muncung telefon bimbit.

"Awak ini terlalu naif," katanya dan aku akui kata-katanya dengan hati yang terbuka.

Aku dedikasikan ruangan ini khas kepada ketua editorku kerana ada di sisi dan membantu aku melalui minit-minit neraka dalam hidupku. Terima kasih sekali lagi.

Aku akui, dia bukanlah insan pertama yang melontarkan kata-kata itu padaku. Terus-terang aku katakan, terkadang aku sendiri risau tentang diriku ini yang terlalu naif dan polos. Berkali-kali aku ingatkan yang dunia luar penuh dengan dusta dan orang-orang gila yang akan menjangkitkan virus gila kepada kita.

Umi dan abah pun pernah cakap perkara yang sama. Tetapi, bila difikir-fikirkan kembali... sememangnya aku ini terlalu bertuah. Bertuah kerana sentiasa dilindungi oleh orang disekelilingku dan tidak pernah aku terus hanyut dalam pendustaan. Kali ini juga, aku terus bertuah dan dilindungi. Alhamdulillah.

Aku akan cuba untuk lebih berhati-hati dengan menimbangkan perkara positif dan negatif. Kehidupan hari ini sudah tidak relevan sekiranya hanya melihat dari sudut positif semata-mata kerana ianya mampu menjahanamkan diri. Manusia semakin hina. Aku perlu menjentik rasa negatif kerana ia adalah yang terbaik untuk diriku. Bukan semua orang baik!

* Aku sudah letih dengan label naif. Hati, tolonglah ajarkan aku erti dewasa.... bukan terus terperangkap dalam kenaifan dan kepolosan.

Friday, December 18, 2009

Yang Jauh Biar Wangi, Yang Dekat Terbiar Busuk....

Tumpang tanya, ada sesiapa nampak tak? Aku ada kehilangan... dah beberapa hari ini aku kehilangan. Cuba cari, dan puas mencari. Tak juga jumpa. Aduh!

Seminggu aku kehilangan. Cari cana, cari sini... tak juga jumpa. Hilang apa? Aku dah hilang....


SABAR!

Kisah dan luahan hati ini adalah hasil himpunan perasaanku selama 3 minggu. Selama 3 minggu ini jugalah aku membuat pemerhatian dan penelitian dan cukup tempohnya, tiba masa untuk aku memuntahkan segala.

Bukan! Ini bukan berkenaan individu atau sesiapa saja. Cuma, mungkin dipertengahan cerita ada segolongan yang akan terasa. Apa aku peduli kalau ada yang terasa?

Minggu Pertama -
Aku aturkan masa dan sengaja keluar dari rumah menuju ke pejabat sekitar pukul 8.
Bahananya : Aku lewat dan sampai sekitar pukul 9.00 - 9.20 pagi.
Balik dari Pejabat dan sampai di rumah : 6.30 petang - 8.20 malam.

Minggu Kedua -
Aku keluar lebih awal sekitar pukul 7.45 pagi.
Bahananya : Sampai dalam pukul 8.30 - 8.40 pagi.
Balik dari Pejabat dan sampai di rumah : 6.30 petang - 8.20 malam.

Minggu Ketiga -
Aku keluar pukul 7.45 - 7.50 pagi.
Bahananya : Tiba di tempat letak kereta pukul 8.50 - 9.00 pagi.
Balik dari Pejabat dan sampai di rumah : 6.30 petang - 8.40 malam.

Aku ingat lagi, masa aku cerita ini kepada beberapa teman. Dengan mudahnya mereka kata ini kepadaku....

"Siapa suruh beli rumah jauh sangat? Salah sendiri, jangan nak salahkan orang lain?"

- Kata-kata itu membuatkan aku ketawa. Aku tak kisah kalau yang bercakap itu, berikan aku rumah di Kuala Lumpur tapi, bukankah di KL sendiri sudah padat dengan manusia? Kalau semua langau sibuk memburu sampah di Jinjang, bagaimana pula dengan sampah-sampah di Hulu Selangor? Tak seimbang, betul tak?

Nak ikutkan hati, aku boleh pilih mana-mana saja rumah sewa milik abah untuk aku tinggal, sama ada di Bandar Baru Selayang mahupun Selayang Lama. Namun, ia tetap tak mengurangkan beban! Lagipun, kalau aku tinggal sendirian di sekitar kawasan pejabat, banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Bukan kerana dekat dengan pejabat semata-mata. Orang yang tak memikul tanggungjawab tidak akan mengerti perkara ini. Dan aku bukanlah jenis manusia yang hidup untuk diri sendiri.

Beberapa hari lalu, aku ada terbaca berita yang mengatakan bahawa jalan di Rawang akan diperbesarkan ekoran pertambahan penduduk yang mendadak dan drastik. Tak aku nafi, aku antara manusia yang paling gembira pabila membaca berita ini. Namun, sebaik saja aku baca antara kekangan yang dinyatakan, aku dapat menjangka.... ianya adalah satu propaganda dan hanya angan-angan Mat Jenin dan juga cakap hanya membasahkan lidah dan mulut. Hasilnya pula, mungkin terjadi setelah abah dan umi bercicit kelak!

Bayangkan lubang hidung Miqhail (bukan lubang hidung aku sebab saiznya besar!), terpaksa menampung dan disumbatkan binatang bagak-bagak seperti gajah, badak, kancil, rusa, kelisa, godzilla dan segala jenis binatang,... tak terkoyak lubang hidung budak kecil tu?

Itulah keadaan yang sama dengan jalan di Rawang ini. Setiap hari, pagi dan juga petang. Segala datuk moyang lori, kontena, kargo, gogek-gogek, MPV, SUV, k-car, hatchback, skuter, motor kapcai, bas, pejalan kaki, pemabuk semuanya guna jalan yang lorongnya amat langsing bak pinggang Cathie Jung (pemegang rekod pinggang terkecil dunia!).

Hampir setiap hari juga aku mengumpul. Mengumpul? Ya, mengumpul dosa. Walaupun aku cuba berzikir tetapi terkadang terlepas juga kata makian dalam diri. Tambah pula dengan mamat Kapcai yang bagaikan langau-langau yang menghimpit Romi (tercalar banyak kali tau!). Salah kereta sebelah (yang makan bahu jalan), Romi juga yang digeselnya. Aku faham, semua orang mahu sampai cepat ke tempat kerja dan juga rumah. Tapi, mana pula adab sopan mereka? Hon tak tentu pasal. Dahlah jalan kecil, kalau ikut aturan, taklah sesak sangat. Ini kalau jalan dua boleh jadi sampai empat baris, apa akan jadi bila tiba untuk masuk ke satu lorong? Sebab itulah sesak tak sudah!

Aku paling tak berani jenguk, memandang muka pemandu sebelah menyebelah. Gerun , ada yang sampai tahap Zafar Supari dan Adolf Hitler sambil tangan memegang stereng tak ubah macam pegang pisau atau mortar! Tunggu masa nak menyerang. Bila dah sampai ke jalan yang agak lapang, mamat-mamat kapcai ini pula tak berfikir kesenangan bersama. Motor yang selangsing itu, duduk di tengah-tengah jalan dan yang paling menakjubkan, kelajuannya tak sampai 50km/j. Nak potong tak boleh sebab 'double-line'. Kalau ikut terlalu rapat, mengamuk pula boleh sampai bawa geng-geng rempit. Aduh!

Inilah sikap pemandu Malaysia. Bila jumpa bersemuka, sopan yang amat sangat. Beri salam tak lupa, cakap lemah lembut. Tak kurang juga dengan lelakinya, ungkapkan kata manis berselirat dengan madu. Tetapi sebaik saja naik motor atau kereta... tocang jin dan setan pun naik. Entahlah, inikah dia namanya budi bahasa? Kalau marah sekalipun, hon tak payahlah dibunyikan. Jalan dah sesak, nak cucuk muncung kereta ke mana lagi?

Sudah setahun aku bekerja, sudah setahun juga aku alami perkara yang sama. Aku berharap, orang-orang besar dan budiman lagi cendekiawan bukan sekadar memandang masalah Darfur, Gaza atau perbincangan di Copenhagen semata-mata. Sibuk mencari nama di mata dunia dengan menjadi negara pertama di dunia itulah... inilah walhal isu dalam negara bukan sekadar duduk di kerling mata tetapi langsung dibutakan! Pertimbangkanlah cara untuk selesaikan masalah dalaman terlebih dulu. Kalau boleh berbelanja berbillion-billion ringgit membantu dan menaja negara-negara luar, apa pula salahnya kalau keluarkan juta-juta (juta-juta pun jadilah) dalam negara sendiri.

Bagaikan badan manusia, sakit dalaman yang dihantar impulsnya ke otak, tidak akan selalu diberi perhatian kerana kuasa mata yang memandang lebih diutamakan. Lebih kurang macam badan sakit tak terasa dek kerana mata sedang memandang Ratu cantik berbikini.... lebih kurang macam itulah keadaannya sekarang ini.

Yang jauh biar wangi, yang dekat terbiar busuk. Cuba-cubalah wangikan yang dekat dulu, barulah hantar bekalan bertong-tong wangian kepada yang jauh tu. Kalau tak faham juga, tak tahulah nak kata macam mana lagi.

* Sekarang aku tertanya-tanya, adakah pemaju Bandar Tasik Puteri, Country Home, Taman Velox, Emerald dan yang sewaktu dengannya tak ada persepakatan untuk membina lebuhraya seperti yang dijanjikan ketika mula-mula menjual rumah kepada penduduk sebelum ini. Jalan yang ditebuk di belakang BTP itu apa gunanya? Adakah jalan ke Kundang masih belum cukup kukuh untuk tembus dan disambungkan dengan lebuhraya? Sedar tak yang penduduk kawasan Rawang dah mencapai tahap 50,000 orang? Atau tahu jual tapi tak tahu selenggara?

* Aku mengadu pada Ariff, Ayshah dan Harvinder... dan mereka katakan --- sabar. Insya-Allah aku boleh bersabar. Bila bercakap dengan Along pula --- kau keluar saja lepas subuh. Habis cerita. Betul juga kata Along, boleh dipertimbangkan. Bila dah sampai pejabat, aku tidurlah. Macam mana pula masalah balik kerja? Takkan aku nak balik pukul 6 sedangkan waktu habis pejabat 6.30.....

Wednesday, December 16, 2009

Memori yang tercipta....

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai juga yang bertanya padaku. Kenapa sudah lama tak diisi dengan sesuatu yang baru di blog ini? Kepada yang bertanya, terima kasih kerana ambil berat. Sekurang-kurangnya, aku tahu ada juga manusia yang singgah dan membaca. Terima kasih sekali lagi.

Sebenarnya tumpuan aku sedikit beralih arah ketika ini. Insya-Allah, lain kali aku tak akan lupa untuk memberi tumpuan yang sama di blogku ini. Kalau nak diikutkan, tiada apa yang menarik. Mungkin, hari Sabtu dan Ahad lepas sahaja yang membuatkan aku leka dengan ketenangan seketika.

Hari Jumaat, aku menanggung kerinduan. Apa taknya, pari kecilku mengikut mama dan papanya balik ke kampung. Balik ke rumah lepas kerja pun, aku rasa kesunyian tanpa mendengar celoteh dan melihat gelagat nakalnya.

Jadi, hari Sabtu... lebih kurang pukul 1.30 petang abah ajak keluar. Jalan-jalan. Mungkin, abah pun sama, merindukan Miqhail. Dalam pukul 2, kami sekeluarga pun mula bergerak menuju ke Utara menggunakan lebuh raya Plus sampailah ke Taiping. Hush, dah dekat dengan kampung Miqhail tu.

"Nak jumpa Miqhail ke?" soalku, nak jumpa si pari kecilku.

"Apa pulak kau ni Izan, kita nak berjalan ke tempat lain. Biarlah Along dengan famili dia. Tak habis-habis nak menyibuk!" sampuk abah.

"Habis tu, kita nak pergi mana? " tak puas hati.

"Abah cakap nak pergi Bukit Merah Lake Town Resort la, kau tak dengar ke tadi?" soal Ayuz pula yang sedang asyik memandu.

"Nak tidur kat mana?" setahu aku, tak ada apa-apa tempahan bilik hotel dan sebagainya dibuat sebelum itu.

"Redah je, mesti ada tempat tidur," sahut abah dari belakang.

Memang inilah tabiat abah. Suka redah, tapi selalunya kami taklah merempat di mana-mana. Abah, kuat pada kata hati. Tak ada lagi aku jumpa orang macam abah. Yakin dengan kata hati dan diri sendiri.

Sebelum menuju Bukit Merah, abah nak singgah terlebih dulu ke rumah dua pupu umi, pakcik Razak (cik Ajak). Lama juga tak berjumpa keluarga cik Ajak sejak dia pindah dari Selayang. Mulanya agak sukar juga untuk mencari rumah cik Ajak, tapi selepas abah hubunginya dan diberi tunjuk arah barulah lancar perjalanan.

Tak aku sangka, cik Ajak dan isteri masih lagi sama. Layanan yang diterima terlalu baik, sehinggakan kami sekeluarga pun rasa segan. Paling mengejutkan, bagaimana cara cik Ajak menahan kami dari pergi ke Bukit Merah dan tidur sahaja di rumahnya.

Semalaman di rumah cik Ajak, tahun-tahun yang menghilang bagaikan tak terasa. Dia masih lagi mesra. Bezanya kali ini, anaknya dan kawan sepermainan ketika kecilku sudahpun berumah tangga dan tinggal jauh di Kuala Lumpur. Apa yang mampu dibuat, menatap gambarnya yang terpampang di dinding. Alhamdulillah, dapat lihat gambar pun jadilah. Terimbas juga kenangan ketika kecil dulu.

Keesokan harinya pula (Ahad), abah nak bergerak pula ke Titi Serong sebab nak berjumpa dengan ayah kepada Mak Lang (adik ipar abah). Sebelum meninggalkan pakcik Ajak sekeluarga, dia ada membawa abah keluar makan sarapan pagi, hidangan istimewa Bagan Serai di Kuala Kurau. Nasi putih dan gulai ikan sembilang. Aku dan lain tak ikut sebab sudah kekenyangan makan sarapan pagi yang disediakan. Biarlah abah mencuba, mungkin lain kali kami pun dapat merasa juga.

Lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi, kami meninggalkan Bagan Serai dan menuju ke Titi Serong. Disebabkan kali terakhir abah pergi ke tempat itu lebih kurang 23 tahun dahulu, maka tersesat-sesatlah juga dibuatnya. Untuk tidak terus sesat, berhentilah seketika dan bertanyakan orang kampung. Mujur orang yang kami jumpa itu kenal dengan Tok Nawi yang kami cari. Malah, orang kampung itu juga yang menghantar kami sehingga ke simpang rumah Tok Nawi dan disambut pula oleh anaknya, pakcik Zul.

"Kalau dah sampai kawasan sini memang tak susah nak cari, orang kampung sini semuanya kenal," ujar pakcik Zul.

Di bandar? Tak tentu lagi. Jiran sebelah rumah pun tak bertegur sapa. Masjid dan surau tak bermaya pun. Kalau berbunyi, hanya warga emas sahaja yang menjalankan tanggungjawab. Orang-orang muda? Jumpa sama sendiri tak habis-habis nak menunjuk hebat masing-masing. Tak kurang juga yang suka sengaja menekan minyak sehabis-habisnya, menayang kereta dan kekayaan yang tak seberapa.

Tak dapat diungkapkan dalam kata-kata betapa berbesar hati dan gembiranya kami apabila disambut dengan baik oleh keluarga Tok Nawi. Terharu bila melihat semua anak-anak Tok Nawi (yang tinggal berhampiran) turut datang dan sama-sama menyambut kami. Sepertimana cik Ajak, pakcik Zul juga menahan kami dari balik dan makan tengah hari di situ.

Kalau ikutkan hati, segan rasanya. Apa tidaknya? Kami sampai pukul 10.15 pagi dan bertandang sehingga tengah hari. Tetapi kalau ditolak, nampak sangat kami ini sombong sedangkan mereka sekeluarga beria-ia. Pakcik Zul yang paling sibuk, balik ke rumahnya dan mengambil ikan-ikan dalam kolamnya dan pergi pula ke kedai untuk membeli barang-barang untuk dimasak.

Sementara itu, aku pula sudah tidak sabar. Dek kerana kawasan rumah Tok Nawi dikelilingi sawah padi, teruja pula aku dibuatnya. Tambahan pula, pakcik Zul dan adiknya sedang sibuk bersiap, aku ambil kesempatan itu untuk menikmati panorama indah itu. Bukan senang nak tengok padi-padi dengan lebih dekat.

Dengan bertemankan si adik kecil Mira, aku dan Ayuz pergilah mencuci mata di batas-batas sawah. Masha-Allah. Indah sungguh ciptaan Allah. Tenang seketika. Lupa segala masalah dan kesibukan kota. Dalam aku asyik menikmati pemandangan itu, Ayuz pula tidak melepaskan peluang merakamkan beberapa keping gambar sebagai kenangan.

Sebaik saja kembali dari sawah, makanan pun sudah siap terhidang. Rasa segan perlu ditepis jauh. Tambahan pula pabila melihat tuan rumah beria-ia menyediakan makanan yang kebetulan makanan kegemaranku --- ikan keli masak gulai. Terpaksa juga aku melanggar peraturan diri yang ketika ini sedang berada dalam penjagaan makanan --- berpantang makanan berminyak dan berlemak!

Tak cukup dengan itu, kami dihidangkan pula dengan rojak sebagai pencuci mulut. Sumpah aku katakan, inilah pertama kali aku rasa sesenak ini. Selesai makan, abah pun minta diri untuk pulang. Bukan kerana tak sanggup tunggu lama, tetapi takut sampai lewat ke rumah. Maklumlah, hari Ahad. Jalan tentu sesak.

* Dalam perjalanan menuju ke Rawang, berselisihan dengan Miqhail di lebuhraya Ladang Bikam. Aku yang ketika itu memandu jadi tak tentu arah, tapi terpaksa sabar. Rindu pasti terubat bila balik ke rumah.

* Walaupun tak dapat bercuti ke Bukit Merah, hati rasa gembira bertemu dengan saudara jauh. Mungkin keseronokan ini tidak akan dirasa kalau kami pergi juga bercuti di Bukit Merah

* Setelah seronok dengan ketenangan 2 hari itu, aku diserang batu karang. gara-gara tidak minum air secukupnya dan sengaja menahan - - - - - - -.... Hari Isnin terpaksalah aku ambil cuti. Sakit kali ini tidaklah seperti yang pernah kualami dulu sebab sempat teguk air limau sebanyak mungkin. Cuma aku tak dapat menjalankan tugas. Harap ketua editor dan pereka grafik memahami situasi aku ini.

Monday, December 7, 2009

Tak akan Berubah!

video
Iklan Satria yang menambat perhatianku!

Baru-baru ini Perodua melancarkan model MPV pertama keluarannya. Aku pasti ramai yang ternanti-nantikan MPV ini, al-maklumlah pencabar terdekat Proton. Kebetulan, aku pun dapat tugasan tentang Alza yang harus disiapkan untuk dimuatkan dalam majalah Kar HiFi keluaran akan datang.

Tak aku nafi, interior mahupun exterior dan juga prestasi Alza boleh dikatakan agak menggoda hati dan pandanganku. Saiznya yang agak kecil dengan kepadatan 7 orang penumpang, membuatkan aku mula tertarik.

Soal reka bentuk tolak ke tepi. Memandangkan ianya 'lahir' dari Perodua, tak hairanlah jika kereta Alza ini ada persamaan dengan kereta Toyota Passo Sette. Malah melalui maklumat yang aku baca, memang Toyota Passo Sette dibawa masuk ke Malaysia dan diberikan penjenamaan semula dengan diubahsuai mengikut selera rakyat Malaysia. Jadi, apa yang istimewanya? Jimat minyak! Itu sudah pasti...

Tidak! Bukan Alza mahupun Toyota Passo Sette yang ingin aku ceritakan hari ini, tetapi aku mahu berkongsi rasa tentang satu-satunya kereta yang aku cintai dari zaman aku remaja sehinggalah sekarang. Ya! Satria! Satria yang juga merupakan Romi kesayanganku.

Sedang aku sibuk melayari internet (cari maklumat), aku lepak sekejap di blog geng-geng kereta - Gear Tinggi. Tak semena-mena, di blog itu turut disertakan video iklan Satria. Iklan ini jugalah yang membuatkan aku jatuh cinta kali pertama dengan Satria.

Walaupun hakikatnya, reka bentuk Satria berdasarkan Mitsubishi Mirage (Cyborg/Colt), aku tak kisah tentang semua itu. Aku terdengar juga bisik-bisik mengatakan yang enjin Satria tak sehebat keluaran Mitsubishi (memanglah MUSTAHIL nak disamakan dengan enjin Jepun... aduh!) tapi semua itu aku tak ambil pusing.


Gaya Macho Romi kesayanganku...

Setakat lima tahun aku menggunakan Satria, tak ada masalah besar yang aku alami selain masalah penggunaan minyak yang hampir meragut darahku sendiri. Makan minyak betul Satria ini. Satu yang benar-benar aku suka pada Satria dan cirinya yang paling penting, memecut dengan bebas. Tatkala minyak kutekan, ngauman garang membuatkan aku seakan membelah jalan bagaikan pelesit di jalanan. Tak terkilas dek kerana laju!

Adakalanya, sedang aku memandu dengan santai... ada dua tiga mamat (tahap mangkuk ayun) yang sengaja cucuk angin! Kadang-kadang terbakar juga hati aku dibuatnya. Kalau seorang diri memang aku tak boleh tahan tapi kalau berteman, terpaksa simpan dalam hati saja. Kalau tak, ini ayat yang selalu keluar....

"Dah lama hidup?"

Aku bersama dengan Satria, atau lebih tepat lagi... Romi, punya kisah yang menarik. Sepanjang aku berada di dalam perutnya, Alhamdulillah. Belum pernah ada kecelakaan yang berlaku. Jikalau ada sekalipun, setakat tersinggul sikit-sikit. Ya! Romi memang banyak menyelamatkan aku dari keadaan bahaya. Hal inilah yang membuatkan aku teramat sayang pada Romi. Calar-calar yang ada pada badannya boleh jadikan aku keHIJAUan! Tapi kupendam saja, ada rezeki akan kubaiki semula si Romi ini.

Namun begitu, dari hari ke hari Romi tidak lagi sehebat dulu. Bukan dari sudut prestasi tetapi sudut harganya. Memandangkan Romi bakal mencecah usia 6 tahun, mulalah suara-suara berbisik, memujuk supaya aku menggantikan saja Romi dengan kereta yang baru.

Aku masih ingat lagi, abah bawa beberapa keping kertas yang menunjukkan harga dan bayaran kereta-kereta Perodua - Viva, Myvi dan Kelisa. Masalahnya, aku langsung tak berminat. Sumpah, aku langsung tak minat. Ada juga yang sengaja menyakat aku dengan mengatakan Satria dah tak ada nilai di pasaran. Jadi, apa aku kisah?

Walau apa juga yang akan terjadi, aku tidak akan sesekali melepaskan kereta pertamaku ini. Insya-Allah. Dan percayalah, aku amat-amat sayangkan Romi - Satriaku.


Bergaya, sporty... buat aku lupa diri!!!

* Aku pantang nampak kelibat kereta Satria Neo. Memang anti betul. Kalau aku nampak, mulalah aku nak berlumba sebab aku rasa, Proton Satria generasi pertama pastinya jauh lebih bergaya.

Monday, November 30, 2009

Apahal ni?

Swiss ban mosque minarets in surprise vote

By ALEXANDER G. HIGGINS, Associated Press Writer Alexander G. Higgins, Associated Press Writer – Sun Nov 29, 6:40 pm ET

GENEVA – Swiss voters overwhelmingly approved a constitutional ban on minarets on Sunday, barring construction of the iconic mosque towers in a surprise vote that put Switzerland at the forefront of a European backlash against a growing Muslim population.
Muslim groups in Switzerland and abroad condemned the vote as biased and anti-Islamic. Business groups said the decision hurt Switzerland's international standing and could damage relations with Muslim nations and wealthy investors who bank, travel and shop there.
"The Swiss have failed to give a clear signal for diversity, freedom of religion and human rights," said Omar Al-Rawi, integration representative of the Islamic Denomination in Austria, which said its reaction was "grief and deep disappointment."
About 300 people turned out for a spontaneous demonstration on the square outside parliament, holding up signs saying, "That is not my Switzerland," placing candles in front of a model of a minaret and making another minaret shape out of the candles themselves.
"We're sorry," said another sign. A young woman pinned to her jacket a piece of paper saying, "Swiss passport for sale."
Lanjut klik di sini

Sunday, November 29, 2009

Bila Kesepian Berbicara...


Wallpaper menarik tapi...

Sedang asyik melayan diri yang ketika ini mengalami sindrom kurang pendengaran, teringat pula aku kepada salah satu filem kegemaranku. Secara peribadinya, aku memberikan klasifikasi malar segar kepada filem ini. Filem yang aku maksudkan, Khamoshi - The Musical. Kali ini, bukanlah pelakon kegemaran yang menjadi punca utama aku memilih filem ini sebagai filem yang tak pernah luput dalam ingatan. Jujurnya, filem ini berdiri kerana kekuatan plot dan semestinya penghayatan watak yang dimainkan oleh pelakon utamanya. Ya, bukan selalu pendukung utama sesebuah filem (tambah pula industri perfileman di India) diletakkan secara keseluruhannya di bahu pelakon wanita. Kalau ada sekalipun, boleh dikira dan antara contoh yang paling kuat adalah Mother India.

Kala industri perfileman Hindi (yang kini lebih dikenali dengan nama Bollywood - bak kata seseorang, gelaran nama Bollywood diberikan oleh orang yang mati otak!) meletup dengan fenomena Hum Apke Hain Kaun dan Dilwale Dulhania Le Jayengge pada tahun 1995, Khamoshi tenggelam. Malah dengan keajaiban gandingan Madhuri-Salman dan kehebatan pasangan Kajol-Shahrukh Khan (ops, Dato'....), filem ini hanya tinggal debu tanpa disedari kehadirannya. Bahang yang dibawakan filem arahan kem Rajshri dan Yash Chopra sekaligus menidakkan filem Khamoshi yang sebenarnya perlu diberikan perhatian yang sama. Industri ghairah mencalonkan dan melambakkan anugerah kepada HAHK juga DDLJ, Khamoshi sekurang-kurangnya masih menerima sedikit simpati dengan berjaya merangkul Anugerah Kritikan untuk tiga kategori penting Filmfare iaitu Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Manisha Koirala) dan Penyanyi Latar Wanita Terbaik (Kavitha Krishnamurthy untuk lagu Aaj Mein Upar).

Berbalik kepada filem Khamoshi-The Musical, berkisarkan Annie, seorang anak kepada pasangan cacat pendengaran dan juga bisu. Kedua-duanya sekali. Sepanjang hayat, (semenjak dari kecil sehingga dewasa) dia mengabdikan diri kepada ibu bapanya tanpa berfikir tentang dirinya sendiri. Dia memendam satu impian, dan amat mencintai muzik. Namun, impian dan kesukaannya itu merupakan musuh terbesar kepada kedua ibu bapanya terutama sekali selepas kematian adik lelakinya yang mati akibat leka bermain loceng di puncak menara gereja. Jadi, dia tiada pilihan lain melainkan menikmati muzik secara sembunyi-sembunyi. Sehinggalah di satu hari dia bertemu dengan Raj yang kebetulan merupakan seorang penyanyi dan pemuzik. Melalui Raj, Annie mula berani melihat impiannya.

Itu adalah antara plot Khamoshi. Dilema yang dihadapi oleh Annie, tentangan keluarga yang memusuhi muzik dan tidak mahu melepaskan Annie (kerana tanpa Annie, hidup mereka kekosongan!), kekasih yang setia menunggu dan sama-sama ingin berjuang. Dalam masa yang sama, bapa Annie membenci Raj kerana hakikatnya Raj jugalah yang akan membawa anaknya pergi. Kalau nak diceritakan memang terlalu panjang.

Antara adegan-adegan yang amat aku sukai dan melekat sehingga ke hari ini...

1 - Ketika Annie berusia 9 - 10 tahun, ayahnya memaksa Annie menjual sabun dari rumah ke rumah. Annie dimarahi kerana tidak mampu memuaskan kehendak hati ayahnya yang mahukan Annie terus tersenyum. Dek kerana ingin memuaskan hati si ayah, Annie berkeras pada dirinya sendiri dan cuba sedaya upaya untuk sentiasa tersenyum dan memastikan sabun yang dijualnya dibeli pelanggan.




Ayah Annie... lakonan Nana Patekar


Senyum begini... luas lagi


Cuba senyum... terbaik untuk puaskan hati ayah!

2 - Annie bertemu dengan Raj di perkuburan. Dan di setiap pertemuan Annie dan Raj memang unik. Adakalanya di kedai muzik, di pesta yang bertemakan topeng, di studio tinggal, di rumah api dan hentian bas. Adegan yang paling terkesan antara kedua watak ini adalah ketika Raj menceroboh masuk ke rumah Annie dan bertanyakan kenapa Annie mula menjarakkan diri. Annie terus berlari membawa Raj ke bilik ayah dan ibunya lalu menjerit sekuat hati dan mengatakan jeritannya tidak akan didengari oleh sesiapa melainkan dirinya sendiri. Bermula saat itulah Raj faham situasi Annie dan membantu serta memberi sokongan untuk Annie mencapai impian dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai anak yang baik.













3 - Keluarga Raj datang ke rumah Annie untuk sesi perkenalan (breaking the ice), tapi disebabkan kecacatan dan sikap inferior ibu Annie membuatkan majlis hari itu jadi teruk. Dan ketegangan suasana perdebatan antara Annie dan ibunya, aku kira amat cantik. Bayangkan bagaimana kesepian berbicara? Itu yang menariknya adegan ini.


Ice breaking ... keluarga Raj dan Annie


Inferior si ibu... lakonan Seema Biswas


Cuba memujuk....


Debat dalam sepi...

4 - Annie menyanyikan lagu Yeh Dil Sun Raha Hai, untuk rakaman studio serta disaksikan oleh ibu dan ayahnya. Annie menyanyikan dan dalam masa yang sama turut membuat bahasa isyarat semoga ayah dan ibunya faham. Emosi kesemua watak ketika itu memang memberi kesan kepada aku yang menonton. Tambah pula bait-bait lirik yang benar-benar menyentuh hati.


Bahasa Isyarat....


Manisha Koirala... Annie


Nyanyian dan bahasa isyarat....


Salman Khan... Raj


Terharu... faham nyanyian anak mereka
berpandukan bahasa isyarat
(Sesuatu yang tidak baik bakal berlaku...)

5 - Annie dihalau keluar oleh ayahnya dan di mana Annie mengungkit semuanya. Ayat yang paling meninggalkan kesan terhadap aku (aku rasa semua yang mempunyai perasaanlah akan terasa!) ...

"Kamu tak benarkan saya untuk menangis sekalipun, ... yang kamu tahu paksa saya untuk senyum senyum senyum!"



"Selama hari ini kamu tak pernah anggap saya sebagai anak. Saya bukan anak kamu tetapi suara kamu."



"Bila saya sakit, kamu tak benarkan saya sakit. Bila saya kecil kamu tak biarkan saya kecil."



"Hari ini saya nak jadi ibu dan kamu nak rampas daripada saya"

Tak dapat aku nafi, memang filem ini memberikan impak yang amat mendalam pada diri aku. Ketabahan seorang anak perempuan, harapan yang diberikan oleh ibu bapa kepada dirinya, membuatkan filem ini amat dekat dengan insan yang segolongan dengan aku. Cinta dan impian bukanlah tunjang utama. Lakonan yang dipersembahkan oleh Manisha Koirala, Nana Patekar, Seema Biswas dan Salman Khan amat bertepatan. Sentuhan sulung pengarah tersohor Sanjay Leela Bhansali ini (pada awalnya menemui kesukaran untuk mencari pelakon gara-gara tiada sesiapa pun sanggup memperjudikan nasib berlakon di bawah arahan pengarah baru, tambahan pula dulunya dia hanyalah seorang koreografer! biasa yang bukan sehebat Farah Khan atau Saroj Khan) telah membuka mata ramai dan sehingga ke hari ini semua nama-nama besar dari Shahrukh Khan (yang dulu pernah menolak tawaran Sanjay!) sehinggalah Hrithik, semuanya berebut-rebut mahu berlakon filem arahannya. Lihatlah saja filem Devdas dan akan datang Guzarish!

Apa yang boleh aku katakan, aku lebih gemar memilih filem Khamoshi berbanding filem-filem arahan Sanjay Leela yang terkemudiannya termasuklah Hum Dil De Chuke Sanam, Devdas dan Saawariya. Aku rasa hanya Black yang menemukan kembali ketulusan Sanjay seperti filem sulungnya Khamoshi. Apa-apa pun, Khamoshi tetap di hati dan mungkin aku terlalu menggilai filem ini sehinggakan aku pernah adaptasikan ianya menjadi sebagai skrip drama sebabak dengan tajuk Suara!


Antara poster Khamoshi yang paling aku suka....

Saturday, November 28, 2009

Kebocoran Gegendang?


kalau boleh nak nangis macam bayi ni... huhuhu

Raya kali ini tak begitu meriah, terima kasih kepada telinga kiriku yang tiba-tiba diserang sakit kuat. Kalau raya Aidilfitri lepas, aku di serang batu karang (alhamdulillah sekarang dah pulih, baki batu-batu pun dah keluar habis!) kali ini, telinga pula buat hal. Sebenarnya sejak Isnin lepas aku dah mula terasa kesakitannya, tapi buat tak endah. Malas nak layan. Sudahnya, semalam aku terduduk tak dapat nak gerak. Lagi menyakitkan hati, terdengar-dengar seakan bunyi tapak kaki hampir dengan gegendang.



Nak dijadikan cerita, masa Andak datang ke rumah semalam telinga aku buat pe'el tahap kritikal. Aduh! Malas betul nak layan tapi bunyi dengung ditambah dengan denyutan yang bagaikan mengikut degup jantung membuatkan aku tak tahan dan menyerahkalah. Aku pinta untuk dibawa ke klinik. Tak mahu ke hospital, buat habis duit minyak saja.

Terkedek-kedeklah aku masuk ke dalam kereta yang ketika itu dipandu oleh abang Zamri sambil ditemani Along. Mulanya aku nak pergi sendiri, al-maklumlah dah besar panjang. Tambah pula di rumah masih ada keluarga Andak. Tak manis pula kalau tinggalkan rumah begitu saja beramai-ramai. Niat aku tak kesampaian bila Along kata yang aku tak mungkin boleh pandu kereta sendiri. Betul juga kata Along. Sedangkan masa abang Zamri pandu kereta pun aku dah rasa bergetar satu badan, inikan pula nak memandu sendiri.

Sampai di klinik, kebetulan tak ada pesakit. Jadi, sampai-sampai terus masuk. Macam biasa aku teruslah cakap tanpa segan silu.

"Doktor, saya sakit telinga....,"

Doktor hanya senyum. Tak apa, senyuman itu boleh dimaafkan. Lantas dia menarik cuping telingaku. Rasa nak menjerit pun ada juga. Tapi kutahan. Tak mahu tunjuk sakit sangat, khuatir diketawakan.

"Tak beraya?" soalnya yang sengaja menyimbah bara dalam telingaku.

Aku gelak saja. (faham-fahamlah macam mana aku gelak, bergegar bilik tu dibuatnya)

"Sakit macam mana nak raya?" aku balas balik dengan soalan.

Doktor yang tidak ingin kuketahui namanya itu, gelak dan tersengih.

"Telinga awak ada bisul," katanya lagi sambil meletakkan otoskop/teropong telinga (siapa yang pernah sakit telinga tahulah teropong yang aku maksudkan!)



"Oh, tapi kenapa saya saja yang selalu dapat bisul tu. Ini bukan kali pertama doktor. Tak silap saya, beberapa bulan lepas pun saya baru sakit telinga dan dalam tahun ini saja tak terkira berapa kali dah," kataku lagi kali ini aku mahu tahu yang sebenar-benarnya.

"Gegendang telinga awak pernah kebocoran sebelum ini?" soalnya lagi seolah-olah aku ini doktor kepada diri sendiri.

"Entahlah doktor. Setiap kali saya sakit telinga, doktor cuma cakap telinga saya dihinggap virus. Tak pernah pulak cakap gegendang saya bocor," kataku yang agak kebingungan.

"Masa saya guna alat tadi, saluran telinga awak agak sempit. Selain ada bisul, gegendang awak langsung tak beri tindakbalas dan warnanya pucat dan pudar tak seperti gegendang yang sihat," terangnya pula.

Aku makin bertambah bingung. Bukankah kalau gegendang bocor maknanya kita akan jadi pekak? Tapi setahu aku, aku taklah pekak pun dan masih mampu mendengar bukan macam isteri Pak Man Tempe dalam cerita Seniman Bujang Lapok yang memaksa orang lain terjerit-jerit bila bercakap dengan aku.

"Apa saya perlu buat doktor?" soalku nak keluar cepat. Malas nak melayan lagi celoteh doktor itu.

"Cuci, tapi bukan cuci sendirilah. Kalau cuci sendiri berbahaya. Awak perlu pergi ke hospital untuk lakukan cucian telinga untuk menghilangkan segala bakteria dan kulat yang mungkin ada dalam saluran telinga," jelasnya lagi sejelas-jelasnya.

"Terima kasihlah doktor," kataku lantas mula melangkah pergi tapi sempat ditahan doktor.

"Selamat beraya ya," ujarnya dari kejauhan sebelum aku benar-benar melangkah keluar.

"Beraya hanguit kau," ujarku dalam hati.

Hari ini dah dua hari telinga aku berdondang sayang dengan irama heavy metal yang terkadangnya sengaja mengoyakkan dinding-dinding salur telingaku. Aduh, sakitnya tak terkira. Sabar sajalah. Mungkin ada hikmahnya.

Tuesday, November 24, 2009

Berkabung pilu...



Tak siapa faham melainkan diri sendiri...
Dan benar aku sepi...
Ku akui, jodoh tak panjang...
Tapi cukup untuk dikenang....
Harap dia bahagia dan tenang...
Selamat tinggal, selamat jalan sayang...

Khas buat Jiji...
Yang terakhir di sisi...
Pergi meneladani Jaanu...
Buat hati berkabung pilu...

Lapang Minda, Jiwa di Pelabuhan Dickson

Sekadar makluman ...
tangan dan lutut hakmilik Ayuz...

Terus terang... aku memang tak berapa suka nak pergi bercuti di tempat yang aku rasa boleh mengundang risiko. Tambahan pula, musim tengkujuh ini. Pergi boleh, tapi balik tak tentu lagi. Itu yang aku fikir sejak seminggu lalu (sejak dapat sms dari Mak Andak). Aduh, fobia tak tentu pasal.


Bilik penginapan di PD....

Dalam keadaan hati yang tak ketentuan, aku menurut saja kehendak lima yang lain. Umi, abah, along, abang Zamri dan Ayuz semuanya gembira. Tak ketinggalan, si Miqhail yang memang gembira ria sepanjang masa. Petang Sabtu, bertolaklah aku sekeluarga menuju Pelabuhan Dickson.


Aku pakai snow-cap ya, bukan anak tudung... aduh!

Tepat pukul 6.30 petang, sampailah kami ke Kondominium TNB. Tersergam indah bersama logo mentol di tengah kemuncaknya. Ada satu perasaan lain pula yang merasuk perlahan-lahan dalam hati. Subhanallah... tenang menyapa jiwa dan tika itu segala ketakutan hilang. Malah, tak tertahan-tahan pula kaki ingin melangkah ke tepian pantai.


sesi 'mendera' umi yang tak suka bergambar... aiya!


terikut-ikut 'hangin' Ayuz... hahaha

Disebabkan kelewatan dan mencecah Maghrib, aku pendamkan saja hasrat untuk menghempas diri ke dalam kolam. Selepas selasai Maghrib dan mengisi perut yang kekosongan, aku berdua dengan Ayuz dan Nurul (sepupuku) sepakat untuk mengabdikan diri ke tepian pantai.


abah dan andak, berdiskusi! Abg Zamri?
Tertidur agaknya. Rambut je yang nampak...hahaha

Walau dalam pekat malam, kami bertiga redah juga hinggalah sampai ke destinasi dengan bertemankan cahaya kesamaran dari bulan. Sungguh romantis, kalaulah ditemani dengan insan yang tersayang mungkin lebih indah perasaan hati ini. Deruan ombak yang memukul pantai semakin garang. Ketakutan muncul, tapi segera aku tepis dengan mengalihkan perasaan.

Bukan aku mahu mengenang, siapalah aku untuk menghentikan ingatan pada si dia? Tenang dan kegarangan ombak, membuatkan ingatanku perlahan-lahan menjejak si dia. Sayat sekejap rasa di hati. Rindu datang membisik, tapi masih gagal untuk menjeruk hati. Hah! Aku tak akan menitiskan air mata di sini. Tujuanku datang bukan untuk bersedih. Cepat-cepat kutarik diri, menuju ke taman permainan.


Aku dan Nurul... ahakz

Sudah bertahun-tahun rasanya tidak aku menikmati perasaan girang seorang kanak-kanak. Tatkala mata memandang buaian, segera aku melabuhkan punggungku. Mujur saiznya padan dengan lebar punggungku dan belayarlah aku, membelah malam. Seronok tak terkata, seakan bebas segala rasa yang berkurung di dalam.

"Anyah, nanti guard datanglah. Bangun cepat, ini tempat budak-budak," kata Ayuz sekaligus meranapkan hati anak kecil dalam diriku.


seronok sangat...

Nurul hanya ketawa memandang gelagat kami dua beradik. Atau mungkin sekali dia mengetawakan aku yang tak ubah seperti perangai budak-budak. Entahlah, hanya dia yang tahu.

Beberapa minit kemudian, dua lagi sepupuku turun dan menyertai kami. Semakin riuh keadaan taman permainan. Ditemankan pula suara-suara pengunjung lain yang kebetulan sedang menyanyi karaoke. Di satu sudut yang lain, sekumpulan keluarga sedang mengadakan sesi bakar-membakar. Inilah baru dinamakan percutian. Alangkah seronoknya kalau semua yang lain turut serta dan mengimbau kembali kenangan sewaktu arwah wan dan arwah tuk hidup dulu. Ya, kali terakhir percutian keluarga Zainal yang terbesar di PD, beberapa tahun yang lalu. Ah, betapa aku merindui saat-saat itu.

Sebelum masuk tidur, sempat juga aku menjeling ke arah kolam. Air birunya, melambai-lambai.

"Tunggu, esok pagi akan aku jamah juga engkau nanti," kataku sendiri sebelum masuk dan berlayar ke alam mimpi.

Keesokan hari, masing-masing bersedia dengan uniform ke kolam mandi. Hahaha, kelakar pula aku lihat diri sendiri. Melanggar peraturan diri (tak mahu mandi depan khalayak, malulah kononnya!). Sudah agak lama juga aku tak berbuat begini tapi disebabkan keinginan yang meluap-luap, aku benamkan saja peraturan diriku itu. Aku kepingin sangat bercuti ke tahap yang paling maksima!


'Briefing' sebelum terjun kolam...
Mak Andak dan Umi... chewaah!

Setelah selesai menyentap sarapan pagi (bihun goreng suku pinggan), aku pun menyerang kolam yang biru airnya. Tak sedar yang diri sedang diperhatikan. Ah, lantaklah, korang mengata korang tanggunglah dosa. Niat aku nak hilangkan tensen yang menghinap di jiwa, hati dan minda. Dek kerana tak tahu teknik betul untuk berenang, berjalan-jalanlah aku di dalam kolam. Hahaha. Lawak sungguh.



Along dan suami,
bangga dengan pelampung untuk Miqhail!


Gaya Along yang kawal cun... hehehe


Gaya lupa diri si Miqhail....


Miqhail dan uncle Ijam... kiut sangat!

Aku tak mengalah. Ayuz pun begitu. Sudah memang tabiat kami dua beradik tak akan mengalah. Jadi, masing-masing dengan usaha sendiri, belajar juga berenang sambil menerima sedikit tunjuk ajar dari Nurul. Nurul, terima kasih ya! Along dan suaminya pula menemani si kecil Miqhail yang bahagia di atas pelampungnya. Kasihan, tak boleh lama. Mukanya kebiruan dan badannya menggeletar kesejukan. Aku dan Ayuz beserta Anuar, Ijam dan Nurul masih enggan berganjak dari kolam. Sudahnya, 2 jam kemudian, barulah hati masing-masing tergerak untuk keluar.

Sopannya....

Mana aku nih? Tak nampak-nampak pun...


Teka yang mana satu aku?
Hihihi... yang belakang sekali itulah!

Namun aku puas. 2 jam dalam kolam, aku sudah pandai berenang (semestinya bukan tahap Michael Phelps). Beberapa kali juga aku dapat perhatikan seorang mamat ini tenung aku tak sudah. Lantaklah. Mata kau, rezeki kau... gamak hatiku. Malas nak berfikir sangat sebab berfikir bukanlah peraturan yang diperlukan ketika bercuti... hahaha. Jadi, tak lengkap pula pergi ke Pelabuhan Dickson tanpa mencecah kaki ke dalam air laut. Dengan bersemangatnya, kami berlima pergi pula ke gigi pantai.


Anak-anak Andak... Ijam, Nuar dan Nurul

Ala-ala manja....

Adegan kejam... 18 tahun ke atas... hahaha

Tak sedar, dalam meniti tepian pantai rupa-rupanya aku sudah sedikit jauh ke dalam. Ombak besar menghempas badanku yang kegempalan ini dan bersyukur aku tidak tumpas dan kelemasan. Berlari-larilah aku naik ke tepian semula. Besar betul ombak. Dalam hati yang mula tak tenteram, aku tarik tangan Ayuz.

"Jom naik, jangan buat hal kat sini,"

"Kau pergilah, awal sangat lagi ni," kata Ayuz.

"Apa-apa jadi nanti, umi tanya aku. Baik naik cepat!" bentakku.

"Naik ajelah, nanti aku naik pula. Nak mandi kolam lagi ni," katanya pula sambil tangannya memegang telefon yang baru dibelinya.

Nak tak nak, aku pergi juga dan berlari naik ke kondo. Seperti biasa, umi serang aku bertanyakan mana yang lain. Aku kata yang mereka ada di laut. Apa lagi, masing-masing panik. Aku tak melayan sangat dan masuk ke dalam bilik air. Bertafakur dalam seminit dua. Aku keluar semula dan umi sempat pesan...

"suruh Ayuz jangan main dekat laut... abang Zamri kata ombak besar!"

Aku angguk saja.

Sampai-sampai aku di kolam, Ayuz melambai. Alhamdulillah, dia dengar cakap. Aku pun apa lagi? Terjunlah mendapatkan dia dan yang lain-lain yang sedang bersuka ria berenang. Sesi kedua dalam air, mencecah sehingga 2 jam. Umi di atas sudah berkali-kali memanggil tapi aku hanya senyum tanda tak mahu berganjak lagi.

Disebabkan sudah ramai yang bertebeng di tepi kolam, aku ajak Ayuz naik. Tak baik pula lama-lama dan buatkan orang lain menunggu. Naiklah aku dan Ayuz. Rehat beberapa ketika dan pergi pula ke bilik sauna bersama Along, Mak Andak, Nurul dan Ayuz. Umi tak mengikut sebab keletihan dan tidur. Seronok juga bersauna. Habis setiap inci badanku berpeluh.

"Izan, inilah caranya orang-orang kaya nak berpeluh. Tak payah bersenam, duduk pejam mata, santai... peluh pun keluar," kata Along.

"Cara orang malas!" kata Ayuz pula sambil diikuti hilaian tawa masing-masing.

Waktu malam, dua keluarga ini pun mengembara mencari tempat untuk mengisi perut. Jimat Tomyam. Unik betul nama kedai makan itu. Seunik tomyamnya yang tidak berasa. Hahaha, habis juga dalam tak sedap-sedap itu. Apa taknya, dah perut kosong melopong, kalau sediakan kuih sekeras batu pun habis dilahap. Hahaha.

Tepat pukul 6.30 pagi hari Isnin, aku sekeluarga pulanglah semula ke kota sambil di hati berkata-kata

"Bila lagi kita nak bercuti seperti ini ya?"