Sunday, December 23, 2012

Masterchef Tasik Puteri

Dah agak lama aku tak selitkan aktiviti masak memasak dalam blog ini. Kebetulan, hari ini aku sangat lapang untuk jadi chef, memusnah dan menyepah ruang dapur kesayangan umi. Sebentar. Hmm, baru-baru ini, dapur comel dah bertukar tangan menjadi ruang kesukaan abah. Abah memang suka masak. Untung kami. Lebih untung lagi, umi! Wanita kesayangan abah, selamanya! Cewah...

Mula-mula sekali, aku ingin beri peringatan. Peringatan dan amaran mesra. JANGAN KETAWA!

Yalah, masakan yang bakal menghiasi entri ini sekadar hidangan basahan. Tak susah pun. Pejam mata pun boleh siap. Sedap atau tidak, terpulang pada lidah yang merasa. Aku kira, kalau hidangan dah habis licin. Cukup rasalah agak-agaknya. Kalau tak, mesti tak terusik. Betul tak? Sekadar andaian ya.

Maklumlah, hari ini Sabtu. Hari bermalas tahap satu. Sarapan terlebih dulu aku masak. Itu pun sekadar mihun goreng. Tak sempat aku ambil gambar, dah habis. Kalau dah lapar, batang kayu pun boleh telan. Hahaha. Harapnya, mihun goreng air tangan aku taklah keras macam batang kayu dan taklah masin macam air laut!

Tengah hari, masih tiada bayang-bayang chef jemputan luar yang sudi memasak. Waktu pun bukanlah tengah hari, sebaliknya hampir pukul 2. Dek kerana, perut dah mula berlagu Fevicol Se, berlarilah sepantas mungkin aku ke dapur. 

"Hari ini, biar Izan masak. Umi dan abah, rehat! Masak apa? Biasa-biasa aja. Yang penting, dapat dimakan."

Kalau aku dah ke dapur, susah sikit nak bertolak ansur dengan kehadiran chef-chef lain. Amboi, sejak ada rancangan Masterchef, semua orang aku nak panggil chef? Demam ke? Lalalala...

Buka pintu peti sejuk. Bahagian daging. Alur kening aku terangkat-angkat, dah dapat membau haruman ayam kejung! Maksud aku, ayam keras dek air batu. Aku selongkar dan bawa keluar. Menjalankan proses pelembutan daging, bukan tulang. 

Sambil menunggu daging ayam lembut, tangan mencapai sayur-sayuran hijau. Peka dengan kehadiran wanita yang sedang berpantang, aku elak penggunaan sos tiram. Gila! Gatal tak pasal budak tu nanti. Maksud aku, Ayuz. Bonda kepada Firzudeen Aqashah. Anak buah terbaru aku. Itu, aku cerita lain kali. Tunggu lagi sebulan. Tak boleh langgar pantang! Hahahaha.

Resepi yang menetap di kepala otak, sayur tumis dan ayam goreng masak merah tomato! Nak tahu resepi? Alamak. Maaflah sangat-sangat. Tak ada abang kamera yang nak rakam setiap pergerakan aku di dapur. Inipun, masa aku tengah sibuk memotong dan menggoreng, umi dah pelik tengok aku sibuk dengan BlackBerry! Menangkap gambar. 

"Kau kenapa?" sergah umi.

"Sempat tak Izan masak dalam 1 jam? Nak masuk Masterchef 3 ni."

"Mengarutlah kau. Masak ajelah, tak payah nak main-main,"

"Eh, mana tahu Izan menang. Musim pertama Ezani, kedua Izyan...ketiga tentu Izan!"

"Izan, masak buat cara nak masak..." tegur abah pula yang datang dari entah mana.

Laju tangan aku mericih bawang-bawang dan bahan-bahan lain. Tak berani nak berlakon lebih-lebih. Silap haribulan, papan pemotong hinggap di mulutku! Lalalala... sekadar gurauan. Keganasan tahap itu tidak pernah berlaku setakat ini di dapur rumah kami, Tasik Puteri. Hahahaha...

Potong-potong sayur, ikut suka hati nak buat bentuk apa pun!

Ini peringkat akhir, sebelum itu tumis bawang merah, putih dan lain-lain lagi

Goreng ayam, seberapa banyak kau nak, selama mana kau suka. Jangan hangit, sudah!

Masak kuah, berasingan (resepinya, kalau nak datang rumah; berguru! Hahaha)
Mandikan ayam goreng atau gaulkan. Mana-mana yang kalian suka! Bebas...
* Kalaulah masakan begini dihantar ke hadapan juri-juri Masterchef, memang tak dilayan. Play safe! Hahaha. Setakat makan di rumah untuk famili, ini pun dah kira bersyukur. Alhamdulillah!

Wednesday, December 12, 2012

12/12/12

Sebelum tarikh yang satu ini tiba, macam-macam andaian telah dibuat oleh pelbagai pihak. Entah. Pihak bertanggungjawab ataupun tidak. Tak mahu komen banyak. Kononnya, ada dua tarikh yang diandaikan sebagai penamat kehidupan manusia dan makhluk lainnya di muka bumi ini. Satu; 12 12 12 dan yang keduanya; 21 12 12! Haish. Manakah pergi pedoman?  

Malas nak cerita banyak tentang dua tarikh ini. Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa. Termasuklah kehidupan aku yang semakin hari, semakin sibuk. Sibuk dengan tugasan yang pelbagai. Manuskrip tak tersentuh lagi. Penerbit dah mula merisik khabar, bila proposal untuk Tele-movie boleh disiapkan. 

Kerja, kerja dan kerja! Alhamdulillah. Ada juga benda yang perlu aku buat. Taklah menunggu kiamat datang. Oh ya, kalian sedar bukan? Kalian dan kiamat, jaraknya hanya sejengkal? Ha! Tak tahu? Sungguh tak cukup lagi IQ di minda. Berfikir di luar kotak ya? Jangan asyik sempit dan menyempitkan diri. 
 
12/12/12 Hari lahir Rose
Sebenarnya, tarikh hari ini sangat menarik. Aku pasti, ramai sungguh manusia yang menunggu dan memilih tarikh ini sebagai sesuatu yang istimewa khususnya pasangan yang nak menikah! Betul tak? Tak kurang juga di pejabat aku, ada seorang teman yang menyambut ulangtahun hari kelahirannya. Fakta menarik; kami berkongsi tahun kelahiran. Indahnya satu kebetulan. Mungkin disebabkan hal ini, kami rapat dan sesuka hati berbicara tentang apa juga. 

Majikan kami meluangkan masa untuk meraikan hari kelahiran rakan setugas ini. Maka, merewang-rewanglah kami beramai-ramai; bertemankan majikan. Sekurang-kurangnya, lepas kepala. Eh, maksudnya... ringanlah sedikit bebanan yang berkurung dalam kepala otak.

Pengapit yang 'over'!
Make a wish?
Baby January, Baby June & Baby December of 83'
Apa yang tidak boleh dilupakan apabila tuan majikan beri peluang untuk kami bertiga menjadi model tidak bertauliah. Hahaha. Lucu sangat. Habislah segala gelagat terkeluar. Depan majikan pula tu! Haish, inilah dia bila perempuan dah mula nampak lensa kamera! 

12/12/12 mengukir satu kenangan. Jujurnya, ia antara kenangan paling manis sepanjang tiga tahun aku bekerja di sini. Wah? Tiga tahun? Ya. Tak sangka. Pelbagai krisis terjadi, aku tetap di sini. Insya-allah, bulan April tahun hadapan, genaplah empat tahun perkhidmatan aku di sini.

Gaya manja katanya; Fion Lee

Birthday GIRL : Rose
Apo nak dikato?
Dalam tiga tahun ini juga, pelbagai ragam dan gelagat manusia yang aku jumpa. Datang dan silih berganti. Alhamdulillah, beberapa bulan ini keadaan seakan tenang dan masing-masing seakan serasi. Bergaduh sesama rakan sekerja memang ada. Bukanlah kerana hal peribadi tetapi demi kepentingan syarikat. Bila waktu kerja, fokus terhadap kerja. Bila dapat waktu berhibur, tak ingat dunia? Hahahaha.

Aku memang suka rosakkan gambar!

Haish...model tanpa tauliah!
Okaylah tu...
* Mungkin perkongsian usia buat kami bertiga ni rapat? Entahlah. Harap moga kekal begini. Malas dah nak bertegang urat, bergaduh tak tentu pasal dengan orang. Kiamat itu sejengkal, bukan? Hehehe.

Thursday, December 6, 2012

Senyum senyum senyum

Banyak perkara yang boleh buat kita tersenyum. Setiap senyuman membawa makna yang berbeza-beza. Susah untuk aku takrifkan maksud setiap satu-satu senyuman. Namun, aku jelas faham dengan senyuman yang sedang terukir di bibir ketika ini. 

Sepanjang hari bergaduh dengan cik Monitor. Bertambah sakit apabila encik Medula tidak mahu bekerjasama. Jadi, dalam keadaan tegang begini (konflik dan perang dingin Monitor dan Medula), aku jadi mangsa!

Cara mudah untuk menghadapi konflik ini (yang sememangnya berkait sangat rapat dengan aku) jejari sepakat mencari-cari juadah hiburan. Memujuk Monitor dan Medula untuk berbaik seterusnya, tugasan dapat diselesaikan seperti biasa. Kalau boleh, lebih pantas. Maklumlah, kerja semakin bertimbun. Terima kasih di atas sambutan pembaca. Majalah apa? Sssshhhh. Cari sendiri. Aku tak suka tumpang nama! Hahaha. (Perasan).

Animasi dari kartun 'troll' ada masanya boleh buat aku senak, menahan gelak. Haih, agak-agaklah. Mustahil boleh gelak sakan dalam pejabat. Kerja gila namanya tu!

Ada jugak ayah macam ni?
Haru-biru kalau mak macam ni!
Tutup aurat ya!
Itu dah memang WAJIB nikah!
Do the right thing! Yes!!!
Nombor? Musuh ketat aku!
Erk, mengamuk Belieber nanti ni
Hahaha... ekspresi yang tepat?
Ya! Akulah orangnya tu...hehehe
Banyak jugalah perkara yang mampu buat aku tersenyum sendiri selain membaca kartun troll. Antaranya, dua lagu yang baru aku tahu kewujudannya. Maaflah, aku sangat ketinggalan. Hahaha. 

Aku tersenyum mendengar dua lagu ini kerana liriknya. Sangat secocok dengan diri aku. Lagu apa?


Raabta... paling aku suka, bait-bait lirik di bawah ini. Kalau tak faham, bagus! Hahaha.

Kehte hain khuda ne is jahan mein sabhi ke liye
Kisi na kisi ko hai banaya har kisi ke liye
Tera milna hai us rab ka ishara maano
Mujhko banaya tere jaise hi kisi ke liye

Satu lagi, Jaanatein.

 

Kalau untuk lagu ini, bait-bait berikut jadi kegemaranku...

Tere hi liye tujhse hoon judaa,
Jannatein kahan bin hue fanaa.

Aku sanggup kongsikan maksudnya, mungkin kalian akan faham alasan yang membuatkan aku suka mendengar lagu ini. Hmm.

Aku berpisah denganmu demi keranamu,
(kerana) tidak akan ada syurga tanpa kemusnahan...

Namun, benda yang betul-betul buat aku tersenyum lebar sampai tak terkawal lagi, bila menonton video parodi 'Gangnam Style' versi Salman Khan! Hahaha. Aku suka tengok berulang-ulang kali, berbanding video asal Gangnam Style, kerana wanita-wanita dalam video ini taklah dijatuhkan martabatnya macam -------! Faham-fahamlah. Sampai bila nak biarkan wanita dieksploitasi untuk jadi bahan gelak? Kalau atas nama hiburan, takkanlah sampai begitu wanita dijatuhkan. Eh, tiba-tiba bertukar serius pulak? Hahahaha.

Jom, jenguk video parodi "Karle Dabangg Style"!

Oh, lupa. Kalian tak faham maksud lagu ni kan?

* sesekali bersantai tapi jangan sampai larut. Tambah pula masa tengah kerja! Hancur!!! Lara. Hahaha.

Wednesday, December 5, 2012

Solek(an) atau Soleh(ah)?

Mari berlaku jujur sejenak. Sekejap sahaja. Tak lama. Tanpa perlu kehadiran sesiapapun di sisi. Hanya diri sendiri. Baiklah. Setiap kali keluar dari rumah, perkara pertama yang terlintas difikiran pastinya satu soalan; 

"Dah cantik ke aku macam ni?"

Hah, betul bukan? Biasalah. Memang sudah menjadi lumrah. Siapa yang mahu keluar bertemu masyarakat dalam keadaan selekeh dengan penampilan kurang menarik? Sekurang-kurangnya, kita tak mahu jadi buah mulut orang. Terpulang. Ada yang tidak mahu dilabelkan sebagai kuno dan ketinggalan zaman. Ada pula yang tidak mahu dikatakan sengaja mahu cari perhatian. Namun, adakah kata-kata yang datang dari manusia itu PENTING?

Sebenarnya, perkara ini buat aku terfikir tentang manusia yang boleh dikategorikan kepada dua; golongan pertama, takut dengan manusia dan kedua, takut kemurkaan Allah. Pada pendapat kalian, yang mana harus menjadi kepentingan? Manusia atau Allah?

Sepakat jawapan di bibir tetapi adakah ia seiring dengan hati?

Disebabkan aku seorang wanita, jadi lebih afdal kiranya aku berkongsi pandangan dari sudut wanita. Benar. Wanita sangat cerewet. Tak dapat dinafikan. Ada dua golongan wanita yang ambil masa terlalu lama untuk bersiap-siap sebelum melangkah keluar pintu rumah; kaki solek dan solehah.

Aku boleh faham, sekiranya seorang wanita menghabiskan masa yang lama di depan cermin untuk memastikan penampilannya diredai Allah; menjaga aurat, tidak mengghairahkan, bersederhana, kemas, bersih dan terpelihara. 


Juga tidak dapat dinafikan, aku lemas setiap kali menunggu seseorang yang tidak cukup-cukup menyapu kulit muka dengan pelbagai warna. Pernah di satu ketika, aku terpaksa makan hati kerana menunggu teman yang tidak sampai-sampai dengan alasan, tidak boleh keluar rumah kerana tidak lengkap. 

"Kotak solek aku hilang. Kena cari dulu!"


Bagus sungguh dapat teman sebegini. Sanggup membiarkan temujanji berlalu semata-mata kotak solek hilang entah ke mana. Haish. Teman, ketahuilah. Aku bukan nak tengok muka 'tampalan', cukuplah kau datang dengan diri yang seadanya. Lebih bermakna. Lagipun, aku bukan sesiapa untuk menilai penampilan orang lain kerana yang berhak memberikan penilaian adalah Allah.

Segala-galanya pada batang tubuh kita adalah milik Allah. Tanggungjawab yang diberikan oleh-Nya, menjaga pinjaman itu sebaik mungkin. Adakah itu yang kita semua lakukan?

Syaitan dengan tanggungjawabnya. Kita, bagaimana?

Bagi aku, tidak salah untuk bersolek. Itu terpulang kepada niat masing-masing. Namun, aku lebih suka tampil dengan diri sendiri. Pernah dahulu beberapa individu memberi nasihat, meminta aku berubah. Aku perlu berubah dengan memberikan sedikit layangan warna ke atas kulit wajah agar tidak nampak muram dan sugul. Supaya boleh disedari kewujudan dalam keramaian. 

Maaf tetapi aku enggan mengikut nasihat. Biarlah dikatakan kuno dan tidak mengikut peredaran masa tetapi aku sangat selesa begini. Tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam lama menatap wajah sendiri. Bukan tiada keyakinan menatap wajah sendiri sebaliknya tiada keraguan dalam hati terhadap kurniaan Illahi. Pemberian Allah yang terindah. Aku bersyukur seadanya. Ada mata yang boleh melihat, ada mulut yang boleh berkata-kata dan ada hidung untuk bernafas.

Begini akhirnya nanti... insya-allah.
Jika ada yang mengeji diri, hidung aku sebesar peti, mata sepet macam cina kepet, aku hanya tersenyum dan kalimah Alhamdulillah terucap dalam hati. Kejian itu bukan untuk diri sebaliknya ciptaan Allah. Bukan tangan aku yang membentuk lubang hidung atau mata sepet ini. Itu kerja Allah. Berhati-hatilah dengan percakapan sehari-hari. Tanpa sedar, dosa diperolehi.

Kepada mereka yang mengutuk aku gemuk, Alhamdulillah. Tak. Aku tidak kata ia pemberian Allah. Mungkin, memang salah aku. Insha-allah, akan aku cuba mengecilkan saiznya. Tetapi bukan kerana takut dikutuk kalian sebaliknya, supaya aku mudah melakukan ibadat.

Kembali kepada persoalan, "dah cantik ke aku macam ni?" Apa kata, kita ubah soalan itu kepada, "Dah tertutup ke aurat aku ni?" Sama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi wanita solehah. Sebagai muslimah, haruslah kita sentiasa terus mengingatkan diri sendiri dan saudara seIslam yang lain. Jaga penampilan dan aurat. Bukan membalut aurat ya! Hahaha.

Bertudung atau...


Bersolek?

* ramai yang takut dengan kedatangan 21 Disember tidak lama lagi kerana percaya dunia akan kiamat. Peliknya, mereka juga terlibat sama dalam kempen 'pendedahan aurat'. Bertanya pada diri sendiri, adakah kita takut kiamat atau kemurkaan Allah? Sama-sama kita fikir.

Ingat tu!

Tuesday, December 4, 2012

Apa ertinya?

Poning kepalo?

Otak dalam tengkorak kepala sedang bertukar posisi,
Ruang sesalur tengkuk sedang mengecil,
Sesak.

Nafas kesat berpasir,
Duri-duri mengoyak dinding lelangit,
Sendi-sendi menangis.

Tulang melentur,
Jantung remuk,
Hati mogok.

Allahu
Allahu
Allahu...

Adakah?
Benarkah?
Haruskah?
Apakah ertinya?

* mata, minda dan akal perlu berehat. Kudrat bukan lagi remaja. Bahana merenung monitor komputer berjam-jam. Terketar-ketar badan. Hahaha. Apakah ertinya? Perlu rehatlah sayang!

Saturday, November 24, 2012

28 Oktober Tetap Indah; Angry Bird & Barbeku

Hampir sebulan berlalu, akhirnya aku relakan entri ini menetap di ruang Fantasi Itu Duniaku.

Alhamdulillah, selagi kita berjalan di atas paksinya, segala ketentuan Allah bisa diterima. Diasuh sejak kecil oleh umi dan abah, aku kekal bertahan. Biar dunia kucar-kacir, tetapi jangan sesekali dalam hati, Allah  tercicir! Tarikh 28 Oktober lalu, sepatutnya membawa transformasi dalam kehidupan aku. Namun, seperti yang kita sedia maklum. Perancangan itu di tangan manusia, penentuan muktamad di tangan Allah subhana wa ta'ala!

Tema ANGRY BIRD
Dunia aku tidak berhenti kerana hal itu. Sedikitpun tidak mengganggu objektif diri, kerana hati telah terasuh untuk tidak runtuh. Cukuplah sekali, aku pernah memberi ruang dalam hati kepada seseorang yang belum pasti aku miliki. Sedekad menanti, akhirnya dia pergi tanpa peduli hati ini yang dilukai. Parutnya, masih mekar di sini. 

Ayam... yum yum yum
Sejak hari itu, aku mengajar diri untuk tidak mengasihi. TIDAK AKAN SESEKALI selagi akad tidak termateri. Ya, itulah yang sering aku pesan pada diri. Alhamdulillah, hati dan diri ini sentiasa mengerti. Sesiapa sahaja yang menghampiri, hanya hadir pada mata. Tidak pernah aku izinkan sesiapa menceroboh atau menembusi terus ke dalam hati. Bukan mudah untuk aku mengucap SAYANG, CINTA atau KASIH tetapi tidak susah untuk aku lafaz kalimah, "BENCI!"

Disebabkan kehadirannya seketika (umpama kilat di malam hari), pemergian dia tidak dirasai. Sekali lagi, terima kasih kepada hati. Pengalaman mengajar diri untuk tidak terlanjur mengasihi seseorang tanpa ada sebarang ikatan yang hakiki. Tidak pula aku nafi, pemergiannya layak ditangisi. Apa-apapun, ia takdir dari Illahi. Allah lebih menyayangi. Pemergian diiringi sedekah dan semoga diampunkan segala dosanya. Segala-gala janji pasti dihisab dan akan dimakbulkan Allah di sana nanti. Insya-allah.

Allah menyayangi aku, kerana itu ujian sebesar ini diberi. Allahu Akbar. Alhamdulillah, kerana Allah sentiasa ingat padaku.

Sebagaimana yang aku katakan di awal tadi, tiada perkara yang bisa menghentikan perjalanan dunia dan waktu dalam hidupku melainkan satu perkara; keluargaku. Kehadiran mereka di sisi membuatkan aku lupa tentang isi alam yang lainnya. 

Kebetulan pada tarikh yang sama, ada majlis sambutan hari lahir kedua-dua anak buah kesayanganku yang aku gelar; nyawa dan duniaku Miqhail (4 tahun 26 Okt) dan Mierza (2 tahun 24 Okt). Lebih meriah lagi apabila abah dan Firdaus (adik iparku) buat barbeku. Zahirnya, aku tidak diberi masa untuk meratapi kerana aku sendiri tidak mengizinkan ia terjadi. Bukankah meratap itu adalah HARAM dan perbuatan yang berdosa?

Jadi, di ruangan ini, aku mahu kongsikan antara hari-hari paling gembira dalam hidupku.
 
Sedap... rugi tak dapat rasa!

Wah wah wah, tengoklah senyuman abahku!
Wanita-wanita paling anggun
Aku pun turut membantu! Pakai baju kurung merah lagi tu!
Pose dalam tak sedar! Hahaha
Kek Angry Bird... semuanya Burung Kemarahan!
Birthday BOY; Miqhail-Mierza
Miqhail, the angry bird
Mierza... the hungry bird? Hahaha
Don't play with your food Miqhail!
Dia memang suka makan...
Famili bahagia
Ramai betul lelaki dalam keluarga ni, kan? Hehehe
Alahai mak buyong sorang ni!
Ganas tak? Huahahahaa...
Along, dah tak sabar nak makanlah tu. Umi, senyum yang bermakna!
Apalah yang abah fikirkan tu?
Udang, kegemaranku selalu...
Aku paling suka daging! Daging lembu!!!
Antara hasilnya. Sekejap ada, sekejap lagi... dah takda! Hahaha
Hidangan sampingan, hasil tangan Ayuz!
Ambik kau! Sedap wooo!!!
* aku insan tabah dan kuat kerana selagi berpegang teguh pada iman, ujian sebesar manapun bisa ditempuhi dengan senyuman. Sesungguhnya, senyuman sewaktu dugaan akan diberi ganjaran paling manis. Dan ingatlah, setiap kesusahan yang diberikan Allah, akan dihadiahkan dua kesenangan. Insya-allah. Kepada mereka yang bersimpati pula, terima kasih tapi aku tak selemah yang kalian sangkakan.