Saturday, November 24, 2012

28 Oktober Tetap Indah; Angry Bird & Barbeku

Hampir sebulan berlalu, akhirnya aku relakan entri ini menetap di ruang Fantasi Itu Duniaku.

Alhamdulillah, selagi kita berjalan di atas paksinya, segala ketentuan Allah bisa diterima. Diasuh sejak kecil oleh umi dan abah, aku kekal bertahan. Biar dunia kucar-kacir, tetapi jangan sesekali dalam hati, Allah  tercicir! Tarikh 28 Oktober lalu, sepatutnya membawa transformasi dalam kehidupan aku. Namun, seperti yang kita sedia maklum. Perancangan itu di tangan manusia, penentuan muktamad di tangan Allah subhana wa ta'ala!

Tema ANGRY BIRD
Dunia aku tidak berhenti kerana hal itu. Sedikitpun tidak mengganggu objektif diri, kerana hati telah terasuh untuk tidak runtuh. Cukuplah sekali, aku pernah memberi ruang dalam hati kepada seseorang yang belum pasti aku miliki. Sedekad menanti, akhirnya dia pergi tanpa peduli hati ini yang dilukai. Parutnya, masih mekar di sini. 

Ayam... yum yum yum
Sejak hari itu, aku mengajar diri untuk tidak mengasihi. TIDAK AKAN SESEKALI selagi akad tidak termateri. Ya, itulah yang sering aku pesan pada diri. Alhamdulillah, hati dan diri ini sentiasa mengerti. Sesiapa sahaja yang menghampiri, hanya hadir pada mata. Tidak pernah aku izinkan sesiapa menceroboh atau menembusi terus ke dalam hati. Bukan mudah untuk aku mengucap SAYANG, CINTA atau KASIH tetapi tidak susah untuk aku lafaz kalimah, "BENCI!"

Disebabkan kehadirannya seketika (umpama kilat di malam hari), pemergian dia tidak dirasai. Sekali lagi, terima kasih kepada hati. Pengalaman mengajar diri untuk tidak terlanjur mengasihi seseorang tanpa ada sebarang ikatan yang hakiki. Tidak pula aku nafi, pemergiannya layak ditangisi. Apa-apapun, ia takdir dari Illahi. Allah lebih menyayangi. Pemergian diiringi sedekah dan semoga diampunkan segala dosanya. Segala-gala janji pasti dihisab dan akan dimakbulkan Allah di sana nanti. Insya-allah.

Allah menyayangi aku, kerana itu ujian sebesar ini diberi. Allahu Akbar. Alhamdulillah, kerana Allah sentiasa ingat padaku.

Sebagaimana yang aku katakan di awal tadi, tiada perkara yang bisa menghentikan perjalanan dunia dan waktu dalam hidupku melainkan satu perkara; keluargaku. Kehadiran mereka di sisi membuatkan aku lupa tentang isi alam yang lainnya. 

Kebetulan pada tarikh yang sama, ada majlis sambutan hari lahir kedua-dua anak buah kesayanganku yang aku gelar; nyawa dan duniaku Miqhail (4 tahun 26 Okt) dan Mierza (2 tahun 24 Okt). Lebih meriah lagi apabila abah dan Firdaus (adik iparku) buat barbeku. Zahirnya, aku tidak diberi masa untuk meratapi kerana aku sendiri tidak mengizinkan ia terjadi. Bukankah meratap itu adalah HARAM dan perbuatan yang berdosa?

Jadi, di ruangan ini, aku mahu kongsikan antara hari-hari paling gembira dalam hidupku.
 
Sedap... rugi tak dapat rasa!

Wah wah wah, tengoklah senyuman abahku!
Wanita-wanita paling anggun
Aku pun turut membantu! Pakai baju kurung merah lagi tu!
Pose dalam tak sedar! Hahaha
Kek Angry Bird... semuanya Burung Kemarahan!
Birthday BOY; Miqhail-Mierza
Miqhail, the angry bird
Mierza... the hungry bird? Hahaha
Don't play with your food Miqhail!
Dia memang suka makan...
Famili bahagia
Ramai betul lelaki dalam keluarga ni, kan? Hehehe
Alahai mak buyong sorang ni!
Ganas tak? Huahahahaa...
Along, dah tak sabar nak makanlah tu. Umi, senyum yang bermakna!
Apalah yang abah fikirkan tu?
Udang, kegemaranku selalu...
Aku paling suka daging! Daging lembu!!!
Antara hasilnya. Sekejap ada, sekejap lagi... dah takda! Hahaha
Hidangan sampingan, hasil tangan Ayuz!
Ambik kau! Sedap wooo!!!
* aku insan tabah dan kuat kerana selagi berpegang teguh pada iman, ujian sebesar manapun bisa ditempuhi dengan senyuman. Sesungguhnya, senyuman sewaktu dugaan akan diberi ganjaran paling manis. Dan ingatlah, setiap kesusahan yang diberikan Allah, akan dihadiahkan dua kesenangan. Insya-allah. Kepada mereka yang bersimpati pula, terima kasih tapi aku tak selemah yang kalian sangkakan.