Monday, November 12, 2012

Hadiah Terindah...

Baca tajuk entri ini, pasti ramai yang sudah melabelkan aku sebagai seorang yang obses dengan perkataan, "Terindah!" Hahaha. Mungkin juga benar, tetapi ia hanyalah kebetulan. 

Apa yang ingin aku sampaikan hari ini? 

Tak panjang. Ringkas sahaja tetapi, harap ia cukup padat. Sejak kebelakangan ini, aku jadi rimas. Perkataan simpati, adalah satu perkataan yang paling aku benci. Aku tidak perlu simpati sesiapa. Jujur!

Tambah aku benci, apabila simpati itu sekadar lakonan yang memang tidak boleh diterima akal fikirku ini. Ada masanya, aku terfikir, adakah benar mereka memahami apa yang merasuk dalam diri? Perkataan faham dan mengerti, sangat berbeza pada bunyi apatah lagi erti! 

Aku tidak menafikan, ada yang benar-benar jujur. Minoriti...

Majoritinya? Bagaimana?
Maafkan aku, sekiranya hari ini penggunaan bahasa dan lenggok ayat kasar sekali. Bukan niat hati untuk mempertontonkan rasa benci, cuma tolonglah beri ruang untuk aku bersendiri. 

Sejak hari itu, aku sentiasa cuba mengawal diri. Senyum dan sabar, adalah sahabat aku buat masa ini. Aku harap ia akan terus menemani.   

Sabar adalah hadiah terindah untuk diri,
Segala serakah terluah kalau amarah aku turuti,
Maka jatuhlah darjat kesabaran dan imanku sendiri,

Biar iman menguasai,
bukan amarah yang mengemudi diri,
Itu pesan abah dan ingatan untuk diriku sendiri.

Gambar dari Dlabellaz
* Iman serta sabar membezakan manusia dan umat Muhammad sallahu alayhi wasallam. Pastinya aku tidak mahu kekal menjadi manusia, tetapi insan dan hamba Allah yang satu. Alhamdulillah, aku masih bersabar. Insya-Allah terus bersabar. Amin.