Tolong berhenti jadi TUHAN!

dia... lima hampir lengkap kini jadi tuhan
dia... jamah dan serkap hamba tanpa iman
dia... sejadahnya laman penuh sialan
dia... zikirnya hitungan kejahilan

dia lupa...

dia tuhan tanpa Al-Rahman,
dia tuhan tanpa Al-Rahim,
dia bukan Al-’Aliim,
dia juga bukan Al-Halim,

dia tahu...

dia hamba seperti kau dan aku
dia taat jaga hak-hak Allah
dia jahat lisan dan tangannya
dia takbur dan sombong
dia suci dan disayang Allah

sampai bila dia harus terus menilai dan menghukum,
sehingga melukakan dan membunuh hati yang terhukum?

* Tolong berhenti jadi TUHAN!

Shahaini Zahar
Catatan Khamis
07/03/2019
11.34 pagi

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku