Abah atau Umi...


Tengok tu..., muka aku mirip abah!


Nak dijadikan cerita, Ahad lepas aku, umi, Along dan Miqhail keluar memburu untuk mencari kedai menjahit baju. Baju untuk hari raya. Al-maklumlah, kena tempah cepat-cepat kalau tak jadi macam kisah dulu. Aku tak sempat beraya dengan baju baru, tapi dengan baju raya tahun sebelumnya gara-gara kain yang aku beri untuk dijadikan baju kurung dah terkoyak! Lebih tragis, bukan saja terkoyak, hilang pun ada.

Stok kain-kain tak dapat hantar ke tempat selalu sebab dah tak terima. Tempahan terlalu banyak dan si tukang jahit khuatir tak siap tepat pada tarikh yang ditetapkan. Kami merantau pula ke Sungai Buloh. Bila tanya harga, boleh kerat leher mahalnya. Jadi kami pergi ke Selayang. Alhamdulillah..., masih ada yang sudi terima.

Sudah hampir empat tahun Selayang ditinggalkan, tapi sukar untuk aku menerima kenyataan yang Selayang sentiasa dekat di hati. Tambah pula, hatiku pernah tertinggal di situ. Cerita yang aku ingin kongsi bersama bukanlah cerita atau kenangan aku di Selayang... tapi kisah yang agak menarik perhatian aku untuk kongsi bersama.

Itulah perangai Ayuz dari dulu sampai sekarang... memekak 24 jam...


Bukan kisah politik atau yang sewaktu dengannya, tapi ianya berkisarkan aku juga. Aku masih ingat masa aku masih kecil. Sekitar umur aku 2 tahun ke belasan tahun, mana-mana aku pergi pasti orang akan cam aku sebagai anak Aan (abah aku!), sebab muka aku memang iras abah. Sehinggakan ada orang pernah suruh aku dan abah masuk pertandingan wajah seiras, tak lama dulu. Namun, bila aku dah meningkat dewasa (awal 20-an..) wajah aku dikatakan seiras dengan Umi. Aik, ini kes pelik? Aku tak nampak pun persamaan muka aku dan umi.

Bukan niat aku tak mahu disamakan dengan umi. Kalau mereka kata wajah Along dan Ayuz mirip Umi, itu aku boleh percaya. Terutama sekali Ayuz, wajah dia yang ada ala-ala Arab (sebab umi ada keturunan Arab, Syed). Aku pula memang nampak macam Tibet sejak kecil lagi, sebab keturunan minang memang nampak macam cina. Wajah aku pula dikatakan saling tak tumpah dengan muka arwah moyang (mak kepada atuk Zainal aku) dan ada sedikit campuran muka arwah wan serta serba sikit wajah abah. Along pula, memang sah-sah nyata, ada campuran muka abah dan umi.

Bila si tukang jahit mengatakan wajah aku iras umi aku memang amat terkejut. Tak sangka... (serius, muka umi memang cun dan lawa, keturunan Arablah katakan!), aku pandang umi dan Along. Entahlah, mungkin ada, cuma aku saja yang tak perasan.


Kini! Along dan aku sempoi, Ayuz pulak memang pantang jumpa kamera!



Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku