Sesiapa untuk seseorang

Bukan seseorang untuk sesiapa ... tapi sesiapa untuk seseorang!

Sejak kecil aku suka sangat tonton dan baca kisah tentang hubungan persahabatan. Bagiku, itu satu-satunya perhubungan yang murni selain dari hubungan kekeluargaan yang telah ditetapkan untuk kita.

Hubungan yang paling indah. Mungkin aku masih jauh dan janggal dengan rasa kasih... tapi aku sudah akrab dengan rasa sayang. Dan itulah kurniaan Allah pada diriku. Sayang yang terlalu melimpah ruah. Dan aku terlalu bertuah. Sayang itu tidak terbatas. Sayang semua, merangkumi hidupan atau sekadar makhluk yang tiada bernyawa.

Aku tak fikir perasaan sayang itu salah. Tak, itu bukan jenayah atau kesalahan besar. Benar, aku selalu kecundang dan kecewa kerana sayang. Sayang aku itu selalu didusta. Ditipu dan dibohong. Aku kecewa tapi hanya sementara. Sebab sayang itu juga datangnya dari Allah. Kurniaan tak berbayar dan tak perlu diusahakan. Ia datang dan terbit dari hati. Alhamdulillah, dengan memikirkan itu, marah atau benci dalam hati tak akan lama.

Tak aku nafi, aku diracuni dengan pelbagai kisah persahabatan. Hingga terkadang aku mahukan sebuah persahabatan yang kekal hingga akhir hayat. Mungkinkah akan terjadi?

Pernah dengar ayat ini....


"sesuatu yang paling indah dalam persahabatan, biarpun terpisah seribu batu, hakikatnya kita bersatu...
jarak hanya pemisah jasad, tapi bukan hanya jarak, malah masa dan usia tidak pernah wujud kerana kau selalu hadir dalam hati seseorang yang bergelar sahabat..."


Percayalah..., itu ayat yang aku percaya dan pegang sentiasa. Dan pada sahabat-sahabat... aku sayang kamu dan kamu tahu siapa kamu. Pada teman dan rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkenalan dengan aku.


* Hidup ini satu perjalanan paling singkat. Apa gunanya persengketaan dan pergaduhan? Perjalanan sesingkat ini, abadikanlah dengan kasih sayang yang abadi - Imaan*

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku