Thursday, October 1, 2009

Tuk tuk... kenangan datang bertamu!

Kosong... seperti hatiku pada ketika ini



Kesetiaan lirik oleh Ajai (penyanyi Siti Sarah Raisudin)


Kesetiaan menghalangi
Kupindah ke lain hati
Dan tak ingin ku melukai

Mendambakan cinta ini
Hanya kekalnya denganmu
Tapi kudrat tak di tanganku

Padamu kualunkan rinduku
Sayang jadi sendu
Tinggalkan lara putus cintaku

Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Kurelai cinta tak suci ini pergi

Kuhayunkan langkah kaki
Meraih cinta yang suci
Moga ada insan yang luhur... sehati

Segaris nada rindu
Hilang jadi sendu
Tinggalkan lara putus cintaku

Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Diri ini tak kau hargai

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Kuredhai cinta tak suci ini pergi... jauh

Cinta ...
kudambakan...
Yang terbaik

Member pejabat saja sabotaj mood aku hari ni. Tak! Dia tak buat apa-apa pun, cuma dia pasang lagu ni yang kebetulan lagu 'berhantu' untuk aku.

Tersayat hati dengar lagu ini (setelah sekian lama tak dengar!). Kalau ikutkan, dari pagi tadi aku gembira-ria saja. Tapi, tup tup member pasang lagu ni. Aku tak ada hak pulak nak halang sebab itukan hak kebebasan masing-masing. Jadi, bagai menyerahkan telinga ditabur serpihan kaca yang kecil-kecil bagai debu. Tak nampak tapi bila kena kulit sakit. Ya, itulah yang aku rasa masa dengar lagu ini tadi. Member ini pula dok syok nyanyi. Teringin juga aku ikut sama tapi entahlah. Tiba-tiba hati meruntun teringat kisah lama yang tertinggal di belakang tapi enggan melepaskan aku.

Aku masih ingat lagi masa Siti Sarah mula-mula nyanyikan lagu ini dulu, aku sanggup mencari lirik semata-mata nak menghayati setiap bait-bait liriknya. Bila jumpa, aku baca dan mulalah mata berhamburan dengan air mata. Masa tu, Along ada denganku. Aku beritahu Along...

"Aku rasa, Ajai tahu kisah hidup akulah Along. Setiap patah perkataan lirik ni menggambarkan cerita aku."

* Susah nak lupakan kenangan yang dah sebati dalam diri. Bila jumpa yang berkenan, kenangan semalam menghalang untuk aku terus melangkah...

Adakah ini namanya kesetiaan ataupun, inilah yang digelar...
KEBODOHAN HATI SEORANG AKU!