Thursday, May 20, 2010

Tilik Nasib...?

Satu soalan yang aku nak tanya, pernah tak kalian hilang barang, duit atau apa-apa sahaja dan cuba mencari dengan menggunakan kiraan tarikh kalendar Islam? Atau sedang kalian ingin mencuba sesuatu, sama ada minta kerja, mohon pinjaman kereta, rumah atau apa jugalah... kalian menggunakan kiraan kalendar Islam. Pernah?

Kisahnya begini, kebelakangan ini aku didatangkan dengan tiga permasalahan yang semestinya bukan masalah aku. Dua masalah dari sahabat dan seorang lagi dari... ehem ehem.


Kisah pertama, hilang

Sahabatku ada menelefonku, bercerita tentang kehilangan seseorang (yang pastinya bukan bakal suaminya...hahaha), jadi aku bertanyalah sama ada dia telah membuat laporan polis atau tidak. Katanya sudah. Dia juga ada mengatakan yang dia risau (mestilah risau, hilang!) Jadi, aku teringat satu kaedah yang sering diguna oleh keluargaku, bermula dari arwah moyang sehinggalah aku (cuma aku tak berapa betul mengira, maklumlah benci subjek matematik.hahaha). Aku pun cuba mengira, dan aku beritahu pada sahabatku itu yang kemungkinan orang yang hilang itu tidak pergi jauh dan sedang berfikir cara pulang.

Sehari selepas itu, sahabatku memberitahu aku perkara itu. Kebetulan sama sahaja kisahnya. Memang orang yang hilang itu berfikir-fikir macam mana nak pulang, tetapi yang lainnya pula dia memang dah pergi jauh.


Kisah Kedua, permohonan kerja

Seorang lagi sahabat aku, bercerita masalah yang dialaminya. Katanya dia khuatir akan ada pertindihan tarikh masuk kerja dan tarikh dia menyelesaikan 'paper'nya. Jadi aku pun saja-saja minta dia lihat tarikh bila dia tahu tentang keputusan dia diterima kerja lalu aku meminta dia melihat pada tarikh Islamnya pula. Seperti tadi, aku mula mengira. Aku pun tak pasti tepat atau tidak. Cuma aku kata pada dia, dalam pertimbangan. Apa yang dipertimbangkan? Aku pun tak pasti tapi itulah yang aku mampu kata. Jadi, kata-kataku itu bukan satu tilikan, bukan? Aku pun beritahu pada sahabatku, ianya sekadar kiraan. Tak tentu betul.


Kisah Ketiga, barang hilang.

Dia ini aku baru kenal. Perangai mengalahkan budak remaja. Manja sangat. Kisahnya pagi tadi. Sudahlah aku di'panah' dengan SMS pedasnya mengatakan aku mengalahkan PM gara-gara tak jawab panggilan dan balas SMS dia. Aduh. Rupa-rupanya, dia nak mengadu. Mengadu dia kehilangan. Seawal pagi subuh, aku mendengar luahan hati dia. Tak apa. Layan saja dulu.

"Awak barang saya hilang ni, macam mana?"

Seperti dua kes yang lepas-lepas, aku pun bertanyalah tarikh pada kalendar Islam. Jadi, aku beritahu pada dia, barang itu tak lari mana-mana pun. Mungkin tertindih bawah bantal atau tersembunyi. Sebaik saja aku kata begitu, tak semena-mena panahan lagi aku terima. Katanya aku berdosa menilik nasib. Hah? Itu namanya tilik nasib?

Sesiapa yang kenal aku, memang tahu sangat yang aku ini pantang dipijak. Berhujah panjang lebarlah aku dengan si dia. Belum sempat menghabiskan ayat, talian terputus. Sah kredit dia habis. Padan muka.

Pagi tadi, setibanya aku di pejabat, dia minta maaf menerusi SMS. Katanya...

"dah jumpa barang tu... bawah katil.
Tapi satu lagi barang belum jumpa... awak"

Konon. Nak main ayat jiwang pula. Dengan meniru gaya Nabil Raja Lawak...

"Mimpilah ko Jep....!"

Tak mainlah ayat-ayat jiwang ini, Nanti hati cepat berkarat!