Selamat Datang ke Langkawi...

Percutian ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Setelah tertangguh berkali-kali, akhirnya tertunai juga. Sewaktu aku ingin memohon cuti, khuatir juga dibuatnya sebab pada tarikh aku mohon cuti juga merupakan tarikh akhir (dateline/deadline) untuk menyerahkan semua artikel. Aku masih ingat, beberapa minggu sebelum cuti dipohon, aku berdoa tak habis-habis agar majikan meluluskan permohonanku.

"Awak cuti sehari saja bukan? Tak apalah. Siapkan kerja yang ada dalam tangan dulu, kemudian baru sambung yang lain," pesan majikanku.

Mungkin dia tidak tahu, tapi aku terasa ingin melompat ketika itu juga. Alhamdulillah, aku dapat mengawal emosi.

* * *
Hari Pertama = 08/05/2010


dalam perjalanan...

Masing-masing mempersiapkan diri. Abah bangun lebih awal dan keluar mencari sarapan terlebih dulu. Abang Zamri dan Along keluar menguruskan hal-hal lain yang berkaitan dengan percutian kali ini. Mahu memastikan segala-galanya berjalan lancar. Umi dan Ayuz mengemas rumah dan menyiapkan si Raja Muda (gelaran untuk Miqhail!) Aku pula memastikan keadaan keselamatan rumah terjamin, juga menjadi jockey menyusun kesemua kereta untuk ditempatkan di halaman rumah (bukan di luar pagar). Maklum sajalah, kami bercuti tiga hari. Kalau letak di luar, silap haribulan tinggal kesan tayar saja. Romi, Lolly dan Kancil diberi rehat. Manakala Waja dan Myvi memikul tugas untuk menghantar kami ke lapangan terbang KLIA.


"Anak kau okay, Izan jaga..."
mungkin itu yang Umi beritahu pada Along


Penerbangan ke Langkawi pukul 4.10 petang, tetapi dek kerana tidak mahu sebarang masalah timbul, kami bertolak pukul 11.30 pagi. Alhamdulillah, sampai awal tanpa sebarang kesulitan. Sempat juga Abah makan dan Ayuz, seperti biasa berposing sakan. Nasib baik tak ada pihak berkuasa yang menahan kamera itu, kalau tidak... menangis tak berlagulah jawabnya. Miqhail pula meragam. Terpaksalah aku menjaga dengan mendukungnya ke hulu-hilir sampai tercabut kasutku dibuatnya. Tak sempat berkaki ayam kerana Ayuz ada bawa kasut lebih. Terima kasihlah ya Ayuz!


Menunggu dengan sabar...


Masih sempat bagi pose seksi dan manja!

Ramai betul penumpang ke Langkawi. Ingat tak satu ketika dulu, dalam kajian yang pernah dijalankan oleh majalah Reader's Digest tentang sikap rakyat Malaysia yang berada pada tahap amat teruk, kurang sopan! Aku rasa ada yang tidak betul dengan kajian itu. Apa tidaknya? Sepanjang menunggu di lapangan terbang ini aku dapat menyaksikan betapa 'kurang ajarnya' penumpang asing. Tak cukup dengan memotong barisan, orang dilanggar tak ada perkataan maaf pun diucapkan. Malah, lebih lagi teruk cara mereka memandang seakan rakyat Malaysia ini seakan masyarakat gasar!


Di balai berlepas...


Ada tayangan filem Mann...
khusia aur ghum sehti hai!


Tepat pukul 4 petang, kami dibenarkan naik pesawat. Nasib menyebelahi kami (kaum Hawa) kerana pramugara yang bertugas. Boleh cuci-cuci mata! Tapi tak lama. Mungkin kalian akan ketawakan aku, tapi sepanjang pesawat berlepas aku tak putus-putus berzikir. Macam-macam yang aku fikir. Tiba-tiba teringat adegan drama Lost pun ada. Terutama sekali bila pesawat terlanggar awan. Hati berzikir, tapi telinga mendengar lagu Need You Now, nyanyian Lady Antebellum. Apa punya turr!!! Lucunya aku masih boleh tergelak gara-gara teringatkan salah satu adegan dalam filem London Dream. Babak Mannu. Kebetulan, umi pun teringatkan adegan yang sama. Sama-samalah kami tergelak sakan.


Ini kerja Ayuz...
nak rakam gambar pramugara tapi lain yang dapat, hahaha


Miqhail yang lebih berani berbanding aku...


Sedang berzikir tapi telinga dengar lagu Need You Now


Cun sangatlah tu!


Terbang tinggi mencapai awan...


Langkawi sudah kelihatan...!


Masya-Allah... Subhanallah...

Sejam kemudian, sampailah kami ke pulau lagenda Langkawi. Kami sekeluarga terpaksa menunggu beberapa minit kerana orang yang sepatutnya datang menyambut datang sedikit lewat. Sebaik sahaja melihat pacuan Avanza berwarna biru metalik meluncur di hadapan mata, kemarahan yang baru ingin membara terus menghilang.


tertidur sebaik mendarat...


Mana orang ni, tak sampai-sampai lagi... takkan sesat kot?


Ambil peluang tweet si dia... hihihi


Sampai juga akhirnya!

Sebelum dibawa ke penginapan, Kondo Istana, kami dibawa menikmati minum petang (alu-aluan dari pihak berkenaan tapi Abah amat bermurah hati ... dia pula yang bayar. Aduh!) Kami diberi penerangan untuk aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang 3 hari berada di Langkawi. Dengar penerangan sahaja, aku dah cukup teruja. Tak sabar! Selesai sesi penerangan, kami pun dibawa ke penginapan. Selesa sungguh!


Kondo Istana...


Pemandangan dari atas...


Sayangnya....


Luas dan selesa...


salah satu dari 3 bilik... luas!

Tepat pukul 8.30 malam, setelah selesai menyegarkan badan, kami sekeluarga pun bersiap mengikut perancangan yang telah disediakan. Mengikut jadual, kami perlu ke Pantai Cenang untuk makan malam dan pergi ke Jeti Kuah bagi melihat waris Mahsuri, Aishah yang kebetulan turun untuk berkonvoi dengan suaminya. Mungkin, memang nasib menyebelahi keluarga besar Md Zahar. Tak perlu ke Jeti Kuah sebab Aishah dan suaminya turut menginap di kondo yang sama. Kami terserempak dengannya yang duduk tenang di dalam kereta Megane, menunggu masa untuk berkonvoi dengan abang-abang motor besar.


Aishah, waris Mahsuri bersama suaminya...

Oleh kerana laluan terhalang, terpaksalah kami menunggu sehingga konvoi bergerak. Dalam masa yang sama, masing-masing menahan lapar. Sempat juga aku mendengar perbualan orang-orang yang turut ada menyaksikan Aishah.

"Agaknya kerajaan beri duit tak sebab dia ni waris Mahsuri?"

Aku senyum. Bukan aku tidak percaya dia waris Mahsuri. Entah. Aku rasa macam nak ketawa. Aku ketawa sajalah. Hahaha.


Menahan lapar...


suaminya cukup 'sporting'....


Agak-agaknya si Aishah ni pandai cakap Melayu tak?


Dimandikan sinaran lampu kamera... tahan ajelah dik oi!

Sebaik sahaja rombongan konvoi Aishah berlepas, aku pun memecut Avanza dengan membawa lima perut yang perlu diisi. Kebetulan di Pantai Cenang ini ada banyak tempat makan. Tak kurang juga, tempat untuk membeli-belah. Jadi, sebelum sempat menyentap. Along, Ayuz dan Umi menjalankan rutin wajib kaum Hawa... membeli-belah. Manakala aku dan abah, selamat duduk di kedai makan. Hiasan kedai makan memang cantik termasuklah rupa masakan itu. Malangnya, tiada rasa dan harganya memang mahal. Bayangkan, 5 orang makan nasi hidang boleh mencecah seratus ringgit! Memang kena sembelih habis!


Abang-abang motor besar yang bersedia untuk beraksi...

Selesai sahaja mengisi tangki makanan masing-masing, kami pun pulang ke penginapan. Esok perlu bangun awal. Ada mangrove. Tak sabar rasanya untuk berada dekat dengan alam semulajadi, bertemu helang, ikan dan kelawar. Jumpa esok ya!

* sempat tweet si dia, semoga dia tahu aku sudah selamat sampai!

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku