Kutukan yang membina atau Pujian yang menghina?

Letih, penat. Bukan badan, tetapi otak dan minda. Kalau dahulu aku mengalami penyakit sukar untuk tidur, kini lain pula ceritanya. Mudah tidur! Pantang terleka seketika, pasti terlelap. Saat badanku hempas ke tilam, pasti hanyut dalam lena. Bermimpikan warna hitam pekat dan tak bersuara.

Di pejabat, kerja semakin menimbun. Tiada kesempatan langsung untuk aku mencuri sedikit masa untuk menjenguk rakan-rakan. Kalau dulu, sempat juga ku sapa sesiapa, tetapi sejak beberapa minggu ini, hendak menaris nafas pun susah. Aku melihat ia sebagai perkembangan yang cukup sihat. Bila kerja bertambah bermakna kualiti juga perlu dijaga.

Dalam dunia penerbitan majalah, kualiti adalah perkara paling penting. Bila ada kualiti, barulah bertambah pembaca dan bila bilangan pembaca menyaksikan pertambahan maka secara tidak langsung, jualan juga turut meningkat. Sudah tentu usaha mencari material untuk artikel perlu lebih giat lagi dan isinya harus mantap.

Alhamdulillah, ada juga yang pernah membaca hasil tulisanku (dalam majalah) mengatakan mereka tertarik dengan susunan ayat dan penyampaianku. Tidak kurang juga yang mengatakan aku buat kerja sambil lewa, setakat mahukan ganjaran setiap hujung bulan. Apa-apapun aku serahkan bulat-bulat kepada pembaca kerana mereka lebih tahu.

Tidak aku nafi, tugasan dan tanggungjawab yang kupikul sekarang semakin memberat. Aku sukar untuk mencari masa menumpukan perhatian kepada cinta pertamaku, penulisan kreatif. Malah, aku semakin khuatir kerana aku dapat membaca roh dan nyawa kepada penulisanku semakin mati. Lenggok bahasa dan susun ayat semakin lesu.

Namun begitu, cinta pertamaku tidak pernah padam. Cuma aku perlu memberi keutamaan kepada tugasanku terlebih dahulu. Kepada para pembaca yang masih menunggu dan berminat dengan karyaku, Insya-allah akan kucuba menyiapkan karyaku dalam tempoh masa terdekat ini.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku