Langkawi, bisakah bertemu kembali...?

Hari ketiga = 10/05/2010

Semalam tidur awal. Perut meragam tahap paling penghabisan. Semua serba tak kena. Bila tidur awal, bangun pun tentulah awal. Hari ini masih ada satu lagi baki destinasi yang tertinggal. Kilim Geoforest Park.


nampak tak batu-batu atas tu menyerupai seekor penyu?

Kami bertolak awal. Disebabkan aku tak berapa sihat, abah pula mengambil tugasku. Setibanya ke destinasi, kami disambut dan terus dibawa menaiki bot. Ya Allah. Masha-allah... subhanallah. Sukar untuk digambarkan dalam kata-kata. Angin menderu yang menyentuhi kulit pipi seakan memberi salam. Damai dan tenang. Antara bukti kebesaran Allah kutatapi. Bersama kamera video di tangan, kurakam setiap detik.


bersemangat betul Miqhail... tak sabarlah tu!


"Abah, bersiap sedia... jangan duduk tepi sangat!" pesanku


seronok betul, kan?


Sentiasa cun...

Di persinggahan pertama, kami dibawa ke Gua Kelawar. Pertama kali dibawa masuk ke dalam gua yang gelap dan dihuni sekumpulan kelawar yang sedang nyenyak tidur bergantungan. Abang Zamri yang mengepalai kumpulan menyuluh lampu. Aku dan Ayuz selaku jurukamera tidak dapat menyelesaikan tugas kerana keadaan yang amat gelap. Along tenang bersama Miqhail dan suaminya, diekori rapat oleh Ayuz dari belakang. Aku ketinggalan beberapa tapak di belakang dek kerana leka mengintai sang kelawar yang nyenyak tidur. Ada juga terniat di hati mencampak anak batu, tapi kubatalkan sahaja. Silap haribulan aku yang kena gigitan memandangkan aku yang paling belakang dan tentu sekali paling 'berat' untuk berlari.


inilah dia...


Tiga lelaki dalam famili kami... abah, abang Zamri dan Miqhail


Umi... menanti abah

Mujur abah dan umi tidak ikut. Kedua-dua mereka menunggu di jeti ditemani penjaga gua. Baik orangnya, manis dan peramah. Setiap soalan yang aku ajukan (termasuklah soalan tak masuk akal!) mampu dijawabnya. Biasalah aku, suka sangat menduga orang.


setia menemani abah... isteri mithali

Sepanjang di gua, pelbagai perkara yang kami temui. Malangnya, kami terpaksa berpatah balik kerana gua satu lagi merupakan jalan yang sukar. Rendah betul siling gua. Kalau nak lepas, perlu merangkak. Merangkak? Dengan baju formal, seluar putih dan si Miqhail di tangan? Mustahil.


papan maklumat untuk dibaca...


teka berapa usia tiang gua ini?


tekun membaca...

Beberapa minit kemudian, kami sekeluarga dibawa pula melawat ke kolam ikan. Peliknya, nelayan di sini mengatakan mereka tidak menjaganya tetapi ikan-ikan ini sendiri yang datang. Macam-macam kisah yang dikongsi bersama oleh pakcik Omar. Pelbagai maklumat yang aku perolehi.


nak lebih thrill... duduk paling depan


bot-bot nelayan...


yok, mudik lagi...


tekun mendengar penerangan pakcik Omar


ini belangkas jantan...


ikan sumpit beraksi...

Lebih menyeronokkan lagi apabila melihat gelagat ikan-ikan sumpit yang mampu menembak air setinggi 2 kaki. Menurut pakcik Omar, ikan sumpit tidak akan menunjukkan kelebihannya itu di lautan, melainkan di sini, Aku juga berpeluang memegang dan berkenalan dengan ikan-ikan pari. Lucu apabila mendapat tahu orang-orang Timur Tengah yang pernah berkunjung di sini memberi nama kepada setiap ikan pari itu. Nama masing-masing pun unik. Fatimah, Hussein, Omar dan macam-macam lagi.


kisah di sebalik gambar... aku hampir terjatuh ke dalam sangkar ikan
sebab dilanggar mamat Iran sebelah tu... minta maaf pun tidak!



sempat pose....


abah menikmati keindahan alam ciptaan Allah


Subhanallah...

Setelah hampir setengah jam menghabiskan masa melihat ikan-ikan, kami dibawa untuk memberi makanan kepada burung helang. Ada cara unik untuk memanggil burung-burung helang ini. Pada mulanya, aku fikirkan hanya ada dua atau tiga ekor. Jangkaan aku salah kerana terlalu banyak burung helang yang datang merebut makanan yang berupa ketul-ketulan ayam.


teknik memanggil si burung helang...


si burung helang sedang menghampiri...


mula memburu...


"ada masanya mereka bergaduh sesama sendiri" kata pemandu bot


menangkap dengan kakinya...


aksi si helang yang agak macho pada pandangan mata aku

Lama juga kami berhenti melihat gelagat burung-burung ini. Kemudian, kami dibawa pula mengelilingi pulau dan dibawa ke laut luas. Masha-allah. Indah sungguh. Kami dibawa ke muka gerbang yang memisahkan Thailand dan Malaysia. Seakan ada muka pintu ke alam lain. Tanpa perlu pasport, pasti senang sahaja untuk menembus ke perairan Thailand itu. Tetapi kalau tertangkap... masaklah jawabnya.


belakang Ayuz pintu gerbang yang memisahkan
perairan Malaysia dan Thailand



perhatikan betul-betul, batu hujung tu mirip muka
orang Red Indian...



muncung Ayuz dan muncung Red Indian...
hidung yang mana mancung? hahaha



ada lebih kurang 99 buah pulau di Langkawi,
salah satunya pulau ini... Pulau Kasut!


Si penganjur percutian tersenyum puas

Apabila tiba masa, kami pun dibawa balik ke darat. Sempat juga aku menoleh memandang jeti yang kutinggalkan. Indah sungguh. Terasa berat hati dan kaki untuk melangkah pergi. Percutian ini antara yang terbaik pernah aku alami. Langkawi sememangnya satu destinasi yang memberi kepuasan. Indah, aman dan tenang. Lupa segala masalah yang menghurung. Sekembalinya kami ke kondo, bermakna aku perlu bersedia untuk kembali ke duniaku. Kuala Lumpur.


Kembali semula ke darat ...


masing-masing tak putus menceritakan pengalaman (yang sama)


Miqhail tertidur, bukan sebab letih ...
tapi bosan melihat ikan-ikan tadi

Di kesempatan ini, aku mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada encik Aman dan anak-anak buahnya yang begitu ramah dan teramat baik melayan karenah kami sekeluarga. Terutama sekali kepada encik Aman yang sudi membenarkan kami berehat di apartment miliknya sementara menunggu waktu penerbangan kami kembali ke Kuala Lumpur. Pasti kami akan menceritakan pengalaman kami bersama anda sepanjang berada di Langkawi. Kepada sesiapa yang mahu bercuti di Langkawi dan perlukan seseorang yang boleh menguruskan jadual percutian anda di Langkawi, encik Aman dan rakan-rakan adalah orang yang paling tepat!


si nakal Miqhail yang bersiap awal...


kolam renang di apartment Aman...
teringin nak mandi tapi letih sangat....



siap sedia untuk sesi bergambar kenangan...


senyuman siapa paling lebar...?

Pukul 8.10 malam, pulau bersejarah ini kami tinggalkan. Sejam juga kami berada dalam penerbangan ekoran keadaan cuaca yang agak buruk dan tidak mengizinkan. Dan disepanjang perjalanan itu juga mataku tidak lepas memandang cermin, seolah-olah memandang Langkawi yang telah pun ditinggalkan.


salah seorang rakan Aman yang menghantar kami sehingga
ke lapangan terbang



penganjur yang telah berjaya dengan misinya...


siap sedia untuk berangkat pulang


sempat lagi main SMS... ish ish ish


menunggu masa untuk berlepas...


Miqhail yang meliar....


dah sampai...


bertemu kembali KL!!!

Bisakah akan aku bertemu kembali dengan pulau yang penuh dengan kisah lagenda ini?


potret famili (wajib ada setiap percutian...hahaha)

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku