Friday, May 7, 2010

Seekor manusia, menjilat ludah...

Abah pernah berpesan padaku. Jangan cepat menghakimi orang. Jangan mudah rasa diri bagus. Jangan terlalu angkuh menjatuhkan hukuman pada manusia lain. Dan yang paling penting, jangan pantas menunding jari pada pihak lain, kelak jari itu akan berpatah arah.

Kebelakangan ini, aku ditemukan dengan insiden yang agak menjengkelkan. Pantas aku mencubit diri, cuba mengingat kembali pada pesan abah. Biar manusia lain melakukan perbuatan itu, tapi jangan sesekali ianya dilakukan oleh aku.

Aku lihat seekor manusia menjilat ludah...
Semakin asyik...
Semakin sedap...
Ingin kugelak...
Pantas niatku sentap...

Aku lihat dia menjilat ludah...
Rasa apakah agaknya?
Kelat, payau atau pedas seperti orangnya?
Ingin aku ketawa...
Tapi satu saja aku mampu kata...

"Kata orang, dia yang lebih!"