Bilakah bisaku miliki?

Kura-kura Indian Star... main cak-cak pulak!

Masa aku tengah sibuk mencari-cari maklumat untuk kerja, tiba-tiba aku terserempak dengan gambar ini. Jadi, membuak-buaklah hasrat dan keinginan aku untuk memiliki kura-kura jenis Indian Star ini. Malangnya, dah bertahun-tahun simpan hasrat itu tapi tak juga aku penuhi. Entahlah, ada juga orang tanya aku kenapalah aku minat sangat pada kura-kura? Percayalah, aku memang tak ada jawapan untuk soalan itu.

Aksi kuak lentang yang dahsyat!

Beberapa minggu lepas, (lebih kurang 2 minggu lepas, hari Jumaat) aku pergi ke Selayang Mall. Saja-saja beli-belah untuk barang keperluan pejabat termasuklah makanan. Jadi, dah alang-alang ada kat situ aku singgahlah ke gerai menjual binatang. Situ aku terjumpalah kura-kura ini. Ikutkan hati, mahu aku beli tapi melihatkan harganya, alahai tak apalah. Tunggu-tunggu bila bawak duit lebih.

Untuk tidak menghampakan diri sendiri dan berputih mata, aku beli juga seekor kura-kura jenis red-eared slide bagi menjadi rakan kepada Jaanu yang sudah lama tidak berteman setelah kematian Jojo tidak berapa lama dulu. Sekarang bilik tidurku tak pernah sunyi. Ada saja bunyi-bunyi yang datang dari bekas aku simpan Jaanu dan Jiji (yang baru kugelar Jiji, gantikan Jojo!)

Tiap-tiap pagi, aku pasti luangkan sedikit masa melihat kerenah comel mereka ini. Paling lucu melihat Jaanu buli Jiji yang masih lagi kecil. Tersembam ke dalam air berkali-kali gara-gara nak berebut tempat tinggi. Ya, merekalah penghibur tika aku berjaga malam sehingga ke pagi. Tapi, geram juga bila aku tengok mereka tidur lena padahal aku masih terkebil-kebil berjaga.

Gaya macho dan comel seekor kura-kura!

Macam inilah rupa Jiji(dah fobia tangkap gambar kura-kura sendiri)

Jiji dan Jaanu
Sepakat membawa berkat
(gambar contoh je!)

* Maaflah kalau gambar-gambar ini ada mengganggu sensitiviti sesiapa. Takde niat apa-apa pun melainkan, nak cuci-cuci mata. Al-maklumlah, tetiba datang sawan hilang fokus kerja.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku