Tuesday, February 10, 2009

Kisah Kerajaan Iguana dan Katak-Katak Puru!

Sebuah kerajaan H.U.R.U.H.A.R.A
Kepalanya si Iguana... yang juga sesumpah.
Suka sumpah, menyumpah dan buat orang menyampah.
Ahli-ahli kabinet... berudu berkaki, berekor dan katak-katak puru berkulit kasar-kasar kesat.
Kerjanya lompat-lompat dan lompat-lompat.
Tak boleh duduk diam.

Bila hujan tak turun, katak-katak puru lompat ke Tasik Madu,
Kenyang sampai buncit... terlentang...
Lalat terbang rendah, lidah sampai dulu.
Lalat dapat, air madu pun dapat.
Katak-katak puru dah tak larat nak melompat.
Tasik Madu dah separuh ditelan.
Tak nak duduk lama-lama.
Sudah memang tabiat katak...
Katak-katak puru lompatlah lagi.

Katak lompat...lompat...lompat
menjilat kaki tempang Iguana si sumpah-sumpah.
Bawak bersama madu diserah kepada Iguana betina
Senyum sampai telinga jumpa telinga....
terbelah satu kepala...
Isinya tiada lain... bom, duit, duit dan bom!

Si Iguana senyum meleret.
Bibir Iguana bertukar dari pucat jadi merah.
Suka si katak-katak puru dah balik...
Dah habis kerjakan Tasik Madu,
Tinggalkan kencing dan najis yang penuh hempedu...
Si Iguana gembira bukan kepalang.

Si katak-katak puru...
menyanyi lagu...
dengan tangan yang melekit-lekit...
baca sumpah di depan sumpah-sumpah, mahaguru segala sumpah....
Si Iguana!

Iguana... si sumpah-sumpah senyum
tapi senyum otak habuk!
Esok lusa,
si katak-katak puru akan lompat-lompat lagi...
Mungkin terlupa...
Si katak-katak puru menang sedekah dari Tasik Madu!

Kalau si Iguana nak kekal jadi kepala....
patahkan saja kaki si katak-katak puru....
biar tak ada katak yang melompat-lompat lagi....
buang masa, tenaga...

Katak-katak puru....
Kalau rasa nak lompat...
lompatlah tinggi lagi....
kalau boleh pergilah sampai bulan....
tapi terang-terang...
bulan lagi pandai....
Tak layan sumpah-sumpah yang warnanya kejap-kejap merah jambu
kejap-kejap hijau taik lembu....