Tuesday, February 10, 2009

Chennai di Malaysia


Hari ini Mah'mood' tak kunjung tiba. Jari-jemari dah malas nak melompat-lompat atas papan kekunci. Badan sakit-sakit. Semalam tersekat di Gua Batu! Hampir 2 jam. Rasa macam tengok perayaan Diwali kat Chennai pulak. 'Temperature' kereta menyalak, merah menyala. Masa tu teringat aku lagu Tata Young... 'You got my temperature rising Like El Nin-YO!'

Nak berhenti, kiri kanan penuh orang. Ada yang mencium enjin kereta. Aku tau, mereka cium enjin kereta bukan sebab 'terdesak' untuk berciuman, tapi terpaksa makan asap. Asap diluar... dan asap dalam badan. Nak marah.... ish, tak boleh. Habis-habis pun orang akan cakap... 'tak dengar info trafik ka? Cubalah guna jalan alternatif lain. Memang sedap hati mendidih.

Pagi ini, satu badan tegang-tegang, terutama sekali bahagian betis aku ni (yang macam betis kerbau bak kata seseorang yang aku kenali). Mungkin sebab aku terkutuk patung emas tu. Entahlah, tak boleh percaya. Syirik! Tapi, kalau kerja setan, apa-apa pun jadi. Bukankah setan ni tak akan lepaskan keturunan Adam? Biarlah. Terdetik dalam hati aku bila aku lihat perayaan di sepanjang Gua Batu selama tiga hari ini. Tak ada pulak unsur-unsur pembersihan kaum. Malah, sepanjang-panjang Gua Batu tu, tambah pula kat Jalan Ipoh, ada polis berjaga. Itu hormat namanya!

Ternampak-nampak pula gaya Vijay dengan parangnya, Surya dengan velnya dan Rajnikanth dengan selendang putihnya. Memang hebat betullah perayaan Thaipusam kali ini. Dan aku dalam kereta, hanya menonton dan mengira bintang dan bulan dilangit. Sebelum ni, aku tak berkesempatan pun mengira bintang apatah lagi senyum kepada bulan setiap kali memandu di sepanjang lebuhraya Gua Batu. Indah juga pemandangannya. Subhanallah. Betul kata abah, ada hikmah di setiap kejadian.

Hidung aku saja yang tak boleh menerima bauan dari Gua Batu. Tak apalah hidung. Tanah ini, bukan milik kita sahaja. Semua pun sudah jadi tuan, ma!