Thursday, March 5, 2015

Kami @ Palace Of Golden Horses

Wah, lama sungguh ruangan ini tidak dikemaskini. Seharusnya, penampar dengan tenaga paling kuat perlu hinggap di pipi gebu mulus aku (tanpa sebarang penggunaan produk kecantikan apatah lagi Qu Puteh). Sebelum masuk tahun 2015, pernah aku berjanji pada diri sendiri bahawa ruangan percuma ini perlu dikemaskini saban hari. Bukan kerana tiada kerja atau urusan lain perlu aku beri perhatian, sebaliknya ia adalah latihan kendiri untuk menambahbaik hasil tulisan yang seakan-akan mati! Oh, bukan mati. Penggunaan hiperbola di situ. Hampir-hampir mati!

Baiklah, sebagai pemanas badan aku cuba berkongsi peristiwa dan perkara yang menarik pernah berlaku dalam hidup aku (dan juga dunia) sepanjang tahun lalu. Hah? Ya! Disebabkan, entri yang paling banyak mendapat HIT di blog Fantasi Itu Duniaku berkisarkan destinasi dan percutian, aku mulakan entri tahun ini dengan percutian di Palace Of Golden Horses atau lebih dekat di hati aku sendiri sebagai, Istana Kuda Emas. 

Masih aku ingat lagi, ketika Along memberitahu rancangannya untuk membawa kami sekeluarga berehat di hotel ini, kebetulan waktu itu (bulan September) aku sedang bergelut dengan masa demi mengejar tarikh akhir (deadline). Sungguh, kalian tidak dapat membayangkan keadaan aku ketika itu. Bukan lagi seperti orang putus cinta, tetapi kehilangan kucing kesayangan (aku tak pernah pelihara kucing). Jadi, rancangan Along ini seumpama hadiah untuk diri sendiri. Tidak kiralah destinasinya hampir dengan rumah aku (Rawang ke Serdang) tapi yang penting, aku ingin lari dari segala rasa yang menggunung dan ya, aku bertemu aman (bukan Aman Mehra, walaupun awalnya memang itu salah satu tujuan datang ke Istana Kuda Emas ini; melihat gambar Aman Mehra yang pernah bertamu di sini beberapa tahun yang lalu!)

Selebihnya, aku biarkan gambar-gambar di bawah ini berbicara. Tenang dan aman. Seakan cebisan syurga di rimba neraka. Amboi, hiperbola lagi!!!

Umi, sempat bergambar di hadapan Hotel Palace Of Golden Horses
Pasangan dua sejoli, comel lah tu!
Pemandangan luar jendela...aahh, nyaman!
Aku sempat melakar pondok atau jeti ini. Mana pergi kertas tu?
Miqhail sudah pandai apungkan badan!
Boleh tahan kental minah Frozen ni, Mysarah
Kolam ini jajahan 3M! Amboih!!!
Dah cari merata, memang tak jumpa si Aman Mehra!
Dah aku kata, jangan biarkan kamera di tangan aku...
tak pasal-pasal....
ada sesi....
fotografi...
...dalam bilik!!!
Ruang yang luas (abaikan interior yang tidak berkenaan)
Pemandangan sisi hotel...
Dah nama pun Istana Kuda....
Semuanya kuda!!!
Selfie dalam kamar kecil dulu...
Selfie di lobi! Hihihi...
Banyaknya selfie! Habis tu, siapa nak tolong ambilkan gambar? KAU?
Kami...di sepanjang laluan menuju lobi!
Eh, Umi nampak kecik...
Pengantin perempuan menunggu pasangannya...
Akhirnya, sampai juga... hehehe
Kuda, mereka di mana-mana...
Kusyuk betul budak Mierza ni, cadang nak beli hotel ni ka dik?
Angah, beli hotel ni ya!
Bergambar keluarga dengan kuda
Pasangan ini, King and Queen of my heart. Kau ada? Hahaha
Wah, cantiknya...
Akhirnya, gambar aku! Aku woi!!! Erk.. aku dan Miqhail!
Kandid, mereka tak sedar aku ambil curi-curi gambar ni
Siapa di atas, aku di bawah?
Teringin bergambar dengan kuda katanya...
Teringin lagi? Ikutkan saja. Hihihi...
Mujur kuda ni keras...
Peniruan yang sempurna? Bijak anak buah aku ni!
Dia paling gembira....
Makan 'time'!
Tidur 'time'!
Good night, sweet dream. Bye bye!!!