Wednesday, March 18, 2015

Jemu?

Ya, aku dalam misi untuk mengemaskini blog sendiri setiap hari. Sekali sehari pun, sudah cukup. Hari ini, entri yang agak santai sebelum kembali dengan perkara yang lebih menarik atau besar. Awalnya, aku ingin berkongsi tentang lukisan terbaru. Cukup bermakna tetapi seperti yang disebut awal tadi, biarlah yang santai dahulu.

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa persoalan yang menerjah di ruang fikir dan tenang. Soalan-soalan yang bukanlah besar tetapi mampu buat aku berfikir dan sedikit sebanyak, mengganggu. Kenapa? Apakah soalan-soalan yang ditanya?

"Kau tak jemukah?"

"Jemu?".

"Ya, asyik mengulang benda dan perkara yang sama"

Aku hanya berdiam.

Aku lebih banyak berdiam.

Fasa aku membantah atau membalas sudah berakhir. Sekarang, aku lebih suka mendengar dan memerhati. Tiada salahnya soalan-soalan itu dan aku tidak katakan, aku benar. Masing-masing ada pendapat sendiri. Berbalik kepada pertanyaan tadi, tidak. Aku tidak pernah jemu mengulangi perkara yang sama berulang kali. Aku sudah terbiasa. Kalau dikata aku jemu menulis, itu adalah diri aku. Suka mengulangi cara pemakaian yang sama bertahun-tahun, itu adalah aku. Aku tidak pernah jemu dengan perkara yang memberikan keselesaan dan lebih penting, diri aku. Yang memakai batang tubuh ini, aku. Maaflah kalau ada yang tidak berkenan tetapi aku tidak mampu menjadi seperti apa yang kalian mahu lihat. Ini adalah aku. Terima aku seadanya seperti aku menerima kalian. Baik dan juga buruk.

* satu yang aku jemu dan tidak akan lagi mengulanginya, menyerahkan 'hati' kepada sesiapa lagi kerana hakikatnya, yang tertinggal hanya cukup untuk diri sendiri dan mereka yang berhak. Siapa yang berhak? Hehehe.

Ini aku...


Tahun 2014

Dan terkini...



Aku tidak pernah jemu dengan diri sendiri. Kalian pun sepatutnya begitu!