Wednesday, March 12, 2014

Kehilangan MH370 dan sketsa manusia!


Semenjak berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines dilaporkan hilang Sabtu yang lalu, masyarakat dibanjiri dengan pelbagai spekulasi yang akhirnya mengundang kecelaruan. Malah, lebih ramai yang memilih untuk kekal dikemaskini dengan pantas menerusi carian di laman sosial. Adakah ia satu tindakan bijak atau membenarkan diri sendiri terdedah dengan khabar angin dan lebih banyak spekulasi negatif. 

Spekulasi, khabar angin, mungkin semua ini tidak memberikan sebarang impak kepada kalian yang sekadar ingin tahu perkembangan terkini. Ada juga yang sengaja 'tumpang' sekaki untuk menyebarkan segala apa yang terlintas di garis masa akaun sama ada di Tweeter, Facebook, Google+ atau apa juga ruang sosial yang lain untuk melihat peningkatan "Share", "Like", "Favorite", "Retweet" status yang kalian taip atau sekadar menyalin semula serta menampalkan di akaun masing-masing. Jujurlah, apa sebenarnya niat kalian berkongsi status tentang pesawat MH370 ini? 

Kenapa aku bertanyakan tentang niat? Apa yang boleh aku lihat di semua ruang sosial, rata-ratanya ramai yang berkongsi spekulasi, khabar angin dan lebih bagus lagi, pos-pos negatif membangkitkan pelbagai emosi khususnya kepada waris para penumpang dan anak-anak kapal yang masih lagi belum ditemui ini. Apa sebenarnya yang kalian mahu dan dapat dari perbuatan ini?

Oh warga Malaysia, tidak cukup dengan itu kalian memperlihatkan kedangkalan dan kerendahan tahap mentaliti di mata dunia. Berperang sesama sendiri dan membuka aib masing-masing. Membangkitkan isu-isu yang tiada kaitan dan "apa motif kehilangan pesawat ini dengan politik, agama, bangsa dan negara?" Bercakaran bagai manusia tidak bertamadun walhal kita sudah pun (lama) berada di peta dunia dan mendapat perhatian ramai. Tahukah kalian, berapa ramai orang luar mentertawakan sikap kebahlolan yang saling nak tunjuk pandai tapi hakikatnya, kosong!

Orang di luar sana tidak henti-henti memberikan sokongan dan harapkan yang baik-baik untuk pesawat MH370 dan kita pula tak sudah-sudah bermain tunjuk-tunjuk? 

Sepertimana orang lain, aku juga tidak ketinggalan meluahkan pendapat sendiri di mana-mana akaun laman sosial yang ada. Sebagai pengguna laman sosial ini, satu sahaja aku harapkan... hormatilah diri sendiri! Berhentilah bersikap negatif tetapi jangan berhenti berharap dan berdoa kepada sang pencipta yang satu, Allah subhanawataala. Sesungguhnya, setiap kejadian yang berlaku adalah dengan izinNya dan kepada Dia kita harus meminta. Bukan perlukan sebarang perantaraan (bomoh) untuk menemukan mereka yang masih lagi hilang.


Ini antara status aku sendiri; sekadar berkongsi untuk para pembaca yang mungkin tidak berhubung terus menerusi laman sosial. Ada yang jadi tajuk hangat seperti tweet dari selebriti yang tidak sensitif tapi tidak aku sertakan di sini. Kalian pun boleh jumpa, betul tak? Malas nak layan orang-orang begini. Senyum, jangan kata apa-apa.













8 March 

Tragedi kehilangan pesawat MH370 turut dirasakan dunia. Jika dunia boleh menjaga bahasa dengan bersama-sama memberikan semangat kepada keluarga terlibat, kenapa Malaysia semakin jelas ghairah memperlihatkan keangkuhan? Tolong ketepikan perkara yang tidak berkaitan dan cuba belajar 'erti' menghormati!!! Terima kasih wahai Malaysiaku yang AMAN!

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing



Kepada mereka di luar sana khususnya yang gemar main jari telunjuk, sila baca perkongsian di Twitter ini. Baca dan FAHAMKAN!!!

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing

"@exonied:I'm a human and I have a heart, so I wrote this on the behalf of the pilot's family. #PrayForMH370 #MH370 pic.twitter.com/Xkek6hn8bb"


 

Henti-hentikanlah menyalahkan orang! Kun fayakun; jadilah maka terjadilah ia!!!

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing


 
Sudah lebih 24 jam dan sepanjang pagi menatap skrin tv siaran Astro Awani, godek-godek Twitter, tiada maklumat terkini tetapi tetap optimis. Tiada harapan lain cuma biarlah #MH370 ditemui segera. InsyaAllah. Amin.

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing

Astaghfirullah...
Betapa rendahnya mentaliti rakyat Malaysia. Dunia harapkan dan doa yang baik-baik,tapi bangsa Malaysia sendiri?

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing





@AstroAwani memohon pengguna laman sosial hentikan sebaran rakaman audio atau video nahas kapal terbang terhempas yang lepas. Dikhuatiri akan mengganggu emosi waris keluarga penumpang MH370

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing







Kes ini, memang dah kira WAJIB dipenjarakan. Penipu seluruh dunia, mempermainkan emosi!

#BahlolAbadi

Remaja Biadap Permainkan Keluarga MH370 Tipu Seluruh Rakyat Malaysia

 


Heart touching "@jhau727 Remember to hug your loved one.| Translated message sent to MH370 from Beijing air base. pic.twitter.com/i21HhrScb2"

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing #Day3


 
Terlalu banyak spekulasi. Selagi belum ditemui, jangan berhenti berharap. Teruskan berdoa. Optimis. InsyaAllah, mereka berada dalam lindungan Allah.

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing #Day3


Yesterday (11 March)

Satu-satunya tajuk yang sangat ingin dibaca hari ini "MH370 telah dijumpai!"

* sabarlah wahai hati, sesuatu yang terjadi dengan izin Allah dan kepada Dia kita berserah. Hari keempat, masih tiada maklumat tetap berharap mereka selamat. InsyaAllah. Amin.

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing #Day4
— at Hybrid Publication


Dalam tidak sedar, kita sedang disatukan. Allahu akbar!

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing #Day4



Tiba-tiba, ramai saksi melihat MH370 terbakar. Ada yang dengar bunyi dentuman, ada yang nampak dan hilang. Hmm. Persoalannya, kenapa baru sekarang?

* Ini semua gangguan. Dengar boleh, percaya? Biar pesawat ditemui dahulu. Waktu itu, baru boleh lihat siapa yang bercakap benar. Mendengar dan melihat kesungguhan saksi-saksi bercerita, aku cuma terkenangkan emosi para waris. Sudah pastinya terjejas. Hmm.

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing #Day4


2 hours ago (12 March)
Sesiapa sahaja sekarang ini boleh membuat sebarang pertuduhan itu dan ini kepada setiap manusia di dalam pesawat MH370 kerana hakikatnya, tiada seorang pun dari mereka mampu 'MEMPERTAHANKAN' diri dari tohmahan manusia dewa yang selesa di atas bumi. Tidak kiralah apa keadaan psikologi kapten atau anak-anak kapal yang lain, apa yang dapat dilihat sekarang ini ialah pesawat itu telah HILANG! Faham atau tidak perkataan hilang? 


Kalau ya pun ada masalah dalaman dan tidak mampu mengendalikan pesawat dengan baik, sudah tentu pesawat dah menyembah bumi atau meletup di udara dan 'memudahkan' jentera penyelamat dunia menjumpai serpihan atau bangkai pesawat. Cari pesawat dahulu, buktikan segala pertuduhan busuk ini dengan penemuan kotak hitam. Jangan mudah sangat buat pertuduhan itu dan ini yang boleh 'mengaibkan' sesiapa sahaja di dalam pesawat serta waris mereka. Apakah kita tidak sensitif? Manusia dewa memang mudah timbul saat-saat terjadinya bencana begini. Hidup ibarat roda, hari ini kalian membuahkan kata-kata busuk. Esok lusa giliran kalian pula berada di tempat mereka. Waktu itu, barulah sedar....


* semakin bertambah hari kehilangan pesawat MH370, semakin 'telanjang' perangai manusia. Kalau pertuduhan ini salah dan kalian menjadi sebahagian dari penyebar fitnah, adakah kalian mampu memohon maaf kepada mangsa? Jawab sendiri!!! Tidak kiralah pegangan agama mana kalau sudah imannya lompang, kalian itu tetap biadap! Kalau tak mampu jadi insan beriman, cuba jadi manusia bukan binatang! Terima kasih!

#MH370 #MAS #KLBeijing #Missing #Day5















 
Mar 8
Diharapkan ahli keluarga penumpang penerbangan MAS ke Beijing tenang dan doakan agar mereka baik-baik.Jangan putus harap InsyaAllah selamat.

pray for the best!!! Stop spreading speculation...

Before spreading speculation, do think about the family. Stop spreading the negativity, !

CK Faizal berkongsi pengalaman tentang pendaratan kecemasan, terasa gerun pula. Ya Allah, lindungi mereka  

Stop blaming and keep praying for their safety  

Just imagine if one of the passenger is somebody close to you. Please stop making jokes on this tragedy!

What has the world become? Making jokes about this missing plane. There are living SOULS on that plane. Please try  

Please wake up to your senses Malaysian. Stop making this incident as political debate!  

Tidak ada seorang pun dari mereka ada kaitan darah dengan aku tapi jujurnya, hati rasa sayu dan terus berdebar  

My entire focus and concern is on . Please stop spreading rumors.  

To all Malaysian and the rest of the world, please put aside our differences and  

as for now and my humble request, stop making LAME joke on and instead. Stop spreading speculation! Thanks. 

I try to believe "No news is always a good news". The world is with you guys  

(كن فيكون) Be and it is.... still missing. Keep praying and stay strong to family members. The world is with you.  

Mar 9
Past 24 hours, still missing. and keep praying for the best

Media should give some space by not forcing the family members for interviews. They're disturbed and mentally unstable  

Its media's job to provide latest news to the public but this family member needs their loved ones. Pls give some respect  

Apabila secara rasminya diumumkan, segala kemungkinan diambil kira (faktor kehilangan), semakin risau hati dibuatnya.  

The missing of Malaysia Airlines aircraft remain mystery!  

Mar 10
Wonder what's on these people mind that keep making jokes on missing plane! Heartless or inhuman?

If the call connected but nobody answered, where is the exact location of ?

3 days and still no sign of ; keep on praying and stay optimist! May Allah be with them on board. InsyaAllah Amin

In your daily salah today, do say a little prayer for that still missing.  

If you don't have anything good to say, just stay away and stop tweeting or retweeting LAME jokes  

13h (11 March)
All Tv shows in Malaysia only focus on & I'm dying for more updates! Pray it will find its way back home. We miss you

My 6th sense keep telling me that, is still alive and they will comeback safe & sound. InsyaAllah.  

2h (12 March)
Everybody can makes negative statements against anybody on the plane because the fact is none of them can defend themselves

Earlier, they assumed that 2 Iranian boys might related to terrorist! Now, they accused the co-pilot 'bad' behaviour?

Sickening! Find the missing plane first or at least the black box! All these statements aren't helping at all!!!













Google +

Watched this video and someone saw me crying, asking why do I cry?

"I just wish each one of them comeback safe, love  #MH370  "

Keep praying and stay optimist. InsyaAllah, they will comeback safely! Amin

MH370...IF YOU LISTEN TO THIS, PLEASE RESPOND...WE LOVE YOU
)

Hope somehow  #MH370  is listening to us and comeback as soon as possible. The world is waiting. I'm waiting, to see their smiling faces. InsyaAllah...keep praying.

* Kehilangan pesawat yang sebesar itu dengan teknologi yang canggih sememangnya mengundang pelbagai persoalan tetapi jika Allah sudah mengizinkan, tiada siapa yang mampu melawan. Janganlah kalian cuba melangkaui kerja Allah! Kun Fayakun.