Wednesday, November 20, 2013

Mereka kian membesar... Miqhail dan Mierza

Tarikh ini datang lagi dan sepertimana biasa, orang yang paling sibuk sudah semestinya Along. Sejak dari kecil hingga sekarang (sudah beranak 3), Along pasti mencari jalan atau sesuatu yang lain dari yang lain untuk menjadikan hari istimewa menjadi sesuatu yang terus melekat dalam kepada otak dan juga memori kami semua.
Penyeri hidupku, Miqhail dan Mierza
Tahun ini juga tidak kurang hebatnya, Along memilih Laman Kasih sebagai lokasi menyambut kelahiran dua anak-anaknya, Miqhail dan Mierza masing-masing mencecah 5 tahun (26 Oktober 2008) dan 3 tahun (24 Oktober 2010) pada 26 Oktober yang lalu. Segala-galanya diatur rapi dan aku membantu sekiranya diperlukan dan dia telah melantik aku dalam tugas menyediakan gambar untuk menandakan pertambahan usia Miqhail dan Mierza. Katanya, untuk disimpan di dalam album. Alhamdulillah, aku sudah boleh diharapkan. Tidak lagi seperti tahun pertama kelahiran Miqhail, di mana aku mengharapkan budi seorang kenalan.

Tema tahun ini, Minion...macam Mierza! Hahaha
Namun, apa yang tidak pernah aku terfikir adalah Along mempunyai agenda lain. Ya. Satu segmen permainan sebelum makan malam dan kemuncaknya, sambutan hari lahir putera-puteranya. Beberapa hari sebelum hari yang dinanti-nantikan tiba, Along bertanya sama ada aku tahu tentang perisian Jigsaw Puzzle.

Wajah penganjur....Along
Yang diraikan, Miqhail dan Mierza
"Kau ada software Jigsaw Puzzle?" Along dalam SMSnya kepada aku, di tempat kerja.
"Boleh cari kat internet. Kenapa?" soal aku pula yang masih keliru tentang soalan Along.
"Aku nak buat games sebelum makan nanti masa birthday Miqhail dan Mierza" balas Along.
"Oh, dalam iPad ada. Snapshot aje, senang" cadang aku.
"Hmm, nanti aku suruh Zamri carilah," katanya mungkin tidak berpuashati dengan cadangan aku.

Hari keesokannya pula, satu lagi SMS dari Along singgah di skrin Blackberry uzurku.

"Izan, aku nak kau tolong handle segmen games nanti. Ada kuiz" 
"Dah kuiz pulak? Ada hadiah ke? Berapa banyak? Tentang apa?" kalut aku dibuatnya.
"Soalan senang, tentang budak-budak ni. Hadiah? Kek..." katanya lagi beria-ia.

Memang tidak boleh dinafikan, dalam kekalutan dia berulang-alik ke pejabat. Ruang otaknya masih ligat berfikir tentang sambutan kelahiran Miqhail dan Mierza. Idea along harus dilaksanakan dan antara mangsanya adalah abang Zamri. Mereka berdua menyelesaikan tugas menyediakan permainan Jigsaw Puzzle. Along menggunting gambar yang dipilih tanpa disertai aku kerana aku diarahkan untuk menyediakan pula kad ucapan dari gambar yang telah disediakan di awal tadi. Tiada masalah tentang itu. 

Ini pula kad ucapan, lebih kurang aje!
Apabila tiba hari yang dinanti-nantikan, kami pun bergerak ke Laman Kasih sejurus lepas Maghrib dengan masing-masing mengenakan pakaian mengikut warna tema, hitam (lelaki) dan merah (perempuan). Kebetulan, lokasinya sangat dekat dengan rumah, jadi perjalanan hanya mengambil masa dalam 10 minit. Seperti yang dijadualkan, bermulalah sambutan ulangtahun Miqhail dan Mierza, dimulakan dengan segmen Jigsaw Puzzle.

Tekun membaca menu...
Huh, bulatnya mata!
Ala tomey tomey!
Aduh, sudah lima tahun kekasih hati seorang ni!
Mamat jiwang lagi sensitif, dah 3 tahun ya!
Sesi menulis ucapan....
Awalnya, dia memang tak layan 'games'
dan dia sibuk dengan dunianya...
Pasukan 'comel' memulakan aksi, umi bertindak ganas!
Cool aje, tak payah kelam kabut
Cepatlah 'Bie'
Puzzle kumpulan Comel sudah kelihatan
Mengejar rapat, geng Cool
Seronok juga melihat umi, abah, Ayuz (awalnya malu-malu) diikuti Firdaus menyelesaikan masalah Jigsaw Puzzle yang diberikan along. Dek kerana aku sudah terbiasa dengan gambar-gambar Miqhail dan Mierza, masalah itu diselesaikan dalam masa yang sangat singkat. Apabila tiba segmen berikutnya pula, ternyata Ayuz menjadi juara. Satu, mungkin kerana dia sangat peka dengan Miqhail dan Mierza. Keduanya, dia mempunyai kehebatan menghentam meja dan suara agak kuat berbanding aku yang leka dengan Blackberry. Kononnya mahu mengemaskini status, membuatkan aku tertanya-tanya, soalan yang diajukan Along. 

Pasukan comel... selesai!
Diikut rapat oleh kumpulan Cool
Makanan belum sampai lagi ni!
Penyerahan balang beracun...
Mysarah... perlu disuap, kalau lapar nanti siren kuat bakal berbunyi
Sesi kuiz bermula...
Tengah syok suap, dia boleh bersoal jawab pulak! - Mysarah
Tanda-tanda protes, terpaksalah akur kehendak mereka untuk balik!
Selesaikan tugasan dari kotak beracun - suap anak-anak buah -Firdaus
Tak ketinggalan, si Mierza juga
Alahai mamat jiwang ni! Selamat ulangtahun ke 3 Mierza
Kehebatan Ayuz yang menguasai pengetahuan tentang Miqhail dan Mierza memberikan dia menang bersih! 3 kek balang diserahkan kepada Ayuz dan aku berharap tiada cip coklat lebih dalam kesemua kek itu! Hahaha. Apa-apa pun, anak-anak yang menyambut kelahiran tidak begitu gembira dan mahu pulang awal. Mungkin sekali kerana suasana malam dan mereka memang tidak suka dikerumuni nyamuk apatah lagi dikelilingi orang-orang asing yang memandang pelik! Maaflah ya, keluarga kami, keluarga yang sihat. Tak pandai nak mengumpat orang! Yang penting, kami tidak kacau sesiapa! Terima kasih!!!

Kek dan hadiah....
Permainan kegemaran si abang dan adik, Angry Bird
Acara seterusnya, (kotak beracun) disambung di rumah dan bermulalah sesi mempamerkan kemahiran masing-masing. Paling lucu sudah semestinya Ayuz yang perlu meniru gaya Miqhail! Jadi sungguh! Sekarang menanti giliran sambutan kelahiran Firzudeen Aqasha dan Mysarah pula!!

Makanan kegemaran dia, ayam goreng? Hahaha
Abah menyanyikan lagu ulangtahun seperti yang dikehendaki balang beracun!
Pantun untuk Mierza...
"Berhenti makan di perhentian Ijok, Mierza budak kuat merajuk" - abang Zamri
Famili yang penuh dengan pelbagai ragam!
Umi dengan pantun agak panjang, lupalah pulak!
Aku perlu peluk Birthday Boys, memang kesukaan aku!
Saya dapat beg Minnion!
Mimik Miqhail paling berjaya dari Ayuz
Miqhail malu-malu
Kedengaran kurang adil, tapi dialah 'cinta' pertama! Sayang selamanya!
Alahai, pose lah sayang...
Aunty dan Birthday Boys...
Atuk dan wan bersama cucu masing-masing
Dah kecur air liur ni angah, cepatlah suap! Firzudeen Aqasha
* Apa pula tema sambutan kelahiran Firzudeen Aqasha dan Mysarah? Hehehe... tunggu!