Friday, November 15, 2013

BErumba di Teluk Danga (Danga Bay)

Setiap manusia ada pantang, betul tak? Begitu juga dengan keluarga aku. Kalau ada orang, pantang sungguh bila berjumpa dengan cicak (erk... siapa tu?) atau lipas, mahupun hipokrit (manusia separa plastik), 'pantang' untuk keluarga aku agak pelik. Apa dia? Pantang cuti! Ha ha ha. Tak kisahlah cuti yang sangat singkat atau panjang (kalau dah panjang memang tak lepas peluanglah babe!) pasti ada sahaja destinasi yang bakal dituju. 

Gelagat kami!!!
Pyar Dilon Ka Mela Hai...
Berbeza dengan kali ini, bukan cuti yang menjadi alasan untuk kami sekeluarga pergi berjalan-jalan makan angin. Sebaliknya, ia hanya bermula dengan jemputan perkahwinan salah seorang saudara kami. Disebabkan ianya berlangsung di Johor, agak sukar juga untuk pergi ke sana tanpa bermalam dan tergesa-gesa pulang. Tambahan pula dengan kehadiran anak-anak kecil, ia agak merumitkan dan semestinya memerlukan tempoh yang lebih panjang kerana terpaksa berhenti di setiap perhentian.

Teringat filem Kurbaan, bezanya aku tak jumpa pun Aakash!
Disebabkan itu, Along (si pemikir dan perancang) mengesyorkan agar kami bermalam di Teluk Danga. Selain dapat merehatkan badan, kami juga boleh melihat-lihat perkembangan dan perubahan bandar Johor ini. Maklumlah, agak lama juga kami tidak turun ke sini. Bagi melaksanakan idea itu, seperti biasa aku ditugaskan untuk mencari tempat penginapan. Tempahan awal dibuat dan kami dapat bermalam di Hotel Tune kerana hotel-hotel lain sudah pun tiada kekosongan. Oh ya, perjalanan kali ini tidak disertai oleh seorang ahli keluarga kami; Firdaus kerana sibuk bekerja. Apa-apa pun, dia tidak pernah dilupakan dan diwakili oleh isteri (Ayuz) dan anak (Firzudeen Aqasha).

Tempat menginap...sebentar saja untuk melepaskan lelah

Anak dragon kehilangan ibu boleh ditemui di Hotel Tune
Sebagaimana yang dirancang, kami memulakan perjalanan ke Johor Bahru dari rumah Ayuz seawal 7 pagi. Mujur anak-anak sudah bangun dan seperti yang dijangkakan, jalan menuju ke Johor memang sesak. Mungkin disebabkan ianya hari Sabtu. Menjelang tengah hari, kami sekeluarga selamat tiba dan tanpa membuang masa, kami pun menjamu selera untuk beberapa ketika. Abah dan umi mengambil peluang bermesra dengan sanak saudara. Manakala aku sudah mula berangan-angan untuk mengapungkan diri di atas katil. Sungguh, aku sangat letih dan mengantuk walaupun bukan aku yang memandu! Ha ha ha.

Kalau diikutkan rancangan asal, tujuan utama bermalam di Teluk Danga ini adalah untuk merehatkan badan tetapi kalau ianya sesuatu yang dirancang Along, aku tahu ia bukan sekadar bermalas-malasan. Setibanya sahaja di bilik masing-masing, Along sudah mengeluarkan aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang dua hari di sini. Bukan setakat Along, Ayuz pun tersampuk sama. Mereka berdua sudah ada rancangan yang sangat rapi. Aku? Ikut sahaja, sebab MALAS berfikir. Kalau boleh, aku nak melekat sahaja di atas katil dan menghabiskan masa menonton rancangan di TV yang entah apa-apa. Baiklah, berhenti melalut!

Awalnya, kami merancang untuk makan malam sambil menikmati pemandangan di sini dengan menaiki Cruise tetapi difahamkan, kerja menaiktaraf dan membaikpulih sedang dijalankan. Maknanya, satu aktiviti terpaksa dibatalkan. Ah, hampa benar. Keterujaan untuk makan malam di atas cruise hancur begitu sahaja. Tak mengapa, insya-allah peluang itu akan tiba lagi tahun hadapan. 

Kebetulan, Ayuz mempunyai kawan yang bermastautin di Johor Bahru ini. Jadi, kesempatan ini diambil Ayuz untuk bertemu rakannya itu yang baru sahaja bergelar suami isteri sekali gus memandu kami sekeluarga menikmati Teluk Danga di malam hari. Entah kenapa, setiap batang jalan menuju ke Teluk Danga sesak dan kami tersekat hampir berjam-jam di dalam kereta. Rupa-rupanya, ramai penduduk Johor dan Singapura berebut peluang untuk bermain di taman tema yang bakal berakhir. Disebabkan tiada pilihan lain, kami bergerak ke taman tema yang lama dan pengunjungnya tidaklah seramai taman tema yang awal tadi.
 
chu chu train kita? Yeah!!!

Voltan senyum terlebih? Aadat hai majbur yaar!

Tiket ada 4, orang 3... mana lagi sorang?
Malas nak layan dema ni - Mysarah
Siapa yang teruja sebenarnya ni? Anak-anak atau ibu?
Tak mau, tak mau... mama naik sendiri la!
Boleh terbang tak kuda ni?
Kenapa kuda ni tak terbang angah? - Miqhail
Apa yang kita perlu buat sebenarnya ni bonda? - Firzudeen Aqasha
Setelah puas bermain seketika di taman tema tersebut, kami mengisi perut masing-masing di sebuah restoran yang agak terkenal di sini. Ah, lupa pula namanya. Yang pasti, lokasinya bertentangan dengan Hotel Tune. Makanannya memang sedap malah pernah menerima kunjungan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Ah, Restoran Singgah Selalu. He he he. Jadi, jangan lupa singgah ya kalau datang ke Johor Bahru! Macam-macam hidangan disediakan.

Gambar dari Blog My Life & My Loves
Keesokan harinya pula, kami terpaksa pulang awal tetapi sempat singgah ke LegoLand. Memandangkan hari ini adalah Ahad, kami terpaksa melupakan hasrat untuk bersuka-ria di taman Lego ini. Bayangkan kalau masa dihabiskan di sini, takkan cukup. Pukul berapa pula bergerak untuk pulang, jadi selamat tinggal Legoland. Sebelum pulang, sempat jugalah bergambar di Teluk Danga. Kenangan sebelum pulang ke Rawang.

Kami dah siap... bekalan tak dilupakan ya! - Miqhail
Jangan gerak-geraklah abang! - Mierza
Lambat lagi ke nak gerak ni mama? - Mysarah
Agaknya, habis baca iklan ni baru dorang turun! - Mierza
Wah, betul jangkaan abang Mierza mama!!! - Mysarah
Ready atuk? - Mierza
Bumi Lego?


Masih dalam pembinaan?
Hotel Lego, masih belum siap...
Nampak macam kecik je...
Paparazi, oh no!
Cuba teka, apa ni?
Pandai betul anda meneka!!!
Penat mengikut keletah budak-budak ni - Umi
Angkatan ibu-ibu muda bersama anak masing-masing. Condong sangat tu!
Jejaka paling kacak dalam hidup aku , Abah!
Dua jejaka paling kacak dalam hidup aku, Abah dan Miqhail
Syurgaku, umi dan abah!
Haih Miqhail ni, tak bolehlah tengok wan dengan atuk berdua-duaan - Umi


Sabar ajelah - Abah
Apalah nasibku duduk di tengah-tengah - Firzudeen Aqasha


Kita aje, angah ngan aunty mana? - Miqhail
Eh, angah... aunty, orang bergambar kat sinilah - Miqhail
Kejap lagi aunty datanglah - Ayuz
Aunty kena layan model saiz XXL ni jap! - Ayuz
Sabor ajelah aku ni - Ayuz
R4BIA; macam ni okey ke? - Aku
Okey, yang ini... Super 'S' - Shahaini! - Aku
Cukup-cukuplah amik gambar model tak laku tu - Along
Kita bergambar dengan udang galah gergasi ni pulak! - Along
Good idea!!! - Ayuz
Brilliant idea - Aku
Kenapa udang ni lebih besar dari Angah? - Miqhail
Ini semua idea mengarut, mama... jom lari nanti udang makan kita - Mierza
Me and my toddler - Ayuz dan Firzudeen Aqash
We love the camera and the camera love us - Ayuz & Firzudeen Aqasha
Its in our genes - Ayuz & Firzudeen Aqasha
Me and my hero, abah!!!
Ada berani nak anak gadisku? - Abah
Tak ada yang berani! - Abah
Siapa berani kacau bondaku? - Firzudeen Aqasha
Tak beranilah tu... - Firzudeen Aqasha
Pergi main jauh-jauh, jangan bazir masa kacau bonda Aqasha! - Firzudeen Aqasha
Kemalangan... pergh!
Betul-betul kemalangan ke apa tu? - Mysarah
Kemalangan lagi...
Wow... betul-betul kemalanganlah.... - Firzudeen Aqasha
Ya anak-anak, ini kemalangan bukan gambar dalam permainan video!
* boleh teka, agak-agak pukul berapa kami sampai ke Rawang? Ya. Hampir 11 malam itu pun sudah bertolak awal. Terima kasihlah kepada beberapa siri kemalangan di sepanjang perjalanan.