Wednesday, November 20, 2013

Hari Keluarga di Bukit Fraser

Inilah famili kami...
Boleh dikatakan, ini adalah satu-satunya agenda yang diluar jangkaan. Semuanya bermula dari rancangan aku yang ingin memandu jarak jauh (long drive), sepertimana yang pernah aku lakukan bersama umi, abah dan Miqhail tahun lepas. Teringin aku hendak ke Bagan Datoh, menyapa muara dengan deraian ombak ganas  menghempas seluruh jiwanya ke tembok batu, melihat rumah usang dan bangunan-bangunan yang hampir menyembah bumi tetapi tetap tenang dan mendamaikan. Ya, aku ingin ke sana tetapi masih lagi belum berkesempatan. Terima kasih kepada tugasan serta kelas yang menyekat kaki dan tangan.

Idea itu dipanjangkan abah, sebaik sahaja dia pulang bersiar-siar di bawa Ayuz. Mungkin, ia kedengaran seakan sebuah gurauan kosong dari seorang ayah tetapi bukan untuk Along yang memasang telinga dan bersedia bertindak bila-bila masa. Apabila disahihkan pula oleh Ayuz yang menganginkan kepada kami tentang keinginan abah, maka ia harus dilaksanakan dengan kadar segera. Tanpa perlu banyak bicara, masing-masing maklum dengan tugas yang perlu dijalankan dan sepertimana biasa, aku memikul tanggungjawab mencari tempat penginapan serta memilih tarikh yang sesuai untuk kesemua ahli keluarga kecil ini.

Tarikh yang sesuai untuk semua jatuh pada 2 November 2013 bersamaan hari Sabtu yang juga merupakan hari perayaan cahaya, Diwali. Demi memastikan seluruh keluarga sentiasa bersama dan dapat dikumpulkan di satu lokasi sepanjang berada di Bukit Fraser, aku memilih apartment sebagai tempat penginapan. Sesudah puas meneliti data tempat peranginan disediakan saudara serba tahu, Encik Google, tempat paling sesuai adalah The Pine Resort.

Awalnya aku memilih Ye Olde Smokehouse dan Shahzan Inn Fraser's Hill, tapi agak tidak relevan kerana aku perlu memikirkan tentang 'kebersamaan' tanpa disekat sebarang dinding mahupun pintu yang memaksa kami terperuk dalam ruang bilik masing-masing. Kalau begitu, apa gunanya bercuti bersama keluarga?

Ya, aku sedia maklum dengan komen-komen agak kurang enak di setiap laman sesawang tentang The Pine Resort ini, aku membelakangkan itu semua dan berharap pilihan aku tidak salah. Apa, ingat senang nak cari tempat sesuai dalam masa sama perlu memikirkan tentang keselesaan dan kemudahan? Tambah pula, dengan kehadiran anak-anak kecil. Kalian fikir, itu kerja mudah? Hanya aku yang tahu. Kalau sekadar pergi berjalan-jalan tanpa memikirkan tentang kebersamaan ini, sudah tentu dua tempat peranginan tadi awal-awal ditempah.

Sebagaimana yang aku khabarkan tadi, agenda kali ini sesuatu yang diluar jangkaan. Namun, kalau kalian dilahirkan dalam keluarga Md Zahar Zainal, perancangan di akhir-akhir waktu memang sudah sebati dengan kami. Mungkin, kalian mengatakan tindakan ini kurang bijak kerana pastinya kelam-kabut dan hasilnya entah apa-apa. Betul tak? Terserahlah apa yang kalian ingin fikirkan tetapi alhamdulillah, masalah itu belum pernah terjadi melainkan di awal-awal dulu. (Percutian di Pulau Pinang tanpa membuat tempahan penginapan lebih awal).

Selain menyusun aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang berada di Bukit Fraser seperti menunggang kuda, memanah, menaiki bot dan menghabiskan masa di Taman Awam, beberapa lagi aktiviti 'indoor' turut disediakan. Disebabkan kejayaan Along menganjurkan majlis kelahiran anak-anaknya tempoh hari, jadi secara tidak langsung cara yang sama disuntik untuk Hari Keluarga di Bukit Fraser ini. Along menyediakan satu  permainan dan aku pula dipertanggungjawabkan untuk menyediakan 2 lagi. Permainan yang disediakan along; Family Obstacle (berdasarkan dam ular) manakala permainan aku pula; Jigsaw Puzzle dan Kuiz (We Are Family).

Bagi memastikan setiap permainan yang disediakan berjalan dengan lancar, aku mencuri peluang bertanyakan segala soalan kepada semua ahli keluarga tanpa diketahui pasangan masing-masing. Oh, aku dikecualikan dari dua permainan ini dan sekadar pemerhati sahaja. Seronok juga apabila mendengar fakta diri masing-masing. Tidak sabar untuk mengetahui sama ada pasangan masing-masing tahu tentang perkara ini. Itulah dinamakan, We Are Family, ya tak? Selain itu, aku turut melukis beberapa keping gambar untuk diteka mereka. Hahaha... nasiblah kalau ada yang dapat teka, maklumlah lukisan tangan aku bukan eloks sangat! Tetapi, permainan yang disediakan Along sangat aku tunggu-tunggu. Kenapa? Sebab aku berpeluang untuk turut serta. Hahaha... jujurnya, aku tahu permainan Along akan menguji setiap ahli keluarga. Sesuai sangat dengan namanya, Family Obstacle!

Memandangkan perlu tiba awal di Bukit Fraser, seawal pagi lagi kami sudah bergerak dari Bandar Tasik Puteri. Walaupun cuti hanya dua hari, pastinya ia percutian yang paling bermakna. Menyelusuri Kuala Kubu Baru, sempat juga kami melihat keadaan empangan yang sangat jelas tahap airnya yang berkurangan. Ah, salah siapakah ini? Baiklah. Aku tidak berniat untuk menyentuh soal empangan ini di sini, mungkin dalam ruangan entri yang berikutnya? Ya, boleh jadi.

Agak mencabar juga perjalanan menuju ke puncak Bukit Fraser tetapi jauh berbeza dengan beberapa tahun lepas, di mana jalan kedua telah dibuka dan tiada masalah pertindihan untuk keluar dan masuk ke kawasan peranginan ini. Perjalanan 8 kilometer terakhir agak merbahaya kerana sangat sempit dan juga mendaki. Mujur bukan aku yang pandu, kalau tidak mungkin beberapa kali juga aku termuntah? Hahaha. Kami tiba seawal 11 pagi dan berhenti sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Peluang ini diambil untuk mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan.

Ya, selamat... selamat! Alhamdulillah
Along dan tentera kecilnya...
Cak... saya tak pernah penat! - Mysarah
Cubaan untuk mengulangi zaman kegemilangan - Ayuz
Ini giliran kita pulaklah bonda - Firzudeen Aqasha
Testing... testing, yeah. Pose comel menjadi - Firzudeen Aqasha
Mulut siapa seksi? Bonda atau saya? - Firzudeen Aqasha
Sudah terbukti, saya paling seksi - Firzudeen Aqasha
Ada perubahan tak?
Mana boleh tanpa dia, kekasih hati!
Umi dan cucu sulung, Miqhail!
Alahai, comelnya umi aku!
Ya, kami memang sihat - Abah

Merpati sejoli, umi dan abah!
Isi tangki dulu, lapar ni - Firzudeen Aqasha
Setelah puas bergambar, kami sekeluarga pergi pula ke The Paddock, tempat yang sama pernah kami kunjungi sewaktu aku masih kecil, sepuluh tahun barangkali? Aku juga masih ingat nama kuda yang pernah aku tunggang ketika itu, Suriano. Pasti Suriano sudah dibawa ke tempat lain kerana 3 kuda yang ditemui di sana tidak langsung mirip Suriano; berwarna perang dan di tengahnya bertanda putih yang panjang. Keterujaan dan kegilaan memuncak sehingga aku terlupa yang dibelakangku ada beberapa lagi ahli keluarga. Tanpa buang banyak masa, aku memanjat tangga untuk menunggang kuda. Ah, kenapa tidak dilepaskan sahaja aku berdua-duaan dengan kuda itu? Dulu, aku dibiarkan menunggang sendirian tetapi kali ini dipandu. Apa-apalah, yang penting lepas hajat pertama dan menyempurnakan jadual aktiviti yang disediakan.

Apa masalah cermin mata ni? - Firzudeen Aqasha
Murah, sesiapa pun boleh cuba... yang penting, berani! Hahaha
Memang ramai pengunjung
Senyum, senyum... nasib baik kuda ni mampu bergerak!
Mysarah, tengok tu... angah kau seksa kuda tu - Along
Biar apapun terjadi, kita kena pose Aqasha! - Ayuz
Ya, kami tak menyesal untuk tidak menunggang kuda - Miqhail Mierza
Mama pun tak menyesal... menyesal rancang aje! - Along
Kuda itu mungkin dikuarantinkan
Pose sayang, pose! - Ayuz
Miqhail yang menggila dengan kuda, menjauhkan diri kerana tidak berani. Ala sayang Angah, inilah kuda yang kau gila-gilakan itu. Di rumah hanya ada kuda plastik. Mana mungkin dia faham tentang keterujaan? Miqhail melarikan diri jauh bersama-sama Mierza. Masing-masing takut untuk dipaksa menunggang kuda hidup. Mujur Ayuz mampu menangani kuda dan membawa bersamanya Firzudeen Aqasha. Comel sungguh! Itu sahaja. Hanya aku dan Ayuz menunggang kuda, yang lain tidak mahu. Okeylah, mungkin ia tidak mencabar dan membosankan. Jadi, aku terpanggil untuk memberikan sendiri makanan kepada kuda-kuda ini dan membeli lobak merah berharga RM1 yang memang dijual khas. Eh, seronok sangat dapat menyuapkan makanan kepada mereka walaupun di awalnya agak gentar.

Sejak bila anda mula makan lobak? - Aku
Makan lobak ya, bukan jari montel tu... - Aku
Good boy, now pose and smile!!!
Lobak, lobak, lobak...
Dari sini, kami singgah pula ke tempat memanah. Ini adalah kali pertama aku mencuba untuk memanah. Tidak perlu takut atau malu kerana akan ditunjuk ajar oleh penjaga di sini. Malangnya, dalam sepuluh kali cubaan yang diberikan, hanya dua kali sasaran aku tertanam di papan memanah. Itupun salah satu darinya tertusuk di papan memanah jiran dan yang satu lagi, sekadar di luar garisan. Apa-apa pun, aku dah pernah mencuba. Mungkin di lain waktu, aku perlu belajar cara mencari sasaran yang tepat. Firdaus, Ayuz, abang Zamri dan abah turut mencuba. Ya, mereka berjaya memanah pada sasarannya. Salah aku, salahkah aku? Hah, berdrama pula!

Ya, macam tu...
Macam.... pandai!
Ke bawah sikit kak... mesti kena!
Suka ke rumah jiran ya kak? Macam mana boleh ke sebelah?
Usaha tangga kejayaan...
Dua pemanah mengambil tempat...
Alahai, senang sangat - abang Zamri
Betul ke senang? - Ayuz
Betul, senang sangat... - abang Zamri
Yah, senang... senang! Tepat pada sasaran garisan hijau! - abang Zamri
Jangan tahan lama-lama, nanti tersasar
Abahku, macam Robin Hood yang bukan Pandey! Hehehe
Keputusannya...
Kalau tak silap, ini papan Firdaus?
Yang ini aku punya, nampak ada satu tu!
Yang ini pun, aku punya tapi satu tu aje. Di garisan antara biru dan merah! Termasuk rumah jiran!
Yang banyak ni, Ayuz. Hebat kan? Juara bola jaring tu! Sasaran selalu tepat!
Mungkin, ini abang Zamri?

Yang ini abah...yihaa!!!
Saya tak penat lagi - Mysarah
Setelah puas menunggang kuda dan memanah, akhirnya kami akur untuk mencari tempat penginapan yang telah ditempah lebih awal. Entah kenapa, berpusing-pusing juga kami dalam mencari The Pine Resort. Dimanakah silapnya? Pemandunyakah atau papan tandanya? Ya, mungkin salah kami yang memandu pemandu ke arah yang salah. Setibanya di tempat penginapan ini, satu sahaja yang boleh aku katakan, sangat besar dan banyak bangunan. Bukan itu sahaja, ramai sungguh penginap yang tinggal di sini. Eh, bukankah di laman sesawang ramai yang tidak puashati. Kalau begitu, kenapa ramai yang tetap berdegil menginap di sini? Adakah alasan mereka sama dengan aku? Atau mereka sudah tiada pilihan lain?

Pemandangan dari apartment kami
Penyambut tetamu yang bertugas menyerahkan kunci dan sebelum membuat bayaran penuh, kami diminta untuk meninjau keadaan bilik terlebih dahulu. Jika tidak berpuashati, kami boleh menyerahkan semula kunci. Baiklah, itu sesuatu yang jarang berlaku kerana kebanyakan tempat aku pergi, mereka meminta duit deposit. Hmm. Jadi, aku dan along berserta abah dan Firdaus meninjau keadaan bilik. Abah melihat keadaan elektrik, aku memeriksa tandas manakala Firdaus memeriksa seimbas lalu setiap ruang. Puas hati. Apa yang penting, tempat tidur selesa, bilik air selesa, ada elektrik dan semua lampu berfungsi. Lain-lain seperti habuk, permaidani buruk atau bau kurang menyelerakan tidak diambil pusing. Sebab, kami di sini bukan untuk selama-lamanya. Hahahaha...

Ini bukan pagi ya, petang! Ambik kau!!!
Duit diserahkan dan kami berehat dahulu beberapa jam sebelum meneruskan aktiviti yang telah dijadualkan. Boleh dikatakan, inilah waktu bebas. Masing-masing bebas membuat aktiviti mereka sendiri. Sama ada menonton tv atau melayan hati juga menangkap lagi gambar. Dan aku, ambil peluang ini untuk ngorok! Tidurlah!

Masa di apartment, dia tak tidur...
...ya, di kereta mereka baru berniat untuk tidur! Hahaha
Menjelang petang, kami bergerak pula menuju ke Allan's Water untuk menaiki bot. Kalau diikutkan, semua ini jadual aktiviti yang dirangka along dan aku. Setakat ini, kesemua yang dijadualkan telah aku laksanakan tetapi bukan Along. Aktiviti naik bot ini juga, along abaikan. Kenapa along? Terpaksalah aku mengayuh bot bersama adik ipar, Firdaus. Yalah, buat lepas hajat. Lain kali, tak pasti lagi dapat atau tidak. Selain aku, Ayuz turut mengambil peluang ini dan sekali lagi Firdaus menjadi tunggak mengayuh bot. Seperti biasa juga, Ayuz kepucatan. Hahaha. Tak apa, cik abang di sebelah. Apa-apa jadi, super hero ada! Ya tak?

Penjaga bebola ini cuti, tak beroperasilah maknanya tu!
Tolonglah, saya tak mahu duduk dalam bola tu - Firzudeen Aqasha
Sedang membayangkan seseorang, dekat di hati jauh di mata - Aku
Nak ke mana kita ni? - Ayuz
Seram sejuk tau... - Ayuz
Sementara berada di sini, kami mengambil peluang juga untuk  memberikan ikan-ikan makan. Wah, jadi bahlul sekejap. Suka pula aku tengok ikan-ikan ini mengerumun di tempat orang membaling makanan. Dalam sekelip mata sahaja, lesap semua makanan yang di dalam plastik. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku ambil jala dan bawa balik ikan-ikan koi ini ke rumah buat ganti ikan-ikan yang mati serentak beberapa tahun lepas. Hmm.

Nampak tak? Banyak betul ikan!!!
Wahai ikan-ikan, ke marilah... aku seru - Aku
Dikuarantin ... abang nak terjun dalam kolam, mama tak bagi! - Miqhail
Selesai aktiviti luar hari ini dan along mengelat!
Hampir senja, kami pun bergerak ke Taman Awam untuk mengisi perut yang lapar. Banyak juga kedai dibuka dengan bermacam-macam jenis hidangan makanan. Entah apa salahnya, kami terperangkap di sebuah kedai makan. Bukanlah nak komen tak tentu pasal, tetapi salah seorang pelayannya (pastinya juga tuan punya atau ada kaitan dengan tuan punya) bersikap agak kurang sopan. Makcik (sekiranya terbaca entri ini), kami datang bukan selalu dan pastinya kedai makcik ini selalu menerima kunjungan pengunjung. Bukankah lebih elok, layan dengan lebih sopan? Kelak, mereka dan sudah tentunya kami akan datang lagi ke kedai makan ini kalau berpeluang bercuti di Bukit Fraser di masa akan datang. Kalau layanan sebegini, bagaimana orang nak datang lagi? Nasihat sahaja. Kalau rasanya tidak sesuai, tak apalah. Mungkin cara makcik itu benar, dan kami yang salah. Mungkin juga, tidak penting untuk makcik melayan kami kerana pengunjung kedai makcik ini sangat ramai.

Nak singgah makan?
Main dulu!!! - Firzudeen Aqasha
Makanan tambahan turut dibeli agar senang di waktu malam, tidak perlu keluar dan habiskan masa dengan berehat. Memang itulah yang dilakukan. Berehat dan menunggu sehingga pukul 9 malam untuk memulakan aktiviti permainan yang telah disediakan. Seperti yang dirancang, Jigsaw Puzzle menjadi permainan pertama. Berbeza dengan Jigsaw Puzzle yang pernah diadakan di majlis hari lahir Miqhail dan Mierza, kali ini gambarnya telah aku sunting terlebih dulu. Bermakna, hanya aku seorang tahu apakah gambar sebenar. Konsep permainan ini pula, mencantumkan gambar tanpa ketahui gambar sebenar dan mencari makna di sebalik gambar itu. Lebih kurang 15-20 minit, barulah misi menyelesaikan Jigsaw Puzzle selesai. Ya, dan makna di sebalik gambar (tertera juga di atas gambar) adalah FAMILY (keluarga).

Apa yang mama dan bonda cuba buat ni? - Mysarah & Firzudeen Aqasha
Saya dah siap, tapi malas nak berjalan - Firzudeen Aqasha
Haih, dia pun sibuk nak serta
Gambar apa ni? Ada kepalalah, ekorlah - Along
Macam dah nampak... - Ayuz
Yah, sikit lagi - Ayuz
Add caption
Tanpa membuang masa, permainan kedua terus dijalankan dan segmen ini sangat meriah. Boleh dikatakan bergegar juga dinding dan lantai dek hilai tawa dan debat antara pasangan. Aku hanya memerhatikan gelagat masing-masing. Ada yang tidak berpuashati dengan soalan, ada juga yang tidak yakin dengan jawapan sebenar. Lebih menggamatkan lagi keadaan, anak-anak kecil juga turut serta. Macam mereka tahu sahaja jawapannya melainkan Firzudeen Aqasha dan Mysarah yang tertidur sebaik sahaja permainan Jigsaw Puzzle dimulakan. Peliknya, mereka tidak pun terjaga walaupun bunyi bising dari ibu bapa masing-masing. Apa-apa pun, pujian perlu diberikan kepada pemenang keseluruhan abah dan umi. Ah, sudah terbukti bukan mereka pasangan terbaik dan bahagia. Sangat bahagia melihat mereka mengetahui jawapan sebelum soalan sempat dihabiskan. Berbeza dengan pasangan yang baru sahaja berkahwin; Along - Zamri dan Ayuz - Firdaus.

Tertidur sudah kembar ni
Cuba mengingatkan kembali untuk jawab soalan - Firdaus
Boleh teka, ini lukisan siapa?
Apa yang si kecil ni cuba sampaikan?
Agak-agak, ini milik siapa?
Senang bukan?
Cinta pertama... soalan ini untuk abah!
Yang ini pula, soalan untuk umi; siapakah ini?
Aku sempat menconteng menunggu kuiz selesai!
Seterusnya, permainan Family Obstacle. Permainan ini seringkali dimainkan di setiap minggu motivasi; seorang akan berbisik kepada orang yang lain tentang satu ayat dan ianya disebarkan, orang yang terakhir perlu melakukan apa yang diperlukan di dalam ayat itu. Boleh dikatakan, objektif tercapai tetapi banyak sangat helah! Hahaha... Tugasan pertama salah di peringkat awal kerana orang yang sepatutnya mengaku tidak juga muncul ke hadapan disebabkan kiu salah! Ya, aku sepatutnya mengaku. Tugasan kedua, masing-masing tidak mahu membuang masa dan terus kepada kehendak tugasan dan menyaksikan abang Zamri bersama-sama Firdaus menyelesaikan tugasan walhal sepatutnya Firdaus (peserta terakhir) perlu melaksanakan sendirian. Hahaha... Tetapi, aku perlu menegaskan di sini bahawa, tugasan ketiga dan terakhir adalah yang paling menyentuh emosi. Bercerita tentang sekeping gambar. Oh, biarlah kami sahaja yang tahu dan ya, kehendak tugasan tercapai!

Peralatan untuk Family Obstacle... dadu gergasi tidak kelihatan!
Akulah orangnya! Aduyai...
Berapa pampers yang tinggal? Kita kira sama-sama - abang Zamri & Firdaus
Sebelum masing-masing menuju ke kamar tidur, abah memberikan ucapan. Boleh aku katakan, ucapan yang sangat menyentuh perasaan.

Ucapan dari ketua keluarga, abahku!
"Abah bangga dengan apa juga anak-anak abah rancang dan laksanakan malam ni. Abah seronok sangat. Lain kali, boleh buat lagi tapi semua perlu ada permainan masing-masing. Jadi, semua berpeluang bermain dan menunjukkan bakat masing-masing!"

Makan sebelum ngorok! Burger daging... tak sedap tapi, bolehlah!
Malam dilayari dengan tenang dan senyuman terukir di bibir masing-masing khususnya aku kerana berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Aku pasti, along juga bahagia dengan kata-kata abah tadi. Ya, malam itu kami tidur dalam kesejukan walau tanpa kehadiran penghawa dingin. Apa kau lupa, inikan Bukit Fraser, bukan Port Dickson!

Keesokan harinya, kami bersedia awal untuk keluar dari tempat penginapan. Sempat jugalah kami merakam beberapa lagi keping gambar dan menikmati makan pagi yang sangat mengenyangkan. Oh ya, makanan bukanlah jadi masalah utama bagi keluarga kami. Nasi lemak, roti bakar, mihun goreng, sosej sudah memadai. Kalau ada yang bising-bising tentang makanan, pergi sahajalah makan di tempat lain. Seperti yang dikatakan awal tadi, kami di The Pine Resort bukan untuk selamanya. Ini pun sudah cukup memadai dan sangat sangat menyenangkan!

Sebelum berangkat semula dan pulang ke rumah masing-masing, sempat lagi menghabiskan masa di Taman Awam. Di sini, along membawa anak-anaknya bermain golf. Termasuklah aku. Dan yang paling hebat, bermain skuter yang seakan terbang di udara. Oh ya, gambar keluarga menjadi penutup Hari Keluarga tahun ini. Insya-allah, satu lagi Hari Keluarga bakal diadakan. Di mana? Ya, Bukit Tinggi. Insya-allah... harap dimakbulkan dan perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang jauh lebih menarik memandangkan anak-anak sudah membesar!

Pagi di Bukit Fraser
Dia selalu di belakang lensa kamera - abang Zamri
Bersedia untuk 'shooting' hahaha
Teka kami di mana? Ya, atas bumi! - Umi
Amboih, pose mengalahkan anak dara umi aku ni!
Dengan suaminya pulak!
The most handsome man, in my world... abah!
Maaf, tak boleh pose... saya baru bangun - Firzudeen Aqasha
Hang pukui macam mana? - abang Zamri
Tak payah pukul, kutip pastu masuk dalam lubang kan senang? - Mierza
Angah, apa benda ni? Nak pukul siapa dengan benda ni? - Miqhail
Sebelum bantai, kita pose dulu - Ayuz
Nak ikut bonda, cepat baba! - Firzudeen Aqasha
Pose like a boss! - Firzudeen Aqasha
Umi dan abah... sweet sangat!
Saya tak pernah penat - Mysarah
Tapi... agak lapar dan haus! - Mysarah
Atuk, binatang apa yang mereka tunggang tu? - Firzudeen Aqasha
Round, round and round we go - Firdaus
Bergerak ke tidak binatang ni? - Aku
Don't, don't die on me? - Ayuz
Eh, ada kamera pulak? Pose dulu - Ayuz
Binatang ni tahan lasak, sebab dia boleh tahan aku!
Ini semua mengarut! Entah apa-apa - Aqasha
Mengarut ya? Oklah bonda temankan Aqasha main buai - Ayuz
Saya tak letih, saya nak main! - Mysarah
Acah je, siapa nak main? Saya nak pose aje - Mysarah
Tak apa, nanti papa beli gelongsor ni - Miqhail
Last pose, nak balik dah ni! - Ayuz
Senyum, senyum... eh, apa yang papa buat ni? - Firzudeen Aqasha
Cak... okey tak famili kami?
Kami ibu-ibu comel - Umi dan Ayuz
Asas keluarga kami; abah dan umi!
Nak oi, pose dengan menara jam ni penting ok! - Ayuz
Manakah yang lain? Dah nak hujan ni? - Along
Kami dan menara jam Bukit Fraser!
Picture perfect; 3 Generations!
* bukan tempat yang menjadi masalah, tetapi kebersamaan di setiap destinasi menjadikan sama ada ianya membahagiakan atau tidak! Aku memilih kebersamaan dan apabila kita bersama, keadaan sesukar mana dapat dihadapi. Insya-allah. I LOVE MY FAMILY!

Hari Keluarga pertama di Bukit Fraser! BERJAYA!!!