Kami dan projek "Being Human"
Oh, masih tak habis-habis berbicara tentang Being Human. Hmm, mungkin yang ini kali terakhir untuk.... bulan ini. Hahaha. Susah untuk menjauhkan diri terutama sekali apabila bertembung dengan orang yang berkongsi minat sama.
Comel jer kan? Hehehe |
Baru-baru ini, aku berpeluang berkenalan dengan beberapa gadis yang berkongsi minat dengan aku. Tak pula aku sangka! Jadi apabila sudah ditemukan, bermacam-macam perkara yang direncanakan termasuklah membikin sendiri kemeja-T Being Human.
Kalau diikutkan, menghasilkan baju dengan jenama sedia ada dikira salah di sisi undang-undang. Namun begitu, peminat dan pengikut "Being Human" telah diberikan kebenaran oleh pemiliknya sendiri. Katanya, kepada para peminat luar negara yang tidak berpeluang memiliki barang jenama Being Human, maka mereka diberikan kebenaran untuk menghasilkannya sendiri. Dengan kebenaran dari pemiliknya inilah membuatkan kami berkobar-kobar untuk menghasilkan sekali gus memiliki baju Being Human.
Dek kerana aku telah pun memiliki sehelai baju Being Human, maka aku rasa tak salah untuk menghasilkan satu untuk para peminat yang tidak berkesempatan memilikinya. Bagi memastikan semua berpuashati, setiap dari kami menghasilkan rekaan mengikut cita rasa masing-masing. Wah, tak sangka menjadi juga dan hasil akhirnya, memuaskan.
Sekarang secara tidak langsung, aku telah memiliki 3 helai baju kemeja-T Being Human. Hari-hari pakai pun boleh. Hehehe.
Macam tak lari jauh je dari yang asal, kan? |
* masih perlukan ruang untuk memperbaiki kelemahan pada rekaan yang pertama ini. Insya-allah akan membuat rekaan yang lain dengan hasil yang lebih baik...