Google + ... satu ketagihan baru?
Belum lagi sembuh dari demam Facebook, penangan Twitter dan kemaruk Youtube, kini ada satu lagi ruang sosial untuk masing-masing 'menjaja' diri. Eh, macam kasar aje ayat ni? Bukan menjaja tetapi mempamerkan diri. Ada yang kata, orang gila glamor sahaja yang sibuk ada akaun di ruang sosial dan ada juga yang mempunyai alasan sendiri untuk WAJIB mempunyai akaun. Bagi aku, terserah pada pendapat dan niat masing-masing. Kalau ada suara hati (sendiri) kenapa perlu ikut majoriti? Takut berdiri sendiri? Hahaha.
Baru-baru ini, aku diperkenalkan dengan satu lagi laman sosial oleh seseorang teman yang sangat istimewa (tak perlu kongsikan namanya di sini) untuk memudahkan aku dan dia berkomunikasi! Maklumlah, bukan semua pejabat menghalalkan penggunaan Facebook dan Twitter, jadi aku menurut sahaja kerana sayang. Eh, bukan. Aku mengikut sahaja kerana menghormati permintaan seorang teman! Hehehe.
Hari pertama aku di Google+, agak kebiulan juga. Memang itulah masalah aku. Sewaktu diperkenalkan dengan Facebook pun, aku tak berapa faham fungsinya. Jadi, aku biarkan sahaja akaun Google+ sekadar ruang bersembang dengan teman tadi. Seronok juga ada teman bicara terutama sekali apabila dapat berbicara tentang perkara dekat sangat di hati. Tak terasa waktu berlalu pantas. Betul tak?
Lama-kelamaan, Google+ pula menjadi tumpuan tanpa melupakan akaun Facebook (Candy Crush Saga), Twitter ( @Beingsalmankhan) dan Youtube! Kalau sesiapa masih keliru (atau aku sahaja yang baru tahu?) dengan Google+, apa kata cuba jenguk hari ini. Seronok sangat khususnya bila dapat menyertai komuniti yang gempak!
Aku tinggalkan hari ini dengan beberapa gambar yang berjaya membuat aku tersenyum setiap kali ke Google+. Aku rasa, gambar ini sudah cukup tanpa perlu hadirnya kata-kata, betul tak? Selamat menjamu mata!
Hahaha... yang ini akulah tu!!! |
TERBARU... |
* Umi dan abah kata, muka aku dah nampak lain. Haruslah, aku bukan lagi seorang remaja, gadis tetapi seorang wanita dewasa! Tapi senyuman pasti sentiasa ada!!! Hehehe