De Chieng Mai

Sepatutnya, entri ini sudah lama bertapak di blog Fantasi Itu Duniaku tetapi disebabkan masalah kesibukkan, membuatkan ia terlontar jauh tersasar dari tarikh sebenarnya. Sempena menyambut ulangtahun kelahiran emak kesayangan, umi pada tahun ini, kami adik-beradik berpakat untuk meraikannya dengan meriah. Meriah dengan cara kami sendiri ya!

Comel je...
Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, kami adik-beradik merancang terlebih dahulu sebelum tarikhnya tiba. Acara menyambut ulangtahun ini merupakan salah satu perkara yang paling menyeronokkan. Waktu-waktu beginilah kami dapat berkumpul anak-beranak. Erk, memang kami sentiasa berkumpul saban minggu pun! Hahaha...
Pasangan sejoli yang abadi? Insya-allah
Sebenarnya, sudah lama berhajat untuk membawa ahli keluarga menikmati makanan Thailand di De Chieng Mai semenjak kali pertama menjejakkan kaki ke restoran ini bersama-sama rakan sepejabat ketika berbuka puasa pada tahun 2009! Akhirnya, hajat itu tercapai juga apabila masing-masing bersetuju dengan cadangan yang aku berikan.

Budak ni, sibuk dengan iPad! Hish
Tidak kiralah sama ada sambutan itu besar mahupun sederhana, yang penting ianya diraikan dengan orang-orang yang tersayang. Inilah duniaku; umi, abah, along, ayuz, ipar-ipar dan anak-anak buah tersayang. 

Bagi memastikan semua berjalan lancar, aku telah membuat tempahan awal. Oleh kerana aku masih ingat menu yang ada dan juga carian di Google, aku membuat pesanan makanan terlebih awal. Taklah menunggu lama apabila sampai ke sana nanti.

Muka bengang tahap... PERTAMA
 

Tiba sahaja hari yang dinantikan, aku dan along keluar lebih awal. Aku pula, suka membuat pengesahan berkali-kali. Bukan kerana aku pandir, tetapi tidak mahu ada sebarang masalah dan aku memang tidak mahu ada MASALAH! Panggilan aku dijawab dan menurut pihak di sebelah sana, meja telah disediakan. Ok, aku pasti memang tiada masalah.



Sebaik tiba di sana, pelayan terpinga-pinga. Berulang kali aku beritahu tentang pesanan yang telah dibuat lebih awal. Sabar? Ya, aku masih boleh sabar. Aku diam dan biarkan sahaja keadaan tenang, tidak mahu berlaku pertengkaran apatah lagi kalau ia sampai ke pengetahuan along atau abah. Aku mahukan, kesempurnaan sebab, aku dah rancang sangat awal!


Mujur aku tidak cepat melenting, dan biarkan sahaja si pelayan membuat kerjanya. Sepatutnya, perkara seperti ini tidak berlaku, bukan? Tak apalah. Kesalahan kecil, aku butakan sahaja. Namun, aku tidak boleh berdiam apabila si pelayan bertanyakan menu yang aku telah tempah sehari lebih awal! Yang ini, aku memang tak boleh menahan sabar!!!


Sebelum sempat aku naik angin, seorang gadis datang untuk membantu. Ya, nasib baik dia bertindak cepat dan mencari semula menu yang telah aku tempah sehari sebelumnya! Hati jadi tenang dan makanan pun segera dibawa masuk. Tak ada masalah dari segi masakan. Alhamdulillah, semuanya lazat dan enak. Seakan terpadam kemarahan tadi. Lagipun, aku tak suka mengamuk tak tentu pasal. Namun, kesilapan sebegini tidak seharusnya berlaku, bukan? Kalau tidak, apa guna buat tempahan awal tetapi gagal disediakan dengan selengkapnya. Setuju?




Apa-apa pun, makan malam sempena menyambut ulangtahun umi dan sekali gus meraikan hari lahir Along dan Firdaus tetap diraikan meriah. Perut pun kenyang, hatipun senang! Hehehe. Aku? Agak berpuashati kerana berjaya membuatkan mereka tersenyum gembira. Hmm, apa lagi yang aku mahu?

Yang Diraikan... Firdaus, Umi, Along...
Allah selamatkan kamu....
* sempat juga aku sarungkan baju kemeja-T Being Human yang diterima tempoh hari! Ah, sungguh lembut, sungguh selesa!
Ambil posisi masing-masing....

Wajib: gambar keluarga...er, jurukamera bertugas pun sepatutnya ada dalam ni! Hahaha

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku