Aku Terima...
Maaf, entri ini tidak ada kaitan dengan tajuk filem 'Aku Terima Nikahnya' sebaliknya, aku mahu berkongsi kegembiraan kepada yang sudi membaca ruangan ini. Barangkali, sudah ramai yang maklum tentang kegilaan aku terhadap salah satu jenama yang masih baru di pasaran. Jenama yang aku maksudkan, Being Human!
Ringkas tapi menawan? Hehehe |
Ya, memang benar. Ia merupakan badan pertubuhan kebajikan yang dinaungi oleh Salman Khan. Hehehe. Aku pasti sudah ramai yang bengang untuk membaca ayat seterusnya. Sekiranya entri ini mengundang rasa itu, anda dipersilakan ke halaman atau blog-blog lain. Tak perlu buang masa!
Lama juga aku mengidam untuk memiliki sekurang-kurangnya sehelai baju atau apa sahaja produk Being Human. Kenapa? Agak hipokrit kalau alasan utama adalah untuk beramal (di Malaysia sendiri sudah ada badan kebajikan, bukan? Kenapa perlu memandang ke negara luar. Bak kata seseorang dulu, kalau nak membantu mulakan dengan orang yang hampir dengan kita! Hei, bukan aku taksub sangat nak melangkaui batas tetapi sedikitpun tidak pernah dilupakan orang yang kurang bernasib baik di sekeliling dan aku cuba sedaya upaya membantu apa sahaja sekiranya perlu) kerana motif utama adalah untuk menyokong usaha Salman Khan! Hahaha...
Pelbagai produk yang dikeluarkan Being Human termasuklah pakaian, jam tangan, selipar, kasut dan macam-macam lagi. Sukar untuk memiliki produk Being Human kerana ia tidak dijual di Malaysia. Malah menerusi 'online' pun masih terbatas dan Malaysia tidak termasuk dalam senarai. Oh, sedih sungguh!
Aku memang 'gila' dengan jam tangan besar!!! |
Pernah juga terfikir yang tidak mungkin aku berpeluang memiliki jenama ini sehinggalah di satu hari, ketika aku rancak bersembang dengan seorang rakan maya menerusi Whatsapp. Awalnya, dia memperlihatkan gambarnya yang menggayakan baju kemeja-T Being Human. Cemburu? Tidak. Aku merasakan yang dia sangat bertuah dan itu jugalah yang aku sampaikan padanya serta mengharapkan di satu hari nanti gambar aku pula yang ditatapnya. Lalu dia membalas, ingin menghadiahkan sehelai baju untukku.
"Are you kidding, dids?" - Aku
"Nope. I'll buy it for you... - Dids
(Dids adalah singkatan 'didi' yang bermaksud Kak! Rujuk filem Kahin Pyar Na Ho Jayee)
"Ok, let me know the price and I'll give you the money" - Aku
"No, its a gift. I want you to have it!" - Dids
"Seriously, but why...?" - Aku
"You deserve it dear, after all you've done. And I'm glad that you never changed!" - Dids
Rakan maya aku ini merupakan orang Kuwait dan perkenalan kami bermula lebih sedekad yang lepas. Ya, kami berkongsi minat yang sama; Salman Khan. Selama sedekad perkenalan ini, hubungan kami semakin rapat dan topik perbualan kami bukan lagi sekadar berpaksikan Salman Khan. Kami berkongsi perkembangan dan kemajuan hidup masing-masing. Malah, sentiasa memberi sokongan dalam setiap kerja yang dilakukan.
Namun, tidak pula aku menyangka bahawa perkenalan menerusi laman maya ini akan menjadikan kami rapat seakan tidak dipisahkan sebarang sempadan walhal dia tinggal di Kuwait dan aku di Malaysia. Lebih membuatkan aku terharu, 'dids' sangat meyakini aku.
Sepertimana yang dia janjikan, baju kemeja-T Being Human selamat tiba di rumahku. Bukan setakat baju semata-mata, malah dia turut memberikan beberapa lagi aksesori Being Human lain. Tanpa bertanyakan saiz baju, 'dids' memberikan ukuran baju yang tepat. Wah, terharu sungguh aku dibuatnya. Jujurnya, sejak mula aku terima bungkusan dari Kuwait sehinggalah ke hari ini, baju itu hanya aku pakai sekali dan tidak pernah aku cuci. Kenapa? Aku tidak mahu haruman yang melekat di baju itu hilang.
"I love the fragrance. It smells yummy like a chocolate" - Aku
dari Splash di Dubai!!! Waaaahhhh |
Gelang getah pun, ok! |
"I love the fragrance. It smells yummy like a chocolate" - Aku
"Yeah, I applied a Lady Gaga perfume on it!" - Dids
Baju itu hanya aku pakai sekali, itupun sewaktu meraikan hari ulangtahun umi pada Mei lalu! Bising juga umi dan Ayuz sebaik melihat aku memakai pakaian seringkas itu. Sepertimana biasa, aku hanya senyum kerana aku sahaja tahu makna baju ini! Sungguh istimewa. Hahaha. Kemaruk? Tidak. Cuma aku masih belum percaya yang seorang rakan maya sanggup berhabis masa dan duit untuk membuatkan aku gembira. Terima kasih Shaima! Kalaulah dia dapat membaca entri ini!
"No sorry and no thank you dear" - Dids!
Hahaha. Ayat itulah yang sering dia katakan padaku setiap kali "Sorry" dan "Thank you" muncul dalam perbualan kami!
Sejurus selepas aku menerima bungkusan dari Kuwait, rumah di Rawang dikunjungi lagi penghantar bungkusan dari Pos Laju. Kali ini datangnya dari seorang teman yang merupakan pemastautin di Malaysia dan berasal dari India.
"Izan, ini ada lagi bungkusan untuk kau. Kau tahu siapa yang hantar?" - Umi
"Dari Shah Alam, kan? - Aku
"Ya, siapa lagi yang bagi kau hadiah ni?" - Umi
"Teman... " - Aku
"Teman?" - Umi
Ya, dia hanyalah seorang teman, orang yang sangat baik dan berbudi pekerti tinggi. Sebagaimana Shaima, perkenalan aku dengan dia pun bermula dari laman maya. Bezanya, dia seorang jejaka! Sudah tentu aku tahu siapa orang yang menghantar bungkusan itu kerana sebelumnya, dia minta kebenaran padaku untuk menghantarnya. Manis bukan? Ya. Memang manis orangnya. Seorang teman yang boleh mempertahankan aku dikala aku memerlukan.
"Sure... - Aku
Tiga hari kemudian, bungkusan itu tiba ke rumah. Selang sehari dengan bungkusan yang datang dari Kuwait.
"Banyak sungguh peminat kau, ada lagi ke hadiah lepas ni?" - Abah
"Tak pasti, kalau orang dah nak beri...Izan terima je" - Aku.
Ya, aku sungguh bertuah kerana berpeluang berkenalan dengan manusia yang baik-baik di laman maya. Sangat terharu dan masih tidak percaya, kini aku sudah memiliki sehelai baju Being Human! Jika di masa-masa akan datang, ada lagi teman yang ingin menghadiahkan sesuatu kepada aku, AKU TERIMA SAHAJA! Hahaha.
* sesuatu yang aku percaya; kalau kita jujur berkawan, kita akan ditemukan juga dengan orang-orang yang jujur. Insya-allah!