Tok tok tok

Tok tok tok!
Ada sesiapa menjual keimanan,
Atau pun secebis kesabaran?

Gedebak gedebuk!
Hoi dewa,
Cukup-cukuplah kau jual sengsara.

Plong plang!
Sementelah kau tahu dirimu dewa,
Jijik sujud ke bumi tapi hasilnya kau kunyah.

Piyung piyang!
Hoi manusia,
Parasit durjana,
penagih kudrat insani

Riri riri, rara rara!
Hoi dewa manusia,
Saat kau tadah limpahan rezeki,
Kau mati disumpah keringat insani.

Hoi dewa manusia,
kau anggap diri suci,
kau ludah kewujudan insani,
kerana kau dewa,
kau anggap dirimu sempurna.

Hei dewa manusia,
jikalau kau lahirnya cukup sempurna... ,
kenapakah kau masih di dunia?

* Dedikasi khas untuk parasit yang berada di mana-mana jua.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku