Memori...

Hujan. Sunyi. Titis-titis air amat jelas kedengaran. Hmm. Mulalah memori mengimbau. Perlukah aku menurut permintaan memori untuk melakarkan kisah? Hujan. Basah. Begitulah ingatan aku yang seakan masih basah terhadap dia. 2007. Khatam. Tahun ia berakhir. 2011. Sudah empat tahun. Rasanya macam baru saja berlaku. Ya. Kenangan. Memori. Tak pernah kenal erti untuk kebumikan diri. Hanya tahu untuk sembunyi dan datang bila waktu begini. Sunyi... sepi.

Hahaha. Ini bukan salah satu kisah dalam filem Sepi, Khabir Bakhtiar. Ini sepotong memori dari kisah hidupku. Yang sentiasa bersembunyi tetapi, seringkali datang supaya aku tidak lupa padanya secara total. Hmmm.

Sekarang aku di pejabat. Lengang. Peluang yang amat bagus untuk memori datang menziarah. Sumpah. Aku tak mahu layan. Bukan sahaja hari ini, tetapi sudah tiga hari dia cuba menjenguk. Sengaja aku cari alasan, buat-buat sibuk untuk tidak hanyut melayari sepotong memori.

Aduh. Mungkin, salah aku juga. Ya. Semuanya kerana semalam. Aku berborak panjang dengan seorang sahabat. Mulanya, dia bercerita tentang dirinya. Aku mendengar seperti biasa tetapi bila aku ditanya untuk memberi pendapat. Aku diam. Tidak tahu, sama ada aku layak memberi pandangan dan pendapatku.

Satu sahaja yang aku katakan padanya,

"Yang menanggung segala keputusan, engkau. Bukan orang lain. Elok kau beri masa, biar ada jawapan yang pasti. Jangan jadi macam aku. Aku buat keputusan tanpa dapat kepastian."

Memang benar. Aku buat keputusan mengakhiri segala-galanya. Empat tahun lalu. Tanpa beri peluang untuk dia menjelaskan keadaaan. Salah faham yang terjadi, buatkan aku melangkah. Dan sekali aku melangkah, tidak akan aku kembali. Dia menjelaskan keadaan yang sebenar kepada sahabatku melalui panggilan telefon tanpa tahu, aku juga ada di sebelah.

Setiap kata-kata yang diucapkannya masih jelas di telinga. Tetapi, ianya sudah berakhir bukan? Aku perlu terima hukuman di atas apa yang aku putuskan sendiri. Tidak ada sesiapa yang boleh kutunding jari untuk dipersalahkan melainkan diri sendiri. Ya. Disebabkan itu, aku tidak mahu sahabatku tadi menerima nasib serupa.

Sebenarnya, banyak perkara yang menghalang aku untuk melupakan terus dia. Banyak. Terlalu banyak. Salah satunya, cara dia selalu berjaya membuat aku tersenyum. Mungkin, ramai antara kalian yang mengenali aku, sebagai seorang yang suka tersenyum. Sentiasa ketawa. Ya. Itu selepas aku mengenali dia. Sebelum kalian kenal aku, dan aku kenali kalian, aku bukanlah seorang yang mudah senyum atau ketawa.

Satu perkara yang membuatkan ingatan aku masih basah terhadap dia, adalah kata-kata ini.

"Saya suka tengok awak senyum."

Hmm. Mungkin, kalau bermasam muka, orang tak mahu bertegur sapa dengan aku. Oh ya. Memang benar. Teringat aku satu kejadian di ASK dulu. Pernah di satu hari, aku datang dengan muka yang mencuka. Akibatnya, tidak ada seorang pun yang berani dekat sehinggalah aku sendiri buat lawak bodoh. Hahaha. Bengis sangat agaknya muka aku kalau tanpa senyum.

Sewaktu zaman sekolah menengah dulu, aku memang susah senyum. Kawan perempuan ramai, lelaki agak kurang sebab selalunya mereka bukan jadi kawan, tapi lawan. Oh ya, jangan lupa. Semuanya pun sebab mulut aku. Mulut yang boleh disamakan dengan tahap mortar. Hahaha.

Antara ramai pelajar lelaki, dia yang berani datang dan bertegur sapa dengan aku. Aku masih ingat, sewaktu kelas agama Islam. Waktu itu, aku memang tidak ada mood dan bercakap dengan sesiapa. Muncung aku? Hah. Panjang sedepa. Bak kata umi, dah macam muncung Donald Duck. Hahaha.

Dia, dengan beraninya duduk di hadapan aku dan mula membuat lawak. Pelbagai teka-teki diberikannya. Aku tak terbeli dengan teka-tekinya itu dan terus masam muka. Dek kerana dia pun jenis yang degil, sama seperti aku. Dia tak pernah berhenti mencuba. Sedikit demi sedikit, aku mula ketawa. Satu teka-teki yang diberikan dia dan buatkan aku tidak dapat menahan gelak.

"Apa yang naik tapi tak turun?" soalnya padaku.

"Alah, senang. Umurlah," jawabku amat yakin.

"Tak... tapi orang naik haji. Sebab, orang tak kata naik umur. Orang pun tak kata, turun haji. Betul tak?" balasnya dengan wajah yang amat nakal dan masih aku ingat sampai saat ini.

Aku gelak sekuat-kuatnya dan hampir sahaja terkucil. Aku bangun dan larikan diri, dia turut bangun dan mengikut dari belakang.

"Tunggu, kejap lagi sambung. Saya nak pergi toilet."

Bila kembali, aku dapat lihat mukanya dengan senyuman yang melebar. Entah bagaimana, rasa tenang bila melihat wajahnya itu. Aku duduk dan membiarkan dia terus tersengih.

"Saya ada lagi cerita ini, sedia nak gelak-gelak lagi?" soalnya tak sabar. Dia senyum sampai boleh aku kira kesemua giginya.

"Kenapa awak suka buat saya macam ni?" soalku, sedikit serius.

Yalah. Tak pernah ada orang sanggup melayan muka aku yang masam apatah lagi buat aku gelak dan tersenyum.

"Sebab, saya suka tengok awak senyum, suka dengar awak gelak," ujarnya.

Aduh. Itulah memori yang tak akan pernah terpadam. Sekarang, kalau aku tersenyum, tergelak orang akan cakap....

"Gilakah apa kau ni?"

Aku tak kisah kalau ada orang cakap aku begitu. Aku senyum bukan untuk jadi gila. Aku cuma terkenangkan, satu ketika dahulu, ada seseorang yang pernah suka melihat senyuman dan mendengar gelak tawaku. Adakah dia masih suka? Entahlah. Yang pasti, di mana juga dia berada kini, aku ingin ucapkan terima kasih. Terima kasih kerana sentiasa membuatku tersenyum. Tersenyum sehingga ke hari ini.

Dalam asyik melayan memori, aku turut mendodoikan hati dengan lagu ini. Setiap kali mendengarnya, dia yang aku ingat. Oh ya, lagu ini kalian tidak akan fahami. Biasalah, lagu hindi. Lagu yang amat cocok dengan dirinya. Dari filem Saawariya, Thode Badmaash. Khas untuk Imaan (memang bukan nama sebenar.Hahaha.)

Ini lirik terjemahan, kalau ada sesiapa rasa nak faham siapakah Imaan dalam hati aku. (jangan salah faham pula dengan Imaan yang sorang lagi. Itu dah kahwin ya.Hahaha)

Thode Badmaash
Agak Nakal

Thode Badmash Ho Tum
Agak nakalnya dikau...
Thode Nadan Ho Tum
Agak polosnya dikau...

Thode Badmash Ho Tum
Agak nakalnya dikau...
Thode Nadan Ho Tum
Agak polosnya dikau...
Haan Magar Yeh Sach Hai
Ya, tapi memang benar...
Hamari Jaana Ho Tum
Dikaulah hidupku...

Meri Saanson Ki Jhankar Ho Tum
Dikaulah rentak dalam nafasku...
Mera Solah Shringar Ho Tum
Dikaulah perhiasan diriku...
Meri Aankhon Ka Intezar Ho Tum
Dikaulah yang dinantikan mataku...
Mera Imaan Meri Shaan Mera Maan Ho Tum
Dikaulah kepercayaan, kekuatan, hatiku...

Thoda Beimaaan Ho Tum
Agak sukar dipercayainya dikau...
Thode Saitaan Ho Tum
Agak nakalnya dikau...
Haan Magar Yeh Sach Hai
Ya, tapi memang benar...
Mere Bhagwaan Ho Tum
Dikaulah segalanya...

Thode hmmm
Agak...hmmm...
Nadan Ho Tum
Polosnya dikau...
Haaan... Badmaash
Ya... nakal

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku