Thursday, February 26, 2009

Aku Mangsa TAG!

1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.

2. It doesn’t have to be in order... as long as you love the movies, it will be fine.

3. You have to tag another 5 person to answer this tag.


Terima kasihle kepada Hafirda dan Hanny.... rasanya akak x namakan sesiapa pun sebab..... tak bleh pkir r siapa yg nak kena tembak tu....

Tuesday, February 24, 2009

Ablasa yang kena belasah!

Hari ini hari yang cukup menginsafkan. Pengalaman melihat kesengsaraan orang lain mengingatkan aku, betapa bertuahnya aku hari ini. Masih sempurna dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Biarlah badan aku tembun, asalkan aku masih mampu berdiri sendiri!

Pengalaman orang lain, terkadangnya mengajar diri untuk mensyukuri apa yang ada. Ya, aku bersyukur.

Namun, entry kali ini bukanlah semata-mata untuk dipenuhkan dengan ungkapan syukur. Sebaliknya, aku ingin berkongsi apa itu erti kebosanan dan jemu! Ya. Aku jemu dan bosan dengan karya terbaru seseorang yang bergelar profesor!

Terngiang-ngiang di telinga, ucapan yang panjang lebar disampaikan di hari tayangan perdana filem Ablasa yang merasuk atau tajuk sebenarnya, Rasukan Ablasa.

Tika ucapan berkumandang di dalam bilik sinema, seakan satu janji dan gambaran visual pengarah yang berpropaganda mencanangkan betapa bagusnya Rasukan Ablasa. Konsepnya senang, rasukan yang bermula dari bunyian yang pelik dan berjaya memenangi pertandingan Voice of Nature... dalam filem saja. Kalau luar, aku yakin tak akan masuk ke peringkat suku akhir pun.

Aku tak nafikan, aku suka dengan kata-kata prof, yang ingin menonjolkan kelainan. Kononnya, rasukan yang bermula dari bunyian yang pelik. Ya! Aku tertipu kali pertama. Bunyian yang pelik aku sangkakan tak ubah seperti bunyian muzik tradisional New Zealand. Ya, bunyinya hampir sama dengan tarian asli pasukan All Black! Aku tak rasa ianya sesuatu yang boleh dibanggakan. Bunyi yang dicipta khas untuk filem ini... GAGAL MEMBANGKITKAN RASA SERAM. Tetapi, kedengaran amat lucu... terutama sekali bila hantu suara menyampaikan dialog 'tunaikan janjimu padaku,' Terus terang aku katakan, tak seram dan pada masa yang sama, tak lucu pun melainkan ... MENYAMPAH!
Terasa-rasa macam nak terbang masuk ke dalam skrin dan tumbuk jatuh hantu hijau ala-ala glow in the dark. Tak takut langsung. CELARU! Kalau diikutkan hati, mahu ada berita keluar dalam akhbar harian, 'seorang penonton membelasah Ablasa yang sesat jalan dalam hutan.Aku tak ada hati nak bercerita panjang. Maklumlah, masih terbayang-bayang watak hero control cun dan juga Pak Haji yang bertutur seperti seorang pensyarah.

'Ablasa itu dalam bahasa Arabnya iaitu Iblis!'

Mak aih..... aku tak fikir penulis skrip filem ini sekongkang ini. Filem bukan tempat untuk mengajar. Kalau nak mengajar pun melalui visual. Sebab itulah filem dalam bentuk visual, bukan kedengaran sayup-sayup dari corong radio.

Bosan tahap maksima. Kalaulah aku punya 'nyawa' lebih macam watak Chun Li dalam PStation, dah lama aku terjun bangunan. Aku pun tak pasti kenapa aku di dorongkan ke tempat yang sebegitu.

Lakonan yang terjerit dan terlolong. Bukan macam nampak hantu, tapi macam nak lari dari perogol bersiri.

Aku tak tahu kenapa? Kalau barisan pelakon di dedahkan dengan teknik lakonan yang betul, kenapa ada lagi antara pelakon yang sekadar masuk skrin untuk menayang muka comel mereka. Bila tengok gaya lakonan, sejuta kali lebih baik pelajar-pelajar ASWARA. Jerit tak semestinya marah dan menangis tak semestinya sedih.

Sudahlah, dah semakin panjang pulak aku membebel.

Aku lebih setuju kalau watak Gambit itu dipegang oleh Ahmad Sakhee

Friday, February 20, 2009

Bila Hati Ber'mulut'

Hati...
tak pernah suarakan pembohongan
semuanya ikhlas...
apa yang terdetik itu adalah jujur
malangnya...
hati itu tidak bermulut!




Aku sedang dan mula belajar untuk mematuhi arahan tanpa sebarang pertikaian atau pertikaman lidah. Kalau boleh aku ingin benamkan aku yang dulu. Aku ingin lebih tenang setiap kali berdepan dengan pelbagai kemungkinan dan situasi. Namun, setiap kali aku melakukan itu hati aku akan terlebih dulu bersuara. Kata-kata hatiku itu lebih tajam dari mata pedang. Kalau dulu ada pepatah mengatakan 'ikut kata hati mati...' bagi aku pula... ikut kata hati = PERANG!

Beberapa hari yang lepas, aku telah ditemukan dengan satu kejadian. Yang mana aku tidak mampu melawan apatah lagi bersuara. Hanya rasa marah itu terzahir dari mata aku dan mungkin juga dari cara aku melawan dengan ... mendiamkan diri!

Aku tak suka orang kata benda-benda melangit tapi hasilnya tak kuat pun dari bunyi kentut anak buah aku... Miqhail. Hal itulah yang terjadi kelmarin. Aku sendiri tak pasti, kenapa mulut aku berat untuk membalas bebelan si lelaki pendek di depanku. Mungkin kerana dia mempunyai tiket imuniti dan kuasa untuk menendang aku keluar. Jadi, aku terus cuba bertahan. Menadahkan telinga dan hati aku mula berzikir segala ibu sumpah seranah.

Pagi itu... di dalam bilik itu, terkurung di antara 4 dinding... beberapa teman perjuangan yang lain dan seorang lelaki pendek! Alhamdulillah, aku berjaya mengawal marah. Namun, tidak berjaya menutup rajuk hati yang berselang-seli dengan rasa kecewa dan sesekali bertangisan rasa MENYAMPAH!

Sepanjang sesi menadah telinga, hati aku tak henti-henti menyumpah. Aku tak nafikan, hatiku tercalar. Sudah tidak ada perasaan untuk menetap lebih lama di ruang 4 dinding bilik itu yang semakin menghimpit. Hati aku terus memberontak. Mulut aku mengukir senyum plastik lantas ku luahkan ayat mudah dan ringkas... 'bolehlah kot!' Lantas menutup sesi menadah telinga pada pagi itu.

Rajuk hatiku berpanjangan. Doa tidak putus. Beberapa minit kemudian, seorang kenalan menyampaikan satu tawaran yang bagi aku TEPAT PADA WAKTUNYA! Ya, hati aku baru sahaja terdetik, dan natijahnya tawaran datang bergolek. Namun aku terus jadi kepala dua. Tidak pasti sama ada pergi atau terus bertahan.

Kukhabarkan pada abah, guru segala guru dan teman segala temanku. Abah hanya senyum.

'Masa kau berdiam tadi, hanya Dia dengar suara kau. Masa kau senyum, hanya Dia tahu lukanya kau. Masa kau sendiri, Dia saja yang menemani kau. Bila Dia dengar, Dia dorong kau ke situ. Dia juga yang tahu rajuk hati kau, yang orang lain tak akan tahu,' kata abah.

'Bila kau nak kasih sayang, kasih sayang abah dan umi tak memadai kasih Dia. Kalau kau datang berjalan, Dia datang berlari'

Aku faham kata abah. Aku belajar lagi hari ini. Aku belajar dari aku. Aku belajar dari hati aku yang bermulut dan suaranya hanya Allah yang dengar dan faham isinya.

Thursday, February 12, 2009

Yang Pergi Biarkan Pergi...

Empat hari aku tak dengar berita dari Imaan.
Tak tahu apa sebabnya, tapi semua e-mail dan sms tak berjawab.
Risau juga dibuatnya... paling lama kami tak berhubung pun tiga hari.

Pagi tadi, bila buka e-mail... aku dapat khabar yang agak berat untuk aku baca.
Rupa-rupanya, Imaan baru sahaja menghadapi sebuah kematian.
Tiada kata yang dapat aku sampaikan untuk mengurangkan beban kesakitannya.

Bait-bait ayat dalam e-mailnya pun sudah jelas untuk aku fahami.
Luka dan duka itu teramat dalam.

Imaan...
Salah kiranya aku katakan aku memahami perasaanmu ketika ini...
Bongkak pula andai aku katakan yang pergi biarkan pergi...
kerana aku sendiri tidak pasti apa yang bakal terjadi pada diri sendiri
andai kematian itu ditempah pada mereka yang aku sayangi!
Namun apa yang pasti...
Mati itu adalah hakiki...

Tuesday, February 10, 2009

Kisah Kerajaan Iguana dan Katak-Katak Puru!

Sebuah kerajaan H.U.R.U.H.A.R.A
Kepalanya si Iguana... yang juga sesumpah.
Suka sumpah, menyumpah dan buat orang menyampah.
Ahli-ahli kabinet... berudu berkaki, berekor dan katak-katak puru berkulit kasar-kasar kesat.
Kerjanya lompat-lompat dan lompat-lompat.
Tak boleh duduk diam.

Bila hujan tak turun, katak-katak puru lompat ke Tasik Madu,
Kenyang sampai buncit... terlentang...
Lalat terbang rendah, lidah sampai dulu.
Lalat dapat, air madu pun dapat.
Katak-katak puru dah tak larat nak melompat.
Tasik Madu dah separuh ditelan.
Tak nak duduk lama-lama.
Sudah memang tabiat katak...
Katak-katak puru lompatlah lagi.

Katak lompat...lompat...lompat
menjilat kaki tempang Iguana si sumpah-sumpah.
Bawak bersama madu diserah kepada Iguana betina
Senyum sampai telinga jumpa telinga....
terbelah satu kepala...
Isinya tiada lain... bom, duit, duit dan bom!

Si Iguana senyum meleret.
Bibir Iguana bertukar dari pucat jadi merah.
Suka si katak-katak puru dah balik...
Dah habis kerjakan Tasik Madu,
Tinggalkan kencing dan najis yang penuh hempedu...
Si Iguana gembira bukan kepalang.

Si katak-katak puru...
menyanyi lagu...
dengan tangan yang melekit-lekit...
baca sumpah di depan sumpah-sumpah, mahaguru segala sumpah....
Si Iguana!

Iguana... si sumpah-sumpah senyum
tapi senyum otak habuk!
Esok lusa,
si katak-katak puru akan lompat-lompat lagi...
Mungkin terlupa...
Si katak-katak puru menang sedekah dari Tasik Madu!

Kalau si Iguana nak kekal jadi kepala....
patahkan saja kaki si katak-katak puru....
biar tak ada katak yang melompat-lompat lagi....
buang masa, tenaga...

Katak-katak puru....
Kalau rasa nak lompat...
lompatlah tinggi lagi....
kalau boleh pergilah sampai bulan....
tapi terang-terang...
bulan lagi pandai....
Tak layan sumpah-sumpah yang warnanya kejap-kejap merah jambu
kejap-kejap hijau taik lembu....

Chennai di Malaysia


Hari ini Mah'mood' tak kunjung tiba. Jari-jemari dah malas nak melompat-lompat atas papan kekunci. Badan sakit-sakit. Semalam tersekat di Gua Batu! Hampir 2 jam. Rasa macam tengok perayaan Diwali kat Chennai pulak. 'Temperature' kereta menyalak, merah menyala. Masa tu teringat aku lagu Tata Young... 'You got my temperature rising Like El Nin-YO!'

Nak berhenti, kiri kanan penuh orang. Ada yang mencium enjin kereta. Aku tau, mereka cium enjin kereta bukan sebab 'terdesak' untuk berciuman, tapi terpaksa makan asap. Asap diluar... dan asap dalam badan. Nak marah.... ish, tak boleh. Habis-habis pun orang akan cakap... 'tak dengar info trafik ka? Cubalah guna jalan alternatif lain. Memang sedap hati mendidih.

Pagi ini, satu badan tegang-tegang, terutama sekali bahagian betis aku ni (yang macam betis kerbau bak kata seseorang yang aku kenali). Mungkin sebab aku terkutuk patung emas tu. Entahlah, tak boleh percaya. Syirik! Tapi, kalau kerja setan, apa-apa pun jadi. Bukankah setan ni tak akan lepaskan keturunan Adam? Biarlah. Terdetik dalam hati aku bila aku lihat perayaan di sepanjang Gua Batu selama tiga hari ini. Tak ada pulak unsur-unsur pembersihan kaum. Malah, sepanjang-panjang Gua Batu tu, tambah pula kat Jalan Ipoh, ada polis berjaga. Itu hormat namanya!

Ternampak-nampak pula gaya Vijay dengan parangnya, Surya dengan velnya dan Rajnikanth dengan selendang putihnya. Memang hebat betullah perayaan Thaipusam kali ini. Dan aku dalam kereta, hanya menonton dan mengira bintang dan bulan dilangit. Sebelum ni, aku tak berkesempatan pun mengira bintang apatah lagi senyum kepada bulan setiap kali memandu di sepanjang lebuhraya Gua Batu. Indah juga pemandangannya. Subhanallah. Betul kata abah, ada hikmah di setiap kejadian.

Hidung aku saja yang tak boleh menerima bauan dari Gua Batu. Tak apalah hidung. Tanah ini, bukan milik kita sahaja. Semua pun sudah jadi tuan, ma!

Wednesday, February 4, 2009

Yang jauh tetap dekat di hati

Semalam temankan kawan, ada urusan dengan bank. Lama juga tunggu dalam kereta. Tangan gatal, belek nombor-nombor lama dalam handphone. Ada satu nama yang memang dah berabad aku simpan, sejak aku pindah sekolah dulu. Sebelum ni, pernah cuba hubungi dia, tapi ada saja halangannya. Kali ini, aku tekad. Aku terus dial nombor kawan aku ni.

Alhamdulillah, jodoh aku dengan dia memang ada. Ibunya yang menjawab panggilan aku dan memberikan aku nombor telefon bimbit anaknya. Tanpa berfikir panjang, aku dial nombor telefon bimbitnya pula. Malangnya tak berjawab.

Sedih, kecewa, hampa!

Bila dah sampai ke opis, dapat panggilan dari dia. Malang sekali lagi, dia tak ingat aku. Aduh... apalah dosa aku agaknya sampai dia 'terlupa' kat aku. Tapi, aku pun tak boleh nak salahkan dia, dah 13 tahun pun tak berhubung.

Dalam 13 tahun ni, banyak yang berlaku. Dia yang aku kenal sebagai budak yang paling kelakar, pemurah (sebab selalu belanja jajan kat asrama dulu) dan orang yang paling sempoi. Sekarang dia sudah bergelar seorang pendidik. Bertuah betul anak-anak murid dia. Aku turut gembira bila dapat tahu yang dia sudah pun mendirikan rumahtangga.

Kepada temanku... Najiah Mohamad Samsi (dulu dia suka sangat panggil nama dia NMS!)
Selamat Pengantin Baru... semoga kekal sehingga akhir hayat.
Kalau ada jodoh dan rezeki, Insya-Allah kita akan bertemu lagi.

Monday, February 2, 2009

Kuasa Sepuluh


Belek-belek google,
Terbaca berita ni...
Reda seketika rasa panas hati aku pada musang yang tak berjanggut
tapi berkaki dua dan tingginya serendah aku....
Ala... musang yang bagi aku kepala rimau...
rimau yang bisu tu...
esok lusa mungkin baru ada suara untuk sergah si tikus
dalam longkang depan pejabat aku ni...

Lama juga aku tunggu...
akhirnya rancangan 'game show' popular ni akan menjengah ke kaca tv...
mana ada tayang kat tv Malaysia...
pengacaranya bukan Dato' Shahrukh Khan...
Apa-apa pun... aku memang tak sabar
rancangan untuk orang-orang biasa dan kebanyakkan...
tak perlu otak atau 'dressing' cantik-cantik...
yang penting...keyakinan!

Dah tak dapat tengok kat tv...
aku curi-curi tengok kat youtube...
kehkehkeh....


Harimau Bisu

Hari ni lembap...
jarum jam karat...
Mata pinar...
Bukak dompet...
warna biru...
selak satu lagi...
kepala rimau...
arrrgggggggghhhhhhhhhhhhhh!

Kalaulah boleh kepala rimau tu kuberi mamak kedai
Aku tarik lima cawan teh kaw kaw punyer...
malangnya...
harimau mengaum... suara tak dengar
aduh!
Pusing mata aku dibuatnya!
Layan tidor depan pc...
Pukul 6....
aku cakap...
esok kita jumpa lagi