Miqhail, bakal penghuni syurga...?

Si comel ni, geram aku!
Namun ku punya hati, 
Juga gayaku perasaan, 
Hidupku yang begini, 
Kadar waktu diizin Tuhan...

Tidak, ini bukan kata-kata yang lahir dari aku secara sendirinya tetapi ia sudah cukup jelas mewakilkan rasa dan emosi untuk entri kali ini. Ya, ini lagu dari kumpulan Revolvers, Namun Ku Punya Hati (dengar di sini) dan kerap kali digunakan untuk segmen BersamaMu atau yang sewaktu dengannya! Eh, entri ini tiada kaitan dengan apa-apa segmen yang berkenaan sebaliknya, khas untuk anak buah kesayangan aku Miqhail.

Memang tidak ada masalah dengan dia, secara lahiriah. Mungkin kalian tidak akan dapat melihatnya dengan sekali imbas tetapi Miqhail adalah anugerah Allah yang dipinjamkan kepada kami sekeluarga. Dia adalah amanah dan kami bersyukur dipilih sebagai penjaganya. Penghuni syurga, insyaAllah.

"Anak-anak autisme juga boleh di masukkan dalam golongan ahli syurga selagi mereka tidak dapat menilai sesuatu perkara itu baik atau buruk.Ada di kalangan anak2 autisme ini,walaupun umur telah meningkat dewasa tetapi tahap pemikiran mereka masih di tahap kanak2.Oleh itu mereka layak di kategorikan sebagai penghuni syurga yang di beri peluang utk menjalani kehidupan didunia ini. :)

Jika berlaku kematian ke atas mereka,semestinya Jannah adalah tempatNya. Kerana sifat Allah s.w.t itu Maha pengasih dan Penyayang.Setiap kekurangan itu pasti akan Allah berikan kelebihan.Samada di dunia atau di akhirat nanti.

Jadi, Jika anda memiliki anak-anak syurga ini,bersyukurlah..kerana tempat mereka sesudah mati adalah di syurga Allah hendaknya."

Dia periang, lincah, raut wajahnya tampan...sempurna. 

Bukankah sudah dijanjikan Allah, tiada yang sempurna? Ya. Miqhail juga manusia, tidak sempurna tetapi hatinya putih, lagaknya jernih, fikirannya jelas. Miqhail adalah anak yang menghadapi masalah autisme. Apakah itu autisme? Kenapa baru sekarang aku kongsikan kisah Miqhail? 

Sudah tiba masanya! Bukan untuk kami sekeluarga, bukan untuk aku, bukan untuk Miqhail tetapi untuk semua di luar sana yang masih skeptikal tentang anak-anak dan pesakit autisme atau dalam bahasa sedunianya Autism!

 Kalau ditafsirkan dari sudut bahasanya autisme adalah "kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer )." dipetik dari Wikipedia

Jujurnya, aku tidak berhak untuk menceritakan tentang autisme dengan panjang lebar kerana tidak pernah mengikuti mana-mana sesi ceramah atau seminar yang bercakap tentang penyakit ini dan orang yang berhak untuk berkongsi tentangnya adalah Along. Along melalui semua proses mengenal autisme sejak pertama kali dia diberitahu Miqhail adalah anak autisme. Dia juga yang banyak berusaha dalam membentuk dan membina diri Miqhail yang dapat kalian lihat hari ini.

Gelaran ketika dia kecil, bunjal!
Bersama-sama umi dan abah, along serta abang Zamri serta kami yang lainnya, tidak pernah berputus harap untuk membantu Miqhail masuk ke dunia kita. Ya, anak-anak autisme ini melihat dunia dari sudut yang jauh berbeza dan tiada siapa tahu apa yang berada dalam 'dunia'nya. Namun, itu bukan alasan untuk kita membiarkan mereka hanyut begitu sahaja. 

Siapa tak geram tengok keletah dia?
Comel kan? Ya!!! Sangat sangat comel...
Penyejuk hati...
Secara peribadinya, pada diri Miqhail, aku melihat diri sendiri. Eh, kenapa pula aku berkata begitu? Adakah aku ini juga tergolong sebagai pesakit autisme? Entah. Mungkin ya di suatu masa dahulu tetapi tidak pernah tahu atau ambil pusing.

Menurut umi, aku juga dahulunya mengalami kesukaran untuk bercakap (bercakap lewat) dan doktor yang merawat aku (dari usia 1 hingga 5) mengatakan, perkembangan otak (pemikiran) lebih tua berbanding usia. Hmm. Apa-apa pun, alhamdulillah. Sekarang aku bukan sahaja boleh menguruskan diri sendiri, tetapi juga sudah boleh memikul tanggungjawab lebih besar.

Menghargai setiap benda unik, tidak seperti kita!
Sepertimana yang dinyatakan di awal tadi, aku tidak berhak untuk bercakap atau berkongsi kisah Miqhail kepada umum kerana hak itu milik Along. Disebabkan ingin menjadi sebahagian mereka yang menyebarkan kesedaran tentang autisme, aku telah meminta izin dari Along untuk membina tapak blog khusus untuk Miqhail juga anak-anak buahku yang lain. Aku juga turut meminta izin dari Ayuz. Alhamdulillah, masing-masing telah memberikan izin. InsyaAllah, aku akan bercerita dan kongsikan pengalaman dan kisah anak-anak buah kesayangan aku (yang aku gelar pari-pari cilik) di blog baru >>> Anak-anak dari Syurga.

I Love you till the end and of course jannah sayang!
Buat masa ini, hanya tapak sahaja dibina dan insyaAllah bila-bila ada kelapangan, aku akan mula mengisi entri-entri di sana. Oh ya, itu tidak bermaksud Fantasi Itu Duniaku akan aku abaikan. Ia tetap dekat di hati, cuma mungkin isinya lebih santai atau serius? Terpulang kepada perkembangan isu semasa dan emosi aku juga. Hahaha. Terima kasih kepada kalian yang sudi membaca.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku