Saturday, February 26, 2011

Ubah Angin...

Seseorang itu perlu berubah. Tidak. Bukan keperibadian mahupun prinsip dan pegangannya, tetapi cara dia membawa diri. Kebelakangan ini, aku merasakan, perlunya ada perubahan pada diri. Ya, inilah perubahan terbaru aku. Terima kasih kepada umi dan adikku, Ayuz mendorong perubahan ini. Masih lagi baru, sebab itulah aku kelihatan agak canggung. Secara jujurnya, aku suka perubahan ini. Tampak lebih kemas dan selesa. Luas pemandangan. Hehehehe. Kepada yang sudi menjengah blog ini, perkenalkan... inilah aku. Lalalalaaalaaaaa...



























* Yang akhir sekali, gambar terbaru. Seingat aku, dulu tak pernah ada tahi lalat di hujung kening sebelah kanan. Entah bila lalat hinggap dan meninggalkan tandanya di situ pun aku tak tahu. Apa-apa pun, aku tetap suka. Nampak lain. Hmmm. Lalalalalaaaaa...