Wajah baru di tahun yang baru

Sila jangan salah faham!

Sebenarnya, wajah baru yang dimaksudkan adalah penampilan blog ini yang baru sahaja aku kemas kini semalam. Hakikatnya, ramai di antara kita sering terpedaya dengan tajuk. Lebih-lebih lagi, di era digital yang dipenuhi gosip dan kontroversi, pemilihan tajuk sensasi menjadi 'pelaris' agar dapat meraih perhatian dan kunjungan netizen terutamanya di ruang media sosial. Lebih menyedihkan, mereka bukan sahaja mudah terpengaruh dengan tajuk malah tiada minat untuk membaca lebih lanjut atau peduli isi kandungan dan seterusnya menyebarkan tanpa usul periksa kesahihan 'berita' yang dibaca. Bila nak ubah perangai? Kerajaan Malaysia pun rakyat mampu ubah takkan perangai melulu begini tak dapat nak diubah? Haru!

Berbalik kepada niat asal entri ini dibuat, aku masih tetap seperti dulu yang pernah kalian lihat sejak awal blog Fantasi Itu Duniaku diwujudkan pada 6 Jun, 2008 dengan entri bertajuk Hari Pertama : Akhirnya...aku ada blog sendiri! . Mungkin lebih tembun? Hahaha. Lebih tembun dan lebih banyak perkara yang harus dilakukan, hari demi hari untuk kelangsungan hidup dan semestinya tanggungjawab yang diamanahkan. Amanah. Masa itu amanah. Masa itu juga menjadi terlalu mahal dan aku kemiskinan masa kerana ada sahaja perkara yang tidak dapat diselesaikan.

Kali terakhir blog ini dikemaskini dengan entri yang menceritakan tentang perkembangan terbaru hidup aku adalah pada 16 November, 2016; Aku Belum Mati. Sejak hari itu sehinggalah ke saat ini, terlalu banyak perkara yang berlaku dan ingin aku kongsikan. Cuma masa tidak mengizinkan dan aku cuba mencari untuk mencuri sedikit masa yang berbaki tetapi tetap tidak ada ruang dan peluang. Ya, alasan yang sama aku berikan berulang kali. Itu kesalahan aku yang tidak boleh dinafikan. Dengan perubahan wajah baru blog ini, aku mengharapkan semangat dulu yang membara untuk mempunyai blog sendiri dan dikemaskini akan kembali menetap dalam hati dan membakar motivasi diri. Aku tidak mahu blog ini berkubur dan dibiarkan sepi. Eh, memang blog ini tiada iringan muzik seperti selalu kan? Oh ya, aku sengaja membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang iringan muzik. Aku lebih suka begitu.

Baiklah, cukup sampai di sini aku membebel. Aku harap kalian terus bersemangat dalam mengejar impian atau membina mimpi yang baru. Tidak pernah ada istilah lambat untuk bermimpi. Tidak juga salah untuk kita bermimpi, yang menjadi salah bila kita tidak berani bermimpi dan kekal hidup membina realiti mimpi orang lain. Faham?

https://recruitingdaily.com/wp-content/uploads/sites/6/2018/10/2019.jpg

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku