Tere Naam ... Dua Belati Penikam Hati

Alhamdulillah, aku berpeluang untuk mengisi satu lagi entri pada tahun ini. Satu permulaan yang agak baik dan diharapkan konsisten. Pagi ini, aku tiba lebih awal berbanding hari-hari lain sebab tidak perlu menghantar Along ke stesen MRT seperti biasa. Jadi, sedikit masa ini aku gunakan untuk kemas kini blog. Niat di hati, aku nak isi tentang Sultan dan Sultani atau beberapa destinasi percutian yang pernah kami sekeluarga pergi sepanjang tempoh diam aku selama ini. Namun, sebaik aku melihat senarai draf, terlalu banyak entri yang menarik tetapi tidak dikongsikan kepada umum. Aik, dah kenapa? 

Jadi, hari ini aku kongsikan entri yang bertarikh 30 Disember 2012 untuk pemanas. Seterusnya, aku akan kongsikan semua baki-baki entri yang tersimpan kemas sebagai draf. Kalau ditanya apa emosi sebenar ketika entri-entri ini dibuat, memang aku tidak boleh jawab. Aku rasa, lebih baik begitu.

30 Disember 2012;

Satu dialog yang terngiang-ngiang di telinga saat ini, datangnya dari filem yang memang aku suka;

Satu, kerana kekuatan filem itu sendiri. 
Kedua, lakonan yang dipersembahkan
Ketiga, jujurnya aku memang suka perannya; Salman Khan! Hahaha

Filem yang aku maksudkan, Tere Naam. Tidak. Dialog yang terngiang-ngiang di telinga aku bukanlah tentang cinta. Walaupun dalam filem itu, dialog ini khusus untuk Nirjera. Orang yang dicintai mati oleh Radhe Mohan! Tapi aku kira, secara peribadinya ia boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas. Pssst, dengar khabar akan ada sambungan Tere Naam... hmm. Okey ke?


Kalian tidak faham kalau aku catatkan dalam bahasa Hindi, jadi aku terjemahkan terlebih dahulu... 

"Orang yang bunuh diri sangat bernasib baik kerana matinya sekali, 
dari aku yang hidup dan mati berkali-kali!" 

Tonton adegan ni, berkali-kali pun tetap buat aku menangis!

Woit, itu sekadar dialog. Dialog filem hindi. Jangan dijadikan teladan. Bunuh diri itu haram. Sebagai orang Islam, aku sangat jelas dengan perkara ini. Dah tahu haram, kenapa aku teringat-ingatkan dialog ini? Hey, aku Islam. Tak perlulah nak persoalkan "kau tak bertuhankah?"

Hish, terlebih menghayati watak pula.

Sebenarnya, terserempak dengan satu peristiwa dan muncul sebuah kebenaran di sebaliknya. Alhamdulillah. Biarpun sangat perit, sekurang-kurangnya Allah mencerahkan kekaburan yang berselindung di hadapan mata.

Apakah ini cukup untuk menjelaskan?

Kehabisan kalam, kelam dan tenggelam
Dua belati penikam hati
Merobek-robek, bertubi-tubi
Sudah mati berkali-kali
Menanti saat Izrail menjemput pergi!

Tiba-tiba, teringat pula sebuah kisah yang abah selalu cerita; seorang pak alim pulang dari masjid. Kebetulan, pada suatu malam, pak alim terdengar suara aneh dari sebuah rumah. Rumah seorang janda. Dia pergi untuk melihat. Sedang dia cuba melihat keadaan, orang kampung menangkap dan menuduh dia mengintip si janda. Dibawa ke rumah, memaklumkan keluarga. Tidak seorang pun mempertahankan malah kutuk dan keji. Lumrah manusia, tidak pernah cuba memberi peluang dan ruang penjelasan. Hak mereka hukum dan menghukum. 

Kalau difikir-fikirkan semula, tiada guna mempertahankan atau beri penjelasan kepada sesiapa kalau dari awal lagi, orang yang mahu mendengar sudah ada pandangan dan pertimbangan sendiri. Hakikatnya; pandangan manusia terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Anggaplah apa mahumu, siapa benar dan siapa salah hanya Allah Maha Tahu.

* terima kasih kalian, para dewa kerana berani 'mengkafirkan' seorang hamba Allah!

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku