Sinema Hindi Di Malaysia

Aku dah berjanji, malas nak ikuti perkembangan Malaysia. Sebabnya? Tak berkembang pun. Pusing-pusing, situ juga. Menyakitkan hati bila lihat segelintir rakyat Malaysia TERDESAK ingin kembali ke zaman penjajahan. Ah, malas aku nak layan. Masing-masing berlagak BAIK dengan menuduh pihak ini dan itu sebagai penyebar fitnah.

Apabila pihak ini kemukakan bukti, ia dianggap palsu. Jika pihak yang satu lagi menayangkan bukti, itulah kebenaran. Siapa yang benar dan siapa yang salah? Nasihat aku, PERIKSA SEHABIS BAIK! Jangan mudah percaya hanya disebabkan orang lain percaya dan terpaksa mempercayai mengikut PUAK MAJORITI!

Aku melihat dengan mata, berfikir dengan akal dan menghadam kesemuanya di pengkalan hati. Naluri kuat mengatakan dan memberat ke satu pihak. Itu yang aku nampak, itu apa yang aku fikir dan itu juga yang aku rasa. Ianya bukan berlaku semalam, sebaliknya sejak tahun 1998. Sejak tahun itu, sehingga sekarang tiada siapa berjaya UBAH fikiran dan naluriku. Tidak kiralah betapa banyak alasan yang pihak satu lagi kemukakan, ada kepincangan pada faktanya dan aku pula memilih untuk BERDIAM. Tak guna bergaduh sesama teman. Aku biarkan dia dengan jalan dipilihnya supaya dia menghormati apa yang telah aku PILIH.

Tolonglah teman, aku sayang hubungan kita. Jangan bangkitkan isu ini sekiranya ia membarah. Jika aku boleh menghormati engkau dan fikiran yang kau bawa, itu juga yang aku harapkan darimu. Hormati aku dan apa yang aku pegang. Berhenti menghentam (AKU) kerana kau tidak mampu ubah apa-apa.

Hakikatnya, pemikiran manusia berbeza. Ada sebab kenapa Allah menciptakan manusia pelbagai bangsa. ADA SEBAB! Hakikatnya, kita semua makhluk Allah. Jangan disangkal hal itu!

Berada di zaman yang semuanya di hujung jari, manusia sudah punya pilihan dalam mencari sumber lain untuk informasi dan berita terkini. Berapa peratus berita yang mengalir di media perdana itu terbukti seratus peratus BENAR? Kenapa pula, kebenaran disembunyikan? Apa fungsi sebenar MEDIA? Semua jelas di hadapan mata dan itu yang menguatkan aku berdiri teguh dengan pendirian yang telah dipegang sejak zaman sekolah lagi.

Rasanya cukup sudah aku membebel tentang hal media dan fungsinya yang semakin pincang. Ingat lagi filem Rann (Rujuk : RANN... permainan Politik dan Media?) yang pernah aku tulis dahulu. Tonton filem itu untuk memahami maksud aku tentang peranan media hari ini. Begitu juga filem Peepli Live (media dan politik) dan KO (politik dan media)!

Peepli Live!

KO!

Wah, panjang sungguh mukadimah entri kali ini. Minta maaf ya. 

Sebenarnya, aku mahu kongsi pengalaman sebagai penonton filem hindi di pawagam Malaysia. Kali pertama aku menonton filem Hindi di pawagam, tahun 2003 filem Tere Naam. Filem ini aku tonton di rangkaian pawagam TGV di KLCC. Ditemani Ayuz dan rakan karibnya Zarina, sambutan di ketika itu sangat kurang memberangsangkan kerana aku percaya, ketika ini demam Bollywood sudah mulai reda. 

Namun, sebagai penonton yang pertama kali merasai pengalaman menonton filem Hindi di pawagam, aku rasa berbaloi. Mungkin kerana kekuatan filem ini sendiri. Ya, Tere Naam merupakan salah satu filem yang terbaik pernah aku tonton. Di akhir cerita, tidaklah pula aku sangka yang pipi bisa berbasahan. Itulah penangan Radhe Mohan dan kenangan pertama aku sebagai peminat filem Hindi di pawagam.

Pengalaman kedua pula berlaku dua tahun kemudian; 2005 dan filem yang aku tonton; Maine Pyar Kyun Kiya. Kali ini, di pawagam biasa. Tiket pun murah, hanya RM6. Pengalaman kedua ini agak berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman pertama. Ketika ini, aku sudah bergelar pelajar di akademi dan ditemani pula sahabat (kebetulan minat Hindi) Fatimah Sri. Disebabkan jadual kelas yang terlalu padat dan dalam masa yang sama menggila nak tonton film ini (SuperHit di India), aku dan Fatimah terpaksa ponteng kuliah (kebetulan dibatalkan kerana pensyarah tak hadir; selamat kehadiran kami! Hahaha).

Walaupun pawagam ini tak sehebat TGV atau GSC, sambutan kali ini sangat berbeza dan menarik sekali. Kami terpaksa beratur panjang untuk beli tiket dan ramai penonton yang menari-nari sambil menyanyikan lagu-lagu dari filem ini (sumpah aku langsung tak tahu lagu-lagu filem ini). 

Sepertimana yang aku katakan tadi, pengalaman kedua ini sangat berbeza dan paling jelas di ingatan. Bayangkan sahaja, setiap dialog dilontarkan Salman Khan disambut gelak ketawa dan siulan. Lebih menarik lagi, setiap kali lagu dimainkan, ada penonton yang bangun dan menari. "Wah, ini memang gila"!

Sebagai penuntut penulisan (layar), aku kerap menonton wayang. Ada masanya pergi menonton bersama-sama kawan kuliah, dan ada masa juga datang dengan Fatimah sahaja (untuk filem Hindilah hahaha). Kali kedua kami menonton filem hindi bersama (kali ketiga untuk aku) merupakan filem Saawariya (dua tahun kemudian 2007) di pawagam TGV dan ia mengingatkan aku kembali pengalaman kali pertama menonton filem hindi di sini. Hambar. Mungkin kerana filem ini yang sukar diterima para penonton atau mungkin juga kerana faktor hero dan heroin yang masih baru (Ranbir dan Sonam).

Kemudian, agak lama juga aku tak layan filem Hindi di pawagam. Mungkin disebabkan kerana sibuk dengan kerja. Aku kembali (cheh) giat menjadi pengunjung pawagam pada tahun 2010. Tahun ini, memang aku wajah yang kerap mengunjung pawagam yang baru dibuka di Capsquare (TGV) Dua kali untuk filem Veer dan dua kali untuk filem Dabangg. Gila? Mungkin!

Sewaktu menonton Veer, bolehlah dikatakan sikap dan sambutan penonton sudah ada perubahan. Mungkin, benar sebagai andaian penganalisa, penonton di pawagam rangkaian seperti TGV lebih sopan dan hanya datang sekadar untuk menonton filem. Ada juga beberapa ketika, bunyi sorakan kedengaran terutama sekali apabila Veer muncul sabagai dirinya sendiri dan menggegarkan kerajaan Rajput! Wah, semangat betul waktu menonton adegan ini. Aku juga tertangkap bisikan seorang penonton di bahagian hadapan "Look, my husband is here!" dan buat aku senyum sendiri! Filem Dabangg pula, ada sedikit peningkatan terhadap sambutan penonton. Ada yang siap melafazkan dialog yang sama tapi masih lagi bukan secara terang-terangan. Masing-masing seakan malu. Ah, kenapa perlu malu? Hahaha.

Pergh, heroin Muslimah? Hahaha
Aku sekali lagi kembali menjadi pengunjung pawagam pada tahun berikutnya (2011) untuk menonton filem Bodyguard. Seronoknya kali ini, aku tonton bersama dua orang yang berbeza; Harvinder dan Fatimah Sri. Sambutan dari penonton masih sama. Kalau nak diberikan persamaan, ia mirip kepada sambutan filem Dabangg. Begitu juga halnya dengan filem Ek Tha Tiger(2012). Bezanya Ek Tha Tiger pula (aku tonton 3 kali) para penonton tak berganjak dari kerusi sehinggalah filem betul-betul tamat termasuklah bahagian kredit. Gila? Sangat! Hahahaha.


Sebelum penghujung 2012, aku sekali lagi mengunjungi pawagam dan kali ini untuk filem Dabangg2, kesinambungan Dabangg! Apa yang boleh aku kata, ketika inilah aku berpeluang merasa pengalaman bagaimana keaadaan sebenar pawagam di India. Kami (aku dan Fatimah Sri) terpaksa merempuh untuk mendapatkan tiket. Kebetulan, hanya tinggal dua tiket di bahagian tepi. Sebaik sahaja skrin menayangkan wajah Salman Khan, para penonton mula bersiul dan bertepuk tangan. Haih, di manakah aku sekarang? Secara tak langsung, Dabangg2 mengembalikan nostalgia aku menonton filem di pawagam yang kecil tetapi sangat meriah dengan sorakan. Benarlah bagai dikatakan, filem Salman Khan mencetus fenomena baru di India (memecahkan tradisi pawagam multiplex dan singleplex) dan tersebar ke Malaysia. 

Di Malaysia 



Sayang tak dapat dengar!!!
 
 Hanya di India




Aku hanya boleh katakan; senyum tak perlu kata apa-apa!

* sangat seronok kerana berpeluang merasakan apa yang dirasakan penonton sinema di India. Hehehe. Kalau macam ini, tak perlu ke India, cukuplah menonton filem Hindi di pawagam. Oh ya, jangan salah guna lokasi ya. Filem-filem Salman memang tak sempat cetuskan saat-saat orang bercumbu! Itu yang lagi SYOK!

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku