Wednesday, January 26, 2011

Perit


Dia terlalu kedekut
Enggan memberi
Aku ketagih

Perit!
Tulang-temulang meremuk
Daging-daging meronyok
Aduh...perit!

Tolong!
Basahi aku sang damai
Selimutkan aku wahai dingin
Aku rejan...sakit!

Aku perit
Perit sangat aku
Masihkah dia menyombong?


*Tahniah para wanita, sentiasa tabah walau saban bulan mengharunginya. Hehehe.