Dua detik di Gold Coast Palm Tree, Sepang

Aku rasa tak perlu memulakan entri kali ini dengan mukadimah panjang. Maklumlah, tarikhnya pun sudah agak ketinggalan. Nak mengisi tepat pada waktunya, memanglah mustahil. Bukan kerana aku malas, tetapi (ayat klise) terlalu banyak perkara yang perlu disudahkan terlebih dahulu. Antaranya, tugasan aku sebagai editor (2 majalah, alhamdulillah) dan penulis sampingan (manuskrip yang kian menimbun tanpa tarikh mati) serta pengendali (admin) untuk beberapa laman usahasama dengan teman-teman di ruangan sosial (FB, Google+ dan Twitter).

Bertingkat buatan manusia dan ciptaan Allah; kolam renang dan laut!
Kenapa perlu diriwayatkan semua aktiviti aku di pembukaan entri? Tidak. Niat aku bukan untuk riak mahupun bongkak tetapi sekadar untuk memberitahu kepada sekalian manusia di luar sana (khususnya mereka yang bermulut manis tetapi berbongkah-bongkah kutukan di dalam hati). Aku terpaksa ketepikan aktiviti yang memang tidak serasi dengan jiwa mahupun sanubari. Keutamaanku adalah keluarga dan sesekali kehendak diri sendiri. Selain dari itu, jika aku gagal mentafsirkan kepentingan sesuatu aktiviti dengan merisikokan wang, tenaga dan waktu maka bukan sukar untuk aku mengasingkan diri. Aku tak boleh memenuhkan kehendak dan permintaan setiap orang. Terserah juga kepada kalian sama ada boleh menerima dan menghormati keputusan aku (menerima dan menghormati ada banyak bezanya ya!) atau membenci. Jujurnya, aku tidak kisah!

Baiklah, berbalik kepada tujuan asal entri ini, ia bukanlah sesuatu yang dirancang sehari dua. Malah, penganjurnya (siapa lagi kalau bukan Along) telah mencanangkan idea ini sejak tahun lepas (sudah menjadi lumrah keluarga kami, rancang setahun lebih awal terutama sekali untuk tarikh-tarikh istimewa, kalau berniat mahu langgar dipersilakan dan jangan pula mengharap kami tunduk serta ya!) Kebetulan pula tarikh kelahiran puteri sulung yang juga anak bongsunya (buat waktu ini) Mysarah, hampir dengan beberapa ahli keluarga yang lain termasuklah aku.

Bagi memudahkan dan mengurangkan aktiviti keluarga tahun ini (ada penambahan aktiviti berbanding tahun-tahun lalu) hari lahir kami dilakukan sekaligus. Antara mereka yang terlibat semestinya Mysarah yang lahir pada 23 Januari, diikuti Ayuz pada 27 Januari, aku (kalian tahu-tahulah sendiri) dan abang iparku, Zamri yang lahir pada 11 Februari! Destinasi yang dirancangkan (termaktub dalam jadual tahun 2014 disediakan Shahaizah Azlin; Alonglah tu) pula adalah Gold Coast Palm Tree di Sepang.

Lobi, Gold Coast Palm Resort Avani
Pintu masuk ke rumah penginapan; rumah kami 424
Awalnya, umi dan aku kurang bersetuju kerana kami berdua memang masih lagi fobia dengan tragedi Tsunami yang pernah melanda Malaysia di satu ketika dahulu. Lebih membimbangkan apabila, terlalu banyak desas-desus dan khabar angin yang mengatakan kemungkinan peristiwa ini akan berulang dalam masa terdekat. Ya. Memang salah kami (aku dan umi) kerana terlalu banyak memikirkan perkara negatif. Dalam perasaan yang bercampur, diturutkan juga. Lagipun, bila masanya lagi akan dapat kami merasakan kehebatan Gold Coast Palm Tree (gabungan penyalinan semula penempatan mewah di Dubai; Jumeriah Palm dan kawasan peranginan Maldives Centara Grand Island Resort & Spa. Tambahan pula, Along ada mengatakan tempat penginapan kami bukanlah di bahagian dahan (tengah laut) sebaliknya di bahagian batangnya (persisiran).

Sebagaimana sambutan ulangtahun yang pernah diraikan keluarga kami, kali ini juga turut dimeriahkan lagi dengan tema khusus bersesuaian dengan Mysarah. Ya, tema yang dikenakan untuk sambutan ini pula adalah Alice In Wonderland. Demi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, pelbagai persiapan diaturkan. Ini termasuklah gegelung tiara buatan tangan untuk dipakai para gadis (amboi), manakala jejaka pula cukuplah setakat berpakaian kemas ala-ala Inggeris.

Tiba hari dinantikan, masing-masing girang tanpa dapat digambarkan dengan kata-kata. Kegembiraan segera pudar dalam hati dua insan (aku dan umi) digantikan kerisauan yang bukan kepalang apabila mengetahui, rumah yang diduduki selama dua hari tersebut berlokasi di bahagian dahan (tengah-tengah laut). Aku pandang umi dan umi pandang aku. Jujurnya, aku tidaklah risau sangat tentang kedudukan sementara kami sebaliknya hati tertinggal di dalam perut Lolly kerana kecuaian meninggalkan Baby Boy (BlackBerry) di situ. Hahaha.

Kami di sini; sebab itulah umi cuak! Hahaha
Nak bertapak semula ke pusat buggy memang tak larat. Maklumlah, aku agak malas nak berjalan. Jadi, dalam kegusaran aku memujuk hati agar Baby Boy baik-baik sahaja bersama Lolly tanpa disedari kehadirannya. Aku yakin para pekerja Gold Coast Avani ini amanah orang-orangnya. Ditambah pula diletakkan di bawah jagaan pihak Avani 24 jam, kurang juga risaunya.Cuma aku agak bersimpati dengan umi kerana murung. Setiap saat matanya pasti melirik ke luar jendela. Memerhati aras air laut sama ada sudah mencecah lantai atau ombak bergelora ganas. Along pula berduet bersama abah tidak henti-henti menyakat umi.

Oh ya, sekadar perkongsian info; penginap boleh menikmati kemudahan tempat letak kereta bersama perkhidmatan jockey di dalam kawasan Gold Coast Palm Tree ini dengan bayaran dikenakan sebanyak RM20.00. Sekiranya penginap mahu keluar bayaran RM10.00 dikenakan. Hari berikutnya, jika penginap membawa kereta keluar bayaran baru dikenakan. Selain itu, penginap juga boleh meletak kereta di kawasan luar dan perlu menunggu van khas yang membawa masuk penginap ke dalam kawasan ini.

Lupa melihat (tag) namanya, tetapi beliau sangat baik orangnya!
Demi menghilangkan kegusaran, aku mula bertindak gila; tak diam setempat dan asyik melompat-lompat, terjun tiruk di atas katil yang empuk. Melihat aksi gila sawan aku itu, anak-anak buahku yang lain turut serta terutama sekali Miqhail dan Mierza serta diikuti si kecil Firzudeen Aqashah yang sesekali mengacau bonda (Ayuz) dan babanya (Firdaus) yang sibuk membuat persiapan hiasan untuk majlis malam nanti. Ya, sambutan ulangtahun kami. Biar sederhana dan hanya disambut ahli keluarga kami sahaja kerana yang penting; gembira dan bahagia!

Sebelum menunggu detik itu tiba, kami keluar sebentar meninggalkan Gold Coast Avani dan bergerak ke restoran yang sememangnya terkenal di kawasan ini; HM Sri Bagan Seafood Restaurant. Sementara menunggu makanan sedia terhidang, sempat juga menikmati pemandangan alam yang indah kurniaan Allah. Alhamdulillah. Walaupun sudah ada pembangunan tetapi keindahannya masih tidak tercela. Istimewanya restoran terapung ini selain berada di persisiran pantai, para pelanggan berpeluang memilih makanan laut yang segar-segar. Apa yang sudah dihajatkan di hati? Lampiaskan sagaja di sini. Sotong, ketam, udang, ikan-ikan laut masin dan macam-macam lagilah. Disebabkan itu juga, meja makan keluarga kami penuh malam itu. Bernafsu sungguh. Cuma yang tidak tersenarai dalam menu kami; kangkung belacan. Hahaha.

Berani-berani, takut... kesayangan dan satu-satunya mak aku, umi!
Inilah barisan kita, yang lapar nak makan!!!
Tenang mendengar taklimat eh bukan, dengar cerita si penglipurlara @ abah!
Apa lagi? Ayuh, kayuh...kayuh
Ah, kami dah kenyang. Apa aturcara seterusnya?
Miqhail, jiwaku! Hehehe...
Selesai mengisi tangki perut masing-masing yang aku percaya masih mempunyai kapasiti berlebihan, bergeraklah semula kembali ke tempat penginapan kami tetapi sempat juga singgah di kedai runcit untuk membeli makanan ringan. Bekalan di waktu malam. Sebaik tiba di penginapan kami, hati tak berhenti memanjatkan syukur. Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kerana berpeluang berehat sehari dua di sini. Sekurang-kurangnya, hilang segala rasa yang mendesak otak untuk berfikir. Bebas. Hari itu juga, dengan sengaja aku mematikan segala penerimaan data internet. Tidak mahu gangguan; penting atau tidak. Aku tidak mahu sebarang gangguan. Ini waktu untuk aku dan keluarga. Selain darinya, boleh tunggu. InsyaAllah.

Sampai di rumah (penginapan), masih ada beberapa jam sebelum diteruskan dengan aturcara seterusnya. Ketika inilah masing-masing bebas melakukan aktiviti yang terbuku dalam hati. Along dan abang Zamri memilih untuk ke gim, Ayuz dan Firdaus bersiar-siar bersama basikal di sepanjang Gold Coast ini. Aku? Memanjakan diri di dalam tab mandi sambil berhibur dengan lagu-lagu merasuk jiwa. Tak puas berendam, aku bermandi pancuran pula. Ah, bahagianya. Si anak-anak kecil? Ada yang sibuk melayan permainan komputer (iPad/tablet) ada pula yang mengikut ibu bapa masing-masing. Umi dan abah? Umi cuba menenangkan jiwa dengan tidur sejenak (cuba melupakan yang dia kini berada atas air), abah pula layan pemandangan. Hehehe. Tenang dan aman katanya.

Hasil tangkapan Ayuz; kolam renang di waktu malam!
Kawasan beradu, luas dan selesa!
Tepat pukul 10 malam (terpaksa dicepatkan sejam lebih awal, gara-gara Mysarah yang sudah hampir terlelap), maka kami pun bersedia dengan aturcara makan kek! Kalau diikutkan, aku mahu menyediakan pulut kuning sekali kerana tarikh 29 Januari merupakan ulangtahun pernikahan umi dan abah tetapi umi keberatan. Tidak mahu memadatkan aturcara yang sedia padat! Benar juga kata-kata umi itu dan aturcara makan kek pada malam itu ternyata sangat meriah dengan riuh rendah kegembiraan, hilai tawa kami sekeluarga. Macam yang aku katakan di awal tadi, bilangan tidak penting tetapi nilai kebahagiaan adalah segala-galanya. Ya, kami bahagia. Diharapkan kebahagiaan ini berkekalan dan diteruskan pula generasi selepas kami; Miqhail, Mierza, Firzudeen Aqashah, Mysarah dan yang seterusnya.

Inilah si gadis yang sudahpun berusia setahun; Mysarah
Saya tahu, saya comel!!!
Tapi tolonglah, saya tak perlukan ini. Rimas!!!
Abang Mierza pun dah siap, pakai 'bow-tie' lagi!
Cuba cari siapa yang tersembunyi, ya... Firzudeen Aqashah!
Firzudeen Aqashah tetap cool dan sempoi!
Eh, tak boleh jadi macam ni. Semua dah siap, saya aje belum!
Ini keknya; '1' harus dibesarkan ya...
Yang pastinya, ini bukan kek coklat. Abah tak suka... coklat!
Acara wajib, bergambar keluarga! 
Inilah keluarga bahagia kami, bersama kek sebiji!
Bukan senang nak suruh Mysarah duduk diam!
Kenapa perlu 'aunty' pegang saya? Kenapa?
Apa sebenarnya semua ini? Saya confused. Papa mana? - Mysarah
Papa ada kat depan tu Mysarah! Senyum, kalau tak mama cubit nanti! - Along
Hehehe, kacak tak saya? Kacak kan? - Firzudeen Aqashah
Umi bersama cucu-cucunya; Miqhail yang confused dan Mierza yang masih lapar!
Sebaik sempat menyelesaikan aturacara terakhir, si anak-anak kecil terkulai di pangkuan. Barangkali keletihan sepanjang hari. Dengan terlelapnya mereka, golongan 'tua-tua' turut mencari bantal dan tilam masing-masing untuk beradu. Memandang atap dari rimbunan lalang, 1,2,3.... zzzzzzz.

* * *

Suara tangisan yang mengetuk gegendang, membuatkan aku terjaga. Siapakah yang menangis sayup-sayup pagi-pagi buta ini. Aku melihat skrin Baby Boy, sudah pukul 6 pagi. Tangisan itu semakin kuat dan kelihatan Along bergerak masuk ke dalam bilik; "Mysarah dah bangun!" Oh, tangisan Mysarah rupanya. Tangisan si Mysarah juga membuatkan aku sedar, umi tidak lelap tidur. Aduh, kasihan sungguh umi. Masih bimbang yang kami sedang beradu di atas air. Mata yang tadi kabur, kian menjadi jelas apabila melihat aras air menerusi jendela kaca. Pantas aku keluar, membuka pintu dan terus di sapa sinaran mentari pagi. Tanpa buang masa, tangan mencapai kamera (telefon bimbit) untuk mematrikan pemandangan yang indah ini semoga dapat dikongsi bersama.


Jangan salah faham, ini bukan waktu senja tetapi awal pagi!
Pemandangan seawal 7 pagi. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah
Sudut kegemaran aku, bermandikan sinaran mentari pagi!
Gambar diambil sendiri 'selfie', aku memang suka pose begini. Jangan tanya, kenapa?
Susunan yang cukup teratur dan menarik
Ini abah, dari pandangan belakang.
Abah, jarang bergambar dan bila dia bergambar...
Terserlah kekacakannya! Weh, abahku kacak tau!
Miqhail, bersarapan pagi dengan makanan kegemarannya; Tam Tam
Miqhail, leka dengan dunianya....
ketika inilah waktu yang sesuai untuk mengambil gambarnya...
sebab kalau dia sedar, dia tak mahu bergambar. Malu!
Apalah yang dibualkan Miqhail dan Aqashah. Mungkin ajak abang bersarapan pagi?
Mama, lambat lagi ke? Mierza dah lapar ni!
Menunggu buggy, untuk bergerak ke kafe dan bersarapan pagi
Tidak perlu menunggu lama kerana...
Buggy sentiasa ada... tepat pada masanya!
Interior kafe Avani; unik dan menarik
Sampai juga akhirnya kita mama! - Mierza
Jangan malu-malu, jemput makan! - Mysarah
Diamlah Sarah, makan ajelah - Mierza
Antara menu sarapan pagi Avani...
Sibuk bergambar aje, perut kena isi jugak! - Along
Selepas makan, kita lepak dan santai dik! - Along
Tak naklah lepak, orang nak jalan-jalan - Mierza
Abang pergilah sorang-sorang, Mysarah nak lepak ni! - Mysarah
Bergambar dulu, sebelum keluarkan peluh - Along
Papa, dalam kolam ada buaya - Mierza / Kenapa lantai ni basah - Mysarah?
Apa benda ni papa? - Mierza
Kenapa tak ada yang saiz kecik, papa? - Mierza
Sementara aku sibuk bergambar sakan, mereka yang lain keluar melakukan aktiviti masing-masing. Along dan abang Zamri bersarapan bersama anak masing-masing (Mierza dan Mysarah) di kafe Avani. Manakala Ayuz dan Firdaus bersama Aqashah bersarapan dan bergambar di seluruh kawasan penginapan. Paling seronoknya, mereka ada yang berbasikal dan juga bersukan! Hahaha. Cuma Miqhail yang tidak mahu ikut, dia lebih selesa bersarapan di rumah bersama aku, wan dan juga atuknya. 

Saya memang pandai berbasikal, eh mana Aqashah B? - Ayuz
Bonda berbasikal, Aqashah berlari; inilah gaya hidup sihat! - Aqashah
Bermain dengan gigi air pun boleh menyihatkan badan - Aqashah
Bergaya sakan juga, adalah gaya hidup sihat... - Aqashah
Kami orang-orang yang sihat dan bergaya.... - Ayuz
Dah letih bergaya, nak layan lena pulak - Aqashah
Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi aku memang suka mengambil gambar. Bezanya, aku tidak memiliki sebarang kamera mahupun DSLR kerana ia masih lagi belum tersenarai dalam keperluan ataupun kehendak. Hahaha. Jadi, menumpang sahaja sesiapa yang ada sudah mencukupi. Apabila kamera DSLR kepunyaan Ayuz ditinggalkan, maka aku mula meroyan mengambil gambar-gambar umi dan abah dengan latar belakang 'romantika'. Comel juga melihat gaya umi dan abah bersama. Pantas teringat bibit-bibit awal pertemuan mereka berdua yang seringkali aku dengar dan tidak pernah jemu mendengarnya berkali-kali.

Aku suka melihat sinaran mentari pagi ini
Ya, walaupun di tengah laut, lappie tidak dilupakan. Kerja...kerja... kerja!
Subhanallah...
Umi, tak lepaskan peluang
Comel sungguh pasangan ini!
Selamat ulangtahun pernikahan ke-36 tahun umi dan abah!
Aku pun, nak jugak!
Bersiap-siap untuk kembali!
Saya tetap yang bongsu ya! - Ayuz
Basikal ini, gunanya untuk bergambar sahaja - Aku
Miqhai, I love you till the end!
Dia sentiasa buat aku bahagia!
Bergaya aje pun jadilah. Nak berenang kena pakai bikini! Tak mau den!
Anak awak dah meroyan tu! - Abah
Asalkan dia bahagia, biarlah - Umi
Sedia bergerak menuju habitat masing-masing
Berat kaki melangkah....
Malangnya, sangat pantas masa berlalu. Ya, kami bersiap-siap untuk pulang kembali ke habitat asal. Sebelum meninggalkan Gold Coast, sempat kami merakam kenangan. Hmm. Bilakah lagi agaknya dapat kaki terjejak di sini? InsyaAllah. Mungkin dengan si dia pula? Hahaha.

Keindahan...
Ketenangan...
Selamat tinggal, harap dapat kembali!

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku