Bacalah


Senjata paling utama di dunia adalah ilmu. Dalam Islam sendiri, umatnya dituntut untuk menimba ilmu; tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China dan tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Nampak tak kepentingan ilmu di situ? 

Ilmu yang paling berharga adalah ilmu dunia dan akhirat. Tidak guna kalau memiliki ijazah bergulung-gulung, tetapi ilmu ke sana tiada. Abah selalu pesan kepada aku, ilmu yang paling manis di dunia ini adalah ilmu ketuhanan dan keagamaan. Namun, dalam usaha untuk mencari ilmu ini ramai yang pasti akan tersesat. Jadi, bagaimana untuk mengetahui sama ada ia ilmu sahih?

Jujur, aku kagum dengan orang yang bisa menjawab dan merungkaikan persoalan yang bersangkutan tentang Islam. Aku juga kagum dengan orang yang boleh datang dengan pelbagai soalan. Soalan-soalan itu bagus dan perlukan pencerahan. Taklah nanti orang katakan, mengikut tanpa faham apa dan kenapa?

Masalahnya hari ini, ramai yang mempunyai persoalan tetapi memilih untuk mendapatkan jawapan menerusi buku. Tak kurang dengan itu, ada yang mengutamakan internet demi memperolehi jawapan yang pantas. Pantas? Adakah ia tepat?

Baru-baru ini, aku ditemukan dengan satu kisah. Kisah seorang Islam pada kad pengenalan tetapi bukan pada dirinya. Mengeluh dan sangat kecewa kerana menurutnya, lahir di Malaysia membuatkan dia tidak punya pilihan untuk memilih fahaman yang dimahukannya. Hmmm. 

Percayalah, dia bukan orang pertama yang meluahkan ini. Pernah di satu ketika dahulu, perkara serupa terjadi. Lebih hebat, apabila si dia mempersoalkan tentang kesahihan Islam. Apa yang membuatkan Islam terkecuali dari agama-agama 'warisan' lain? 

Katanya, dia pernah bertemu imam-imam besar untuk mencerahkan hal ini kepadanya tetapi mereka mengatakan dia gila? 

Adakah benar dia harus digelar sebagai gila kerana bertanyakan soalan ini? 

Jujurnya, dia amat perlukan pertolongan. Sebelum itu, dia sendiri harus menerima dan tidak terus menolak. Penolakan adalah satu titik hitam, sementara kecil boleh dibuang dan bila membesar akan membarah. 

Apa yang aku kesalkan, dia mengisytiharkan diri sebagai 'free-thinker'. Menurutnya, sudah cukup membuat kajian. Tentang itu dan tentang ini. Begitu dan begini. Rujukan di situ dan di sini. 

Buku adalah rujukannya. Penulis adalah tuhannya. Lebih menyedihkan, apabila buku rujukannya memang terus menjurus kepada pemikiran yang bertentangan dengan Islam.

Kenapa mendalami Islam dengan membaca buku anti-Islam? 
Penulis sanjungannya pula adalah pencemuh Islam? 
Beginikah cara betul untuk mencari Islam, mencari Allah? 

* Apabila pintu hati ditutup dari awal, maka tidak ada sesiapa pun boleh mampu membukanya. Allah itu ada. Kenal diri, maka kamu akan berjumpa tuhanmu. ALLAH.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku