Bersuara dengan bahasanya

Bertahun-tahun gedung ditinggalkan,
Berbekalkan secubit ilmu dan impian,
Kaki melangkah dengan harapan,
Menuju destinasi tersembunyi dalam lipatan.

Bertahun-tahun sudah berlalu,
Ilmu dan impian luluh satu persatu,
Kelaparan menggelupur tertunduk lesu,
Hanyut dalam kemarau yang datang bertamu.

Gagah kaki terus melangkah,
Biar terjatuh tiada juga mengalah,
Perjuangan bukan lagi satu pilihan,
Perjuangan sudah jadi satu kewajipan.

Biarpun kelaparan sedang meraja,
Biarpun asing di mata semua,
Bumi ini dipijak kerana aku bangsanya,
Bumi ini bersuara dengan bahasanya!

Hayunan kaki terus melangkah,
Tunduk berundur tidak akan pernah,
Walau aku hidup di antara yang mati,
atau aku mati di antara yang hidup?

- Romibaiduri Zahar, 11 Januari 2012 : 11:20 malam (Rabu)

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku