Wednesday, October 30, 2013

Don't make me wait >>> Sebuah Hambatan Kenangan

Tanpa perlu diberi peringatan awal di mana-mana kalendar, sama ada digital atau material. Tarikh ini tetap melekat kuat di ingatan, hati dan jiwa. Kenapakah begitu?


Kenangan di sebalik lagu ni, perkenalan dengan seseorang yang menyambut ulangtahun kelahirannya hari ini. Satu ketika dahulu, aku pernah menjadi orang pertama yang ucap hari lahir tapi sekarang tidak lagi. Apa-apa pun, harap dia sentiasa berbahagia kerana jujurnya dia antara yang pernah membahagiakan aku...

Selamat Hari Lahir

"Sekali segala ada, ada rindu yang datang tiba-tiba (tapi) tak mungkin kerana sayang, cuma terganggu oleh perasaan."

Friday, October 25, 2013

Malaysia, kalian tidak lagi RELEVAN?


Ya, sudah lama aku tidak mengisi ruang blog ini dan pastinya kalian lelah membaca alasan yang sama setiap kali entri baru dimulakan. Namun, itulah hakikatnya. Aku boleh sahaja mencuri waktu yang semakin menyesak di Twitter, Facebook dan juga Google+ tetapi bukan di ruangan ini. Tambahan pula sejak tugasan semakin bertambah di pejabat. Kalau dahulu aku sibuk menjadi editor untuk satu majalah, sekarang aku bertanggungjawab untuk mengelolakan untuk sebuah lagi majalah. Percayalah, tugasan menyunting dua majalah dalam satu masa yang sama, bukan satu kerja yang mudah!

Namun begitu, aku terpaksa 'turun padang' untuk menyampaikan rasa kurang selesa dan kekecewaan terhadap sesetengah golongan manusia di Malaysia ini. Tidak dinafikan, Malaysia hari ini bukan lagi satu tempat yang selamat walaupun sesetengah pihak beria-ia mengatakan sebaliknya. Mungkin golongan ini mempunyai agenda tersendiri khususnya menjelang tahun melawat Malaysia tahun hadapan. Entahlah. Jika dipersoalkan tentang isu ini, masing-masing memberi jawapan bahawa kejadian rompakan, rogol, bunuh dan lain-lain jenayah sudah berlaku sejak berzaman-zaman lagi, cuma tiada sebaran seperti yang dapat kita lihat hari ini. Baiklah. Aku serahkan kepada kalian untuk menilai sendiri tanpa perlu disogok pendirian orang lain.

Jujurnya, adakah kalian berasa selamat setiap kali keluar dari rumah untuk mencari rezeki di setiap permulaan hari? Semestinya setiap kali keluar dari rumah, doa menjadi pengiring semoga kita dilindungi Allah. Dan sekiranya maut tiba, tiada yang dapat menahan. Persoalannya, adakah kita terlalu naif untuk menyalahkan segala-galanya kepada takdir? Baiklah. Aku biarkan siri persoalan ini tamat di sini. Fikirlah dengan akal sendiri tanpa perlu menjaga hati 'orang' lain!

Baru sahaja beberapa minggu lepas, aku terlibat dalam kemalangan dan entri ini bukanlah ruang untuk aku mengambil kesempatan menyalahkan orang lain. Pemandu itu melarikan diri tanpa sempat aku ambil nombor pendaftaran. Kalau aku buat laporan, tidak akan membawa apa-apa makna dan terpaksalah aku menanggung sendiri segala-galanya. Hmm. Tidak mengapalah. Syukurlah nyawa masih enggan meninggalkan tubuhku ini dan syukur juga, Malaysia masih aman. Aman untuk golongan seperti ini melakukan kerosakan? 

Dalam minggu ini sahaja, pelbagai kejadian jenayah yang berlaku dan rasanya tidak perlulah aku sisipkan berita-berita itu di sini bersertakan dengan gambar-gambar yang berkaitan. Kenapa? Bukankah ianya sudah tersebar luas? Kau, kau dan juga kau telah menyebarkannya hampir di semua tempat. Kes remaja mati dibunuh dan disimpan dalam beg, kes rompakan bank yang mengakibatkan seorang pegawai bank terkorban dan tidak kurang juga dengan kejadian membunuh secara rambang oleh pengikut ajaran sesat. Kalian sudah tahu semuanya, bukan? Jadi, adakah relevan untuk aku mengikut blog-blog lain dengan memaparkan kesemuanya di sini. Assalamualaikum... aku bukan jenis yang suka menarik orang ke ruang ini dengan perkara sebegini. Tetapi, tidak pula bermaksud aku tidak ambil peduli!

Terus terang, aku sangat kecewa dengan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar atau video-video yang berkaitan. Di manakah sensitiviti kalian sebagai seorang manusia? Apakah yang sebenarnya kalian dapat dengan menyebarkan semua ini? Pernah atau tidak kalian terfikir tengan perasaan mangsa atau keluarganya?

Apa dah jadi dengan rakyat Malaysia? Adakah kerana anda taksub dan celik IT membuatkan anda hilang rasa hormat sesama manusia dan hak peribadi orang lain? Contoh terdekat, kes rompakan yang mengorbankan seorang pegawai bank; Norazita Abu Talib. Bukan sahaja gambar, malah video yang dirakam CCTV tersebar luas. Adakah relevan kalian melakukan itu? Baiklah. Kalau alasannya untuk mengetahui wajah perompak agar dapat membantu pihak polis, kenapa perlu ditayangkan video kepada umum? Bukankah ia sepatutnya kekal di dalam simpanan polis untuk siasatan? 

Malaysia, sekurang-kurangnya hormatilah keluarga arwah. Tolong hentikan sebaran video dan gambar-gambar (kejadian) yang boleh mendatangkan aib. Cuba tempatkan kalian, keluarga atau kawan-kawan yang dikenali di tempat arwah. Mahukah kalian dijadikan 'tayangan' percuma ditonton khalayak? Sanggupkah kita dijadikan topik perbualan di setiap penjuru? Biarlah ia kekal dalam simpanan polis.

 Malaysia, sesungguhnya kalian terlalu ghairah menyebarkan sesuatu tanpa berfikir baik dan buruk atau relevankah penyebaran dan perkongsian itu. Mohon berfikir sejenak! Terima kasih.

Wahai bangsa manusia, perlukah dirayu begini?

Friday, October 4, 2013

Bukit Merah Lake Town Resort...destinasi eid tahun ini!

Bukit Merah Lake Town Resort Eid 2013
Bercerita tentang sambutan hari raya Aidilfitri yang lalu di kala umat Islam sedang menanti kedatangan hari raya Aidil Adha adalah sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai... TAK RELEVAN! Ya, aku akui bahawa entri kali ini langsung tak bertepatan. Apatah lagi membicarakan perkara yang sudah lama berlalu. Kalau makanan, sudah lama basi dan boleh mengakibatkan kejadian keracunan makanan yang boleh membawa kematian ( contoh : sitkom Teen Angel yang terkenal sekitar pertengahan 90-an dan terbaru, kes keracunan makanan di sebuah kenduri kahwin di bahagian utara Malaysia)

Baiklah, kembali semula kepada tujuan asal entri ini dibuka pada pagi Jumaat ini. Kalau kalian masih ingat, aku pernah menceritakan tentang hari pertama Aidilfitri beberapa hari yang lalu atau mungkin, beberapa minggu yang lalu dan yang pastinya, dalam tahun ini juga. Boleh dikatakan, entri ini adalah rentetan atau sambungan kepada entri Potret Famili...Syawal 1434. Sejurus kami selesai dengan sesi bergambar untuk kenangan di pagi raya, bergeraklah pula ke destinasi pilihan tahun ini. Bukit Merah. 

Sesi bermaaf-maafan di pagi hari raya. WAJIB!
Alahai, comelnya Miqha - maafkan kualiti gambar, mungkin jurukamera sedang menahan sebak!
Kebetulan, tahun ini giliran Ayuz beraya di Rawang. Along pula, beraya ke Taiping di kampung abang Zamri. Jadi, Along dan abang Zamri beri idea untuk beraya bersama-sama ke utara. Sementara mereka sekeluarga pulang beraya di kampung, kami (aku, abah, umi, Ayuz, Firdaus dan Aqasha bambam) berlibur di Bukit Merah. Bernas sungguh idea mereka! Betul tak? Ha ha ha.

Memulakan perjalanan ke utara pada hari raya pertama, tidak pernah pula menyangka bahawa kami akan tersekat dalam kesesakkan lalulintas. Itupun di lebuhraya. Menakjubkan. Mungkin benarlah seperti apa yang dikatakan abah, orang sekarang lebih suka balik kampung pagi raya. Kononnya nak mengelak tersekat dalam jalan yang sesak tapi hakikatnya, bila-bila masa pun akan sesak. Tak boleh nak elak. Ini sekaligus memperlihatkan kepada kita bahawa, ramai benar perantau di Kuala Lumpur. Benar atau tidak?

Sepanjang di perjalanan, pelbagai perkara yang berlaku (selain dari kemalangan). Ada yang lucu (kisah Aqasha yang terpaksa dicuci dahulu kerana melalui proses pembuangan sisa-sisa dalam badan), ada yang tamak (memandu kereta dengan makan dua-dua bahagian jalan) ada yang rakus (pemandu bas yang suka-suka berentap dengan kenderaan-kenderaan yang lain; macam Fast & Furious pun ada tapi ini versi Fast & Ridiculous) tapi aku pasti, tidak ada pakcik-pakcik yang dayus memandu kereta! Oppsss, maaf. Saya bukan bodoh (alahai, tersampuk virus isteri yoyo o' lah ni!).

pemandangan di Bukit Merah Lake Town Resort
Jalanraya di pagi hari raya tidak ubah seperti pemandu-pemandu yang tersampuk hantu raya dan sangat jelaslah, kenapa ramai terkorban ketika beraya! Faham? Masing-masing kembali bersatu dengan para sahabat abadi mereka, syaitan yang terkurung sebulan. Oh tidak, tolonglah jangan disalahkan syaitan. Kita ada pilihan untuk katakan tidak kepada mereka, bukan? Jadi, siapa yang sebenar-benarnya syaitan? Tak perlu jawab tapi fikirlah sendiri.

Disebabkan kisah ini dah berlaku agak lama dulu, agak relevan kalau aku katakan ada beberapa perkara yang aku kurang ingat dengan tepat (tanda-tanda penuaan sedang berlaku ya), kalau tidak silap kami sampai ke Bukit Merah Lake Town Resort sekitar pukul 6 petang dan hendak menempuh waktu maghrib. Ya. Betul. Aku ingat lagi, sebaik sampai, muncung Ayuz dah sampai sedepa sebab tak kesampaian terjun tiruk ke dalam kolam. Ha ha ha. Hanya mampu melambai ke kolam yang sedia ada di hotel. Kalau berlari sepantas Usain Bolt belum tentu dapat sampai ke taman tema air dan bermain, berseronok, berendam untuk masa yang lama. Kami redha! 

Hari pertama dihabiskan dengan berehat sepuas-puasnya. Along dan famili pula, pulang ke kampung yang tak jauh dari Bukit Merah ini. Terasa seperti anak-anak raja pula. Makan disediakan. Berlepak, bersantai, tidur dan makan! Bermain dengan si bambam Aqasha (aku panggil dia Mat Golek sebab selalu sangat tergolek tiba-tiba), mengelamun, bermenungan, berangan-angan dan bermalas-malasan. Di sini, semuanya jadi malas dan umi tidak berpeluang menjerit untuk marah-marahkan aku. Hehehe...

Keliru? Inilah Mat Golek... Aqasha bambam!
Firdaus, tak berapa sihat...
Mungkin inilah percutian yang aku dambakan. Berehat dan langsung tidak peduli untuk melakukan apa-apa pun. Macam lagu nyanyian Bruno Mars; The Lazy Song! Komputer riba yang aku bawa bersama langsung tidak tersentuh. Malah, novel tulisan Cecilia Ahern One Hundred Names dapat aku hadam untuk beberapa helai sahaja kerana ada agenda lain di dalam kepala otak aku. Berbeza dengan Ayuz yang sangat kelihatan rasa terkilannya tidak dapat ke taman tema air, aku menyembunyikannya tetapi dalam minda terbayang-bayang aku berbasahan dengan curahan air yang tiada henti! Sayangnya, itu semua tidak lama kerana Miqhail (kesayangan aku dan juga Mat Ketik) muncul bersama makanan. Miqhail tinggal bersama kami dan tidak tidur di rumah atuknya. Mana boleh dia berpisah dengan Angah, kan?

I love you, always and forever Miqha!
Perasaan terkilan semalam yang mengurung minda masing-masing, ditebus dengan segera. Apa tidaknya, kami sekeluarga (kecuali abah dan umi dibiarkan berehat dalam hotel) terpacak di taman tema seawal 8.30 pagi. Malangnya, taman tema hanya akan dibuka selepas pukul 10 pagi!Aduh, terpaksalah memakai 'topeng' keterujaan walaupun dalam hati rasa seperti mahu dibakar sahaja papan tanda itu! Kenapa pukul 10? Bukankah lebih relevan kalau dibuka lebih awal? Kenapa? Kenapa? Ah, soalan itu pastinya tidak akan berjawab.
Maaf, kami bukan datang untuk Orang Utan!
Mysarah aka Nine/Minah Garang dah macam Ziana Zain angkat kening!
Inilah barisan kita, tak sabar berendam...
Kepala paipnya besar tapi air yang keluar? Alahai.
tiba-tiba teringat lagu yang Along nyanyi masa kecik...
Tak, kami tidak tidur di sini...kalau iya pun, tak dapat tidur! Seram
jamu mata...
Apa ni?
Alang-alang sudah datang awal, kami bergeraklah meronda-ronda sekitar taman tema ini. Kononnya nak mengurangkan 'keterujaan'. Masing-masing ambil peluang ini bergambar sakan. Paling menyeronokkan apabila melihat anak-anak buah aku berlari ke sana ke mari kegembiraan. Senyuman mereka sudah cukup buatkan kemarahan di hati berkurangan hingga tidak tersedar masa berlalu pantas. Sebaik sahaja rantai dibuka, berlari-lari kecomelanlah kami menuju ke kolam. Apa yang terjadi selepas itu, tidak perlu aku ceritakan dengan lebih lanjut kerana kalian tidak bisa memahami keseronokannya melainkan ada di sini bersama-sama!
Aqasha dan bondanya...
Alahai, comelnya Aqasha bambam!
Oh tidak, ini bukan waris den... - Mierza
Mano eh warih den ni???
Ini warih den!!!Sama tapi tak serupa ya...
Ambik kau, ambik... - Miqha & Mierza bergaduh dengan air!
Pasti ada sesuatu, dalam fikirannya - Miqhail
Pasti ada yang dia mahu... - Mierza
Pasti dia mahu katakan sesuatu - Aqasha
Betul tak sangkaan aku? Hahaha
Si Mierza mengikut si abang....
eh, mano warih den??? Tadi ado...
Kau cakap je, sekarang jugak aku rempuh! - Aku
Abang tinggalkan Mierza sorang-sorang!!! Sampai hati - Mierza
Maaf Mierza, abang kena isi tangki sebelum beraksi - Miqhail
Ok, alasan relevan... - Rooney dan Giggs Malaysia! Hahaha
Adakalanya, kata-kata tidak dapat menggambarkan dengan tepat perasaan sebenar yang ada dalam dada masing-masing. Cara yang tepat, perkongsian pengalaman menerusi gambar-gambar yang sempat dilestarikan oleh lensa kamera dua jurukamera (profesional atau amatur, kalian adili sendiri ya!). Dalam perkataan yang sangat mudah difahami semua tetapi boleh diinterpretasikan dalam banyak makna; BAHAGIA!
Hailah anak-anak buahku... Miqhail & Mierza!
Cepat Miqha 'coverline', mama nak main air ni! - Along
Kat sana pun jadilah Miqhail... jom! - Along
fuh, nasib baik si Mysarah bekerjasama. Coverline untuk Angah!
Cheh, tak membantu langsung...malu den! - Aku
Kegemaran Miqhail! Elephant...
Siapa yang nak naik ni? Angah ke Miqha? - Ayuz
and mama, adik tak nak mandi OK? - Mierza / sedapnya jari ni - Mysarah
Kami dah basah, cukup syarat... OK? - Mysarah
Yippie, tak payah mandi lagi! - Mysarah
Penyu ni boleh bawak pergi jumpa wan & atuk kat hotel - Ayuz
Tak payah menipu budak ayang - Firdaus
Besarnya mata dia... gerun! - Aqasha
Fuh, selamat... mana boleh penyu tu bergerak? - Miqhail
bawa aku terbang... - abang Zamri
Aik, papa aku ke tu? Aduh... penyu tak terbanglah! - Miqhail
Ini semua kerja gila mama, jom kita balik! - Mysarah
ini makan dia, suka-suka ajak orang balik cepat! - Along
longkang ini bakal 'memuntahkan'...
Kali pertama dan yang terakhir, OK! - Aku
Tapi bukan untuk mereka berdua... Firdaus dan abang Zamri
Muka bangga masing-masing!
dan bukan yang terakhir untuk Ayuz juga...
Apalah nasib aku ni? - Aqasha
Tidur...tidur...tidur, biar lepas seksa aku... - Aqasha
Buat muka blur cukup, tak payah tipu-tipu tidur - Mierza
takpun, cuci dinding kolam ni... takde orang kacau! - Mierza
Umi, abah makan dulu... Mysarah tengah syok main air ni - Along
tak cukup lagi tu... - Abang Zamri

Tak syok... kena cuba yang lagi tinggi ni - Abang Zamri
Siapakah ini???
Habis rambut I - Firdaus
Awat tak syok ni? Kena buat lagi tinggi, baru syok! - Abang Zamri
Pelampung. Keselamatan. Boleh diterima - Mierza
Syok juga main air ni ya? - Mierza
Tidur, tidur, tidur... masih belum selamat lagi ni! - Aqasha
Belum habis lagi ke? Letih aku tidur ni! - Aqasha
Asyik dok belakang kamera, mehlah berdiri sebelah - Along
Iyelah, meh pose. Sarah, kamera bukan kat belakang - Abang Zamri
Selamat Hari Raya....
Yeah, akhirnya....kini bebas! - Mierza
Daaaa...raya tahun depan, jumpa lagi. Lain tempat pula ya! - Mierza
* disebabkan terlalu syok bermain air, kami terlajak waktu check out untuk sejam. Hehehe... apa-apa pun, seronok sangat. Lebih seronok, kalau umi dan abah sama-sama bermandi-manda dengan kami.