Di Ulu Yam...
Waktu zaman kanak-kanak dahulu, antara destinasi yang seringkali jadi kunjungan aku dan famili semestinya Ulu Yam. Setiap kali hujung minggu, di sinilah kami sekeluarga menghabiskan masa. Malah, pertama kali aku pegang stereng (pandu kereta) pun di sini. Kalau tak silap, waktu itu aku baru saja tingkatan 3. Hahaha. Abah memang suka ajar kami (Along dan aku) pandu kereta. Ayuz dan umi pula, bermandi-manda di sungai. Itu semuanya kenangan sebab sekarang, dah jarang mandi di sungai apatah lagi, berkelah. Hmm.
Entah macam mana, tanpa apa-apa perancangan awal, untuk sekian kalinya, Ulu Yam sekali lagi dijejaki. Tujuan utama ke Selayang, membeli barang-barang persiapan untuk majlis perkahwinan Ayuz. Sudah terlanjur ke sini, Ayuz cadangkan agar kami rehat-rehat di Ulu Yam. Maklumlah, dah lama benar tak pergi ke Ulu Yam. Bukan tak pernah pergi. Selalu juga kami jalan-jalan di sini, tapi tidak pernah ada kesempatan singgah dan menghabiskan masa.
Sebelum pergi, singgah sebentar di Selayang Segar. Beli makanan untuk makan tengah hari, buat bekalan. Hihihi. Inilah namanya berkelah. Berkelah tanpa perancangan awal. Seronok juga. Tak sangka pula, memang ramai orang di kawasan ini. Bukan setakat orang muda (pasangan bercinta) bahkan, famili dan orang-orang memancing pun ada. Alhamdulillah. Berselera sungguh makan tengah hari bertemankan pemandangan yang indah, tenang dan mendamaikan.
Selesai makan, Ayuz buat kerja gila. Apalagi kalau bukan, menangkap beberapa keping gambar. Wah... masa inilah peluang untuk aku mengasah skill tangkap gambar. Entah elok atau pun tidak, aku tak berhak mengadilinya sendiri. Apa pendapat kalian? Elok atau tidak? Hihihi...