Sunday, February 19, 2012

Berbicara dengan dia...



Pernah di satu hari, waktu aku bertugas di luar ada seseorang ajak makan tengah hari bersama.
Aku tolak sebab kebetulan sedang berpuasa sunat. Dia pelik (dia di sini bukan ISLAM) dan mula
tanya soalan demi soalan.

DIA : Kenapa you puasa hari ni?
AKU : Puasa sunat, tak diwajibkan. Kalau buat dapat bonus, tak buat tak dapat apa-apa.
DIA : Bonus, siapa bagi?
AKU : Bonus tu, pahala. Tabungan. Tambah nilai.
DIA : Bukan dapat beli apa-apa pun dengan pahala.
AKU : Sekarang tak ada apa-apa, tapi untuk simpanan masa depan.
DIA : You puasa, you pakai tudung, tutup semua ni. Tak panas?
AKU : Tak pun, rasa lebih selesa sebab cahaya tak kena terus pada kulit.
DIA : Jangan tipu, tak rimas?
AKU : Kenapa pula saya tipu?
DIA : I berkot dan bertali leher ni pun dah panas. Melekit.
AKU : Saya dah terbiasa. Lagi pun, rasa selamat.
DIA : Selamat? Pakai macam ni, selamat?
AKU : Sangat selamat.
DIA : Kenapa ISLAM suruh tutup aurat. Buat apa sembunyikan badan yang cantik?
AKU : Cantik? Kalau cantik, you nak simpan atau you nak beri pada orang lain?
DIA : Kongsi, barulah syok...
AKU : You suka kongsi milik dengan orang lain. Hmmm. Isteri juga?
DIA : Alah, bukannya orang lain boleh buat apa-apa. Tengok saja. I bangga ada bini cantik.
AKU : Apa yang orang lain fikir, tak sama dengan apa yang you nak. Kalau kecantikan isteri you buatkan orang mahukan isteri you, macam mana?
DIA : Tak mungkin terjadilah.
AKU : Macam saya cakap tadi, bukan apa you fikir sama dengan apa yang orang lain nak. Luar nampak baik, dalam siapa tahu? Sebab itulah, Allah suruh tutup aurat bagi menjaga kehormatan wanita dan elak perkara buruk terjadi.
DIA : Orang pakai tutup-tutup pun, kena rogol. You cakap apa ni?
AKU : You pernah tengok orang mencuri?
DIA : Tak pernah, i bukan pencuri.
AKU : Saya tak cakap you pencuri. Okay, pencuri selalunya mencuri di tempat yang senang.
DIA : Mana you tahu? You mencuri ya?
AKU : Saya selalu membaca, itulah gunanya membaca.
DIA : So, kenapa dengan pencuri tu?
AKU : Rumah mana yang lebih senang pencuri nak masuk? Yang terbuka atau berkunci?
DIA : Bodohlah soalan you, mestilah yang tak berkunci. Sebab itulah I ada jual set alarm ni.
AKU : Kenapa you nak I beli set alarm ni?
DIA : Boleh jaga keselamatan rumah. You tidur atau tinggalkan rumah pun tak payah risau.
AKU : (senyum)
DIA : You senyum, kenapa?
AKU : Samalah dengan tutup aurat tadi. Saya tak payah risau, sebab keselamatan saya terjamin.
DIA : Cheh, mana boleh you samakan set alarm I dengan tutup aurat you. Orang pakai macam you ni pun ada yang kena rogol tau!
AKU : Macam pencuri, walau macam mana hebat set alarm you ni... kalau pencuri tu tetap nak merompak, dia rompak juga. Yang penting, dengan set alarm, kebarangkalian untuk orang mencuri taklah tinggi berbanding rumah tak berkunci. Sama juga halnya dengan orang yang berpakaian lengkap dan bertudung dirogol. Sekurang-kurangnya, dia menjaga diri. Tapi, kalau masih ada yang merogol itu masalah pada perogol.
DIA : Tak. set alarm I, gerenti tak ada orang masuk rompak punya!
AKU : Okay, kalau saya berdiri di sebelah perempuan berskirt pendek, baju tanpa lengan, rambut beralun ditiup angin, you nak pandang siapa?
DIA : Dua-dua pun I pandang, sebab you sudah tutup mata I! Hahaha.
AKU : Betul?
DIA : Mestilah saya tengok perempuan satu lagi. Lagipun I sudah tengok you, tiap-tiap hari!
AKU : Kenapa?
DIA : Tak menarik, apa-apa pun tak nampak. Buat sakit hati je.
AKU : Di situlah, saya dah selamat. Selamat dari memberi dosa dan selamat menjaga diri.
DIA : Dosa? Tengok pun dosa? Rambut pun dosa? Teruknya.
AKU : Wanita ini, dari hujung kaki sehinggalah hujung rambut, boleh buat orang telan air liur. Betul tak?
DIA : Bini I pun suka main rambut dia...
AKU : You suka tengok?
DIA : Tak tahan. Kalau I teringat kat dia di office ni, boleh liquid dream. So, I tak bagi dia buat dekat public.
AKU : You suami, tak salah rasa macam tu. Apa pulak kalau orang lain yang rasa macam tu?
DIA : Gila? Carilah isteri sendiri atau perempuan lain.
AKU : Jadi, sekarang dah faham kenapa ISLAM suruh perempuan tutup aurat?
DIA : Masuk akal, tapi...
AKU : Tapi?
DIA : Kenapa ramai yang tak tutup aurat?
AKU : Manusia suka langgar peraturan, bukan? Samalah macam you, sepatutnya you tak boleh langgar lampu merah tapi buat juga. Kalau ikut peraturan, you cakap orang tu BODOH!
DIA : Hmmm. Betul. Manusia sangat bodoh. Ada peraturanlah tak ada kemalangan.
AKU : Siapa bodoh?
DIA : I... you menanglah. I yang bodoh!
AKU : (senyum dan gelak sendirian)




* Apa juga pendapat DIA selepas ini, terserah. Yang penting, aku sudah cuba menjelaskan dengan ayat mudah untuk dia faham dan tahu kenapa Allah menyuruh umatnya menutup aurat. Sebagai umat Islam, kita bertanggungjawab memberi penjelasan dan bukan mengutuk hukum Allah. Kalau kita sendiri, mengadu pada mereka tentang ISLAM itu susah, menyeksakan, mereka akan pandang lebih buruk dari apa yang kita rasa. Tanya balik pada diri, benarkah kita ini Islam atau Islam hanya pada Kad Pengenalan dan nama?

Tuesday, February 14, 2012

Happy Valentine Day...





Assalamualaikum. Hah, memang betullah tu. Agak lama aku diam. Bukan tak ada perkara nak disembangkan tetapi aku sangat sibuk. SIBUK. Bak kata orang-orang berkefahaman Inggeris, 'went on hiatus' (AMBIK KAU!). Hari ini pun aku sibuk. Namun disebabkan mata nak bernanah membaca macam-macam komen tentang Valentine memaksa aku buat entri ini.

Aku dah pernah cerita tentang apa itu Valentine Day. Apa? Hari Kekasihlah! BANYAK KAU PUNYA HARI KEKASIH... MAULIDUR RASUL yang lepas, ada tak kalian sambut? Sekarang, konon nak membudaya MELAYUKAN hari Valentine, dialihkanlah bahasa jadi Hari Kekasih. Lebih seronok bila aku terbaca, ada komen-komen bising macam nyamuk (ala-ala dalam iklan perosak. Kalau suami isteri bergaduh tak apa, tapi kalau bunyi nyamuk... macam nak kiamat!) dari orang bukan Islam. Mencemuh tentang HARAM umat Islam sambut Hari Kekasih. Kenapa pula mereka yang bising? Kalau rasanya nak sambut, kalian sambutlah. Kenapa perlu persoalkan akidah Islam. Haih, adakah ini penangan 1Malaysia, 1Budaya, 1Agama? JAWAB!



Apa-apa pun, aku malas nak layan. Kira dah cukuplah dengan apa yang aku buat. Jadi, kepada yang dicemuh kerana menegur HARAM sambut Valentine's Day atau Hari Kekasih. Berdiam sajalah. Tak guna bercakap dengan orang yang nyata sesat. Kita dah sampai di akhir zaman. Kalau boleh ditegur, tegurlah. Sekurang-kurangnya kita tak bersubahat dan sudah jalankan tanggungjawab sebagai saudara seIslam. Tapi, kalau ada yang berhujah panjang, cakap itu dan ini. Mengagungkan si Valentine tu, biarkanlah. Padang mahsyar nanti, biar si Valentine yang bantu dia meniti Sirat-al-Mustaqim! Biarkan, biarkan. Semoga kita jangan tergolong dalam mereka yang sesat lagi menyesatkan. Insya-allah. Amin.



* Walau aku belum bersuami, tapi aku sokong sambutan Hari Suami & Isteri daripada Hari Kekasih. Ada yang tanya, apa bezanya Hari Suami & Isteri dan Hari Kekasih? Hmmm. Sah-sah orang yang tanya ni, otaknya tak siap. Tapi ada juga yang beritahu pada aku (golongan PUAN-PUAN Ya!) Shai, HARI-HARI PUN HARI SUAMI DAN ISTERI. Hehehehe. TERBAIK!