Romibaiduri Zahar KEDUA?

Agak terkejut.

Al-kisahnya, saja-saja menaip nama sendiri di carian Google. Tak sangka pula, terjumpa dua akaun palsu yang didaftarkan atas nama Romibaiduri Zahar. Akulah tu! Haih, tak boleh jadi ni. Bila masa pula aku berdaftar dalam banyak-banyak laman sosial. Itu pun nama yang tak pernah aku tahu WUJUD!

Plurk dan Jerk!
Tahun 2009? Baru hari ini aku tahu ada laman sosial nama PLURK!
Gambar aku, tapi aku tak bangang daftar JERK?
Siapa copet gambar aku?

Sangat melampau. Siapakah yang punya angkara? Kalau nak mendajalkan orang, carilah yang glamor dan popular. Yang buat nama aku, kenapa? Orang tak kenal pun. Nasib baiklah tak ada perkara-perkara yang sensitif tercatat atas dua akaun ni. Kalau tak, siapa nak jawab? Tak pasal-pasal, aku kena heret ke mahkamah. Lagi bertambah teruk, kalau ada yang buat musibah dengan guna nama aku. Fitnah!

Apa-apa pun, ada rakan yang cakap, mungkin ia terjadi angkara 'hacker' menerusi spam! 

Saudara penggodam, tolonglah nyah-aktifkan akaun itu ya. Gunalah nama dan wajah sendiri. Tak payahlah buang masa, guna orang lain punya. 

* mana tahu, mungkin kalian juga adalah mangsa seperti aku. Rajin-rajinlah buat semakan dan carian ya!

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku