Cermin Diri... Munafik

Diambil dari Bila Jejariku Mula Menari
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w (صلى الله عليه و سل) bersabda:

"Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu;
Jikalau berkata dia berdusta,
Jikalau berjanji dia tidak menepati janjinya, dan
Jika diberi amanah dia akan berkhianat."
(HR Bukhari dan Muslim)

Munafik bukanlah satu perkataan yang asing khususnya untuk umat Islam. Muncul beberapa kali dalam Al-Quran diikuti ertinya. Kalau ditafsirkan dari sudut bahasa (seperti yang termaktub dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat) 
1. Orang yang pada zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya tidak beriman
2. Orang yang amalan dan hatinya bertentang dengan apa yang diperkatakannya; kemunafikan perihal munafik, sifat munafik. 

Dalam erti kata yang mudah, masyarakat menganggap munafik adalah hipokrit. (Perlu terangkan maksud hipokrit? Semak kamus, jangan malas!)
Menurut Islam, golongan munafik ini bolehlah dianggap sebagai musuh dalam selimut dan duri dalam daging. Kehidupan sehariannya didalangi kepura-puraan. Penampilan mematuhi syarak Islam tetapi dalam diam dia menidakkan tuntutan Allah dan rasul. Malah, setiap kata-kata dan janji-janjinya tidak pernah ditepati. Tidak kiralah dalam beribadat mahupun kehidupan sehari-hari. Amanah yang diberikan pula, dikhianati. Lebih jelas lagi apabila seseorang mengaku bahawa dirinya Islam, mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah tetapi memperkecilkan segala hukum-Nya. Menolak dan ingkar perintah, sebaliknya melakukan segala larangan. Jadi, pernahkah kalian berjumpa dengan orang sebegini. 

Ertinya :

1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
2. Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
3. (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

Sebenarnya, manusia-manusia munafik ini berada di sekitar kita sahaja. Bukan susah untuk kita mengenali mereka. Tidak juga susah untuk kita mengelak dari menjadi sebahagian mereka. Tunggu dulu, sebelum sempat menganalisa orang-orang sekeliling, yakinkah bahawa diri kita tidak tergolong dalam golongan munafik?

Menuding jari ke arah lain, adalah perbuatan dan juga kelemahan setiap manusia. Enggan mengukur dan menilai diri sendiri tetapi lebih cenderung menuduh dan mengadili orang lain. Apakah kita yakin tidak pernah melakukan sedikit pun kepura-puraan? Yakin? Tahukah kalian, apa perbuatan-perbuatan orang munafik? Kalau tidak tahu, bagaimana boleh yakin yang kita tidak pernah melakukan kepura-puraan. 

Kebetulan, beberapa hari kebelakangan ini aku terbaca beberapa maklumat dan informasi yang boleh dikatakan berguna untuk seluruh umat Islam. Sebagaimana orang lain, aku juga sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri. Bukan hanya dari sudut ilmu, perkembangan semasa kerana apa yang penting adalah dari sudut akidah. Itu yang perlu diberatkan lebih sedikit berbanding hal-hal lain.

Hasil pencarian dan pembacaan telah menemukan aku dengan beberapa artikel menarik tentang Munafik. Di sini ingin aku kongsikan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca laman blog aku ini. Jadi, di bawah ini ada 50 tanda orang munafik. Sama-sama kita semak;


1.  Malas Beribadah Kepada Allah subhana wa ta'ala
2.  Lupa Kepada  Allah subhana wa ta'ala
3.  Melalaikan Solat Fardhu
4.  Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.  Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.  Meninggalkan Solat Jumaat
7.  Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.  Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.  Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10. Mengamalkan Riak
11. Hasad Dengki
12. Dusta
13. Mungkir Janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci Maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19. Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20. Mempersenda Kesucian Agama
21. Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22. Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24. Menangguh Pembayaran Hutang
25. Menipu Dalam Jual Beli
26. Ghasab (Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28. Memakan Harta Anak Yatim
29. Membuka Rahsia Orang Lain
30. Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t  Apabila Melakukan Dosa
31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32. Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34. Bermuka Dua
35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36. Sombong Di Antara Sesama Manusia
37. Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42. Mengkhianati Sesuatu Amanah
43. Memutuskan Silaturrahim
44. Memecah-belahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45. Menghalalkan Perkara Yang Haram
46. Membuat Kerosakan Di Muka Bumi
47. Menuduh Orang Beriman Bodoh
48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50. Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.

Jika pernah melakukan antara 50 perbuatan ini, sudah tiba masa untuk mengubah diri. Dahulu, kita jahil kerana tidak mengetahuinya. Semoga Allah mengampuni segala kesalahan yang pernah kita lakukan. Sesungguhnya setiap kesalahan dan kerosakan dilakukan di bumi Allah pasti diberikan balasan.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku