Cukup Sekali...

Malas fikir. Berat mulut nak bercakap. Meluat mata memandang. Perkara yang terbaik, diam.

Diam, menghindar diri dari melakukan banyak perkara yang tidak berfaedah. Kadang-kadang dengan percakapan kita mengundang dosa. Bukanlah nak menunjuk diri ini baik. Sebaliknya, kerana diri ini masih terlalu banyak kelompanganlah membuatkan aku, mengawal perbuatan yang boleh aku kawal.

Mengeluh memperlihatkan kelemahan. Merungut pula hanya membuatkan hati bertambah sakit. Diam. Berdiam adalah perkara yang baik untuk menghindar dari segala masalah. Jadi, aku sudah tidak mahu berfikir mahupun mendengar. Lebih baik senyap. Betul tak?

Cukup sekali terpedaya, kalau terus membiarkan diri terdedah kepada kesalahan sama, yang harus dipersalahkan adalah aku sendiri dan bukannya orang lain. Jadi, aku nekad ambil keputusan ini. Lebih baik kekal berdiam. Aku fobia dan dilanda paranoia. Satu lagi perkara yang aku pelajari. Dia bukanlah manusia yang layak dipercayai. Peluang untuk aku cuba melupakan kisah lalu, terbangkit dengan kesalahan yang berulang. Bodohlah aku kalau terus percaya. Amat bodohlah aku kalau membenarkan diri diperdaya. Diperdaya si putar belit, lidah bercabang bak ular. Adios!

* Dia bertanya, apa kesalahannya kali ini..."fikirlah sendiri. Dah pandai buat salah, buat-buat muka tak bersalah pula? RAJA DRAMA sungguh!"

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku