Terima kasih
Kepada semua sahabat, teman-teman, kawan-kawan dan juga kenalan yang berjaya menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka semalam, saya ucapkan jutaan terima kasih.
Kehadiran anda benar-benar bermakna kerana bukan sahaja memeriahkan lagi suasana malah turut membantu saya memenuhi nazar yang telah dipasang sejak awal lagi.
Terima kasih sekali lagi terutamanya kepada mereka yang hadir di atas jemputan saya:
Kak Afna dan famili
(sedih sebab tak dapat nak bermain-main dengan Zahra)
Saiful - Epul
(terubat rindu pada geng2 penulisan bila nampak dia)
Jiha dan pakcik Baha
(tahniah dik, berjaya jugak redah Rawang)
Fatimah Sri Anas Puteri @ Timah
(masih tak puas duduk bersembang...)
Faizal dan tunang
(maaf kalau ada terkasar, maklumlah lupa diri jumpa kawan lama)
Roshaidah
(terubat juga rindu, tapi masih tak puas!)
Mr Lee Chee Hock dan famili
(jutaan terima kasih sebab datang dan sanggup tunda majlis hari lahir anak-anak kembarnya)
Kak Umaira Dzulwidad dan keluarga
(tak puas lagi nak borak-borak dan bermain dengan Umaira Jr yang lasak dan comel tu!)
Kak Qaseh Qaisara dan keluarga
(saya tak akan lupa pesan akak sebelum kita berpisah semalam... terharu saya dibuatnya!)
Kalau nak ikutkan, mahu saja letak gambar-gambar semasa majlis berlangsung. Apakan daya, mungkin tiada jodoh dan rezeki. Kamera digital yang selama ini gagah terkulai layu semalam. Ada antara imej dan memori yang tersimpan gagal diselamatkan. Mungkin boleh diselamatkan dan akan mengambil sedikit masa. Jadi, gambar-gambar itu akan dipaparkan di blog sebaik masalah selesai kelak.
Majlis rumah terbuka 2009 yang sepatutnya berakhir pukul 6 petang, berlanjutan sehingga pukul 10 malam dengan tetamu terakhir yang meninggalkan kawasan rumah, Mak Ngah dan anak-anak. Alhamdulillah, juadah yang disediakan habis dan tidak berlaku sebarang pembaziran seperti yang pernah terjadi tahun lepas.
Walaupun kepenatan semalam masih lagi berbaki tapi itu semua tak menjadi hal kerana apa yang penting rezeki yang dikurniakan oleh Allah berjaya juga dikongsi bersama-sama. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang berjaya mencari kesempatan untuk meluangkan masa bersama saya dan famili. Tahun depan, janganlah serik datang lagi.
Sekalung budi dan ucapan terima kasih ditujukan juga kepada dik Firdaus yang sanggup meluangkan masa, bersama-sama melayan tetamu dan menyediakan air minuman yang paling sedap. Pasangan encik Man dan cik Tini beserta kedua-dua puteri Ija dan Ina yang bertungkus lumus menyediakan hidangan makanan (kepak ayam dan satay), insya-Allah tahun depan kalau ada rezeki kontrak sambung lagi (gurau ya!)
Terima kasih kepada nenek juga kerana masih berkesempatan menyediakan nasi ayam. Juga tentu sekali familiku, abah, umi, along dan ayuz (terutama sekali umi dan ayuz kerana menyediakan mee kari yang sememangnya sedap). Cuma kesian tengok Miqhail yang tak dapat merasakan kemeriahan rumah terbuka sebab tak sihat. Demam.
Sebelum mengakhiri entri ini, saya selaku tuan rumah ingin memohon maaf sekiranya terkurang layanan dan tidak dapat bersembang lama-lama semalam.
* Kepada mereka yang tidak berjaya menghadirkan diri, terima kasih kerana sekurang-kurangnya rezeki yang disediakan untuk kalian dapat dinikmati oleh orang lain. Semoga Allah merestui dan memberkati kalian semua. Wallahualam.
Kepada mereka yang diam seribu bahasa, terima kasih juga kerana baik hati tidak memenuhkan inbox telefon bimbit dan yang sengaja tak datang, Insya-Allah tahun depan saya tak ajak lagi.
Sesi fotografi...Majlis rumah terbuka 2009 yang sepatutnya berakhir pukul 6 petang, berlanjutan sehingga pukul 10 malam dengan tetamu terakhir yang meninggalkan kawasan rumah, Mak Ngah dan anak-anak. Alhamdulillah, juadah yang disediakan habis dan tidak berlaku sebarang pembaziran seperti yang pernah terjadi tahun lepas.
Walaupun kepenatan semalam masih lagi berbaki tapi itu semua tak menjadi hal kerana apa yang penting rezeki yang dikurniakan oleh Allah berjaya juga dikongsi bersama-sama. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang berjaya mencari kesempatan untuk meluangkan masa bersama saya dan famili. Tahun depan, janganlah serik datang lagi.
Sekalung budi dan ucapan terima kasih ditujukan juga kepada dik Firdaus yang sanggup meluangkan masa, bersama-sama melayan tetamu dan menyediakan air minuman yang paling sedap. Pasangan encik Man dan cik Tini beserta kedua-dua puteri Ija dan Ina yang bertungkus lumus menyediakan hidangan makanan (kepak ayam dan satay), insya-Allah tahun depan kalau ada rezeki kontrak sambung lagi (gurau ya!)
Terima kasih kepada nenek juga kerana masih berkesempatan menyediakan nasi ayam. Juga tentu sekali familiku, abah, umi, along dan ayuz (terutama sekali umi dan ayuz kerana menyediakan mee kari yang sememangnya sedap). Cuma kesian tengok Miqhail yang tak dapat merasakan kemeriahan rumah terbuka sebab tak sihat. Demam.
Sebelum mengakhiri entri ini, saya selaku tuan rumah ingin memohon maaf sekiranya terkurang layanan dan tidak dapat bersembang lama-lama semalam.
* Kepada mereka yang tidak berjaya menghadirkan diri, terima kasih kerana sekurang-kurangnya rezeki yang disediakan untuk kalian dapat dinikmati oleh orang lain. Semoga Allah merestui dan memberkati kalian semua. Wallahualam.
Kepada mereka yang diam seribu bahasa, terima kasih juga kerana baik hati tidak memenuhkan inbox telefon bimbit dan yang sengaja tak datang, Insya-Allah tahun depan saya tak ajak lagi.
Kepingan Kenangan...
Tak sangka, dah 18 tahun kami berkawan
harap berkekalan hendaknya...
Aku, Faizal dan Roshaidah
Jiha, Timah... dan di belakang tu pulak
famili Mr Lee (ketua editor Kar HiFi)
Yang selalu ada... Jiha dan Timah
Ayuz... paling rajin