06:16 ... 7.7 magnitud, bumi semakin uzur
Perkara pertama sebaik sahaja aku jejak kaki melangkah masuk ke rumah ialah berlari menuju ke arah abah yang kebetulan sedang duduk bersila memerhatikan si Miqhail yang leka bermain sendirian. Aku terus memeluk abah kuat-kuat seakan tak mahu lepas.
"Kenapa kau ni? Mesti ada benda tak kena ni," kata abah tenang dan tak membalas pelukanku. Tapi tak pula dia menepis pelukanku dan membiarkan saja aku terus memeluk erat.
"Sayang abah," sambil melepaskan sesak tangis yang ku tahan sepanjang 1 setengah jam berada dalam lindungan Romi, kesatria pujaanku.
"Ada bendalah ni, kalau tak kau tak macam ni," usiknya nakal.
"Tadi pejabat bergoyang, kuat sangat. Izan takut tak sempat jumpa abah dan umi," kataku pula seraya melepaskan pelukan.
Aku tengok muka abah. Jelas kerisauan terserlah di setiap inci wajahnya.
"Bangunan pejabat kau tak bagus ke, sampai bergoyang pulak?" soal abah, kali ini Miqhail sudah mula merangkak menghampiriku.
"Tadi masa perjalanan balik, editor Izan bagitahu yang ada gempa bumi di Sumatera pukul 6:16. Mula-mula dia tak percaya cakap Izan dengan Man yang kata rasa pejabat bergoyang. Dia suruh tengok melalui air dalam botol, tak berkocak pun," aduku sepuas-puasnya.
"Mula-mula Izan rasa meja dengan pc bergoyang. Masa tu Izan tak endahkan sangat sebab Izan fikir mungkin sebab Izan duduk tersentak sangat ke meja. Mungkin badan Izan yang bergoyang -goyang ikut pernafasan Izan, dan badan berlaga-laga ke dinding meja. Tak pun memang Izan pening-pening sebab tak dapat fikir cara nak mencantikkan ayat dalam artikel yang sedang Izan buat. Jadi, Izan tolak kerusi ke belakang, tapi goyang lebih kuat. Kebetulan Man pandang Izan, Izan pun pandang dia," ceritaku dalam satu nafas. Abah tekun mendengar.
"Man cakap, kau rasa tak apa yang aku rasa? Izan jawablah, bergoyangkan? Lepas tu, serentak Izan dengan Man bangun dari kerusi. Editor tanya, you all kenapa? Kita orang cakaplah, bangunan ini bergoyanglah. Tapi abah, dia tak nak percaya dan kata kalau bergoyang mesti ada tanda. Lagipun tak ada orang yang lari keluar dari bangunan. Izan tak puas hati, Izan lari bersandar kat dinding. Memang bergoyang. Lepas tu Man cakap yang itu cuma imaginasi Izan aje. Tak! Mana mungkin? Kalau imaginasi sendiri, macam mana dia boleh rasa tadi. Betul tak abah?" habis segala-galanya aku luahkan.
Gegaran gempa Padang terasa sampai Malaysia... (KOSMO!)
Para pekerja di bangunan tinggi bergegas menyelamatkan diri. Aku?
(Gambar KOSMO!)
Abah tak mengangguk atau menggeleng. Miqhail pula yang tadinya mengusik-usik aku minta didukung sudah berpaling. Merajuk sebab aku sibuk bercerita sampai tak sempat nak melayan dia dan peluk cium dia seperti hari-hari yang lepas.
"Ni, anak buah kau dah merajuk. Baik kau pujuk nanti menangis tak henti," kata abah, sambil menyerahkan Miqhail dalam ribaanku. Memang benar dia merajuk. Sengaja mengeraskan diri. Aku senyum dan seperti biasa aku mendukung dan terus mendakapnya sekuat-kuat hati.
"Mak Ngah sayang sangat kat Miqhail. Maaf ya, sayang. Mak Ngah takut tak sempat balik dan peluk cium kau," kataku sambil mengusap-usap rambutnya.
Miqhail seakan faham terus mendakap aku dengan kuat. Kemudian mula mencium pipiku seperti biasa. Mulutnya pun bising, seperti sedang cuba menyampaikan sesuatu. Kedua-dua tapak tangannya yang kecil itu diletakkan ke pipiku yang agak gebu ini. Lantas dia menemukan dahinya ke dahiku. Sungguh anak kecil ini memahamiku. Tenang kurasakan, seakan dia menyerap ketakutan yang menyelubungi aku sebentar tadi.
"Apa-apa yang jadi Izan, kau ingat... doa dan minta pada Allah lindungi diriku dari segala kecelakaan. Insya-Allah, Allah selalu bersama-sama orang yang selalu mengingati-Nya" pesan abah, tepat memandang ke dalam anak mataku.
Beberapa minit kemudian, barulah Umi muncul dari dapur. Dia baru saja selesai mandi. Aku meletakkan Miqhail ke pangkuan abah semula lantas berlari mendapatkan umi. Kali ini, aku memeluk umi pula. Kuat dan erat, sebagaimana yang aku buat pada abah tadi.
"Sayang umi," kataku dan satu ciuman hinggap ke pipinya yang masih basah.
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba peluk orang!" bentak umi, sedikit marah.
Aku senyum dan menarik badanku ke belakang. Yang penting, aku sudah laksanakan apa yang terbuku dalam hati sejak tadi.
"Tak ada apa-apa," balasku seraya ketawa kecil.
"Cakaplah kalau ada apa-apa," tegas umi lagi.
"Bangunan pejabat dia bergoyang tadi, itu yang dia takut sangat," jelas abah kepada umi, menjawab bagi pihakku.
"Bangunan pejabat kau tak elok ke?" soalan sama keluar dari mulut umi seperti soalan abah tadi. Memang pasangan sehati sejiwa.
"Gempa bumi, tsunami kat Sumatera pukul 6:16 tadi," kata abah lagi.
"Dah tau bangunan tu bergoyang kenapa tak lari aje? Kau tunggu kat dalam bangunan tu aje ya?" soal umi pula nyata lebih tegas berbanding abah tadi.
"Ya umi, sebab bos kata tak ada apa-apa. Tapi dalam hati Allah saja tau Umi, kalau boleh Izan nak lari aje. Izan sempat tengok jam, masa tu baru pukul 6:19, ada lagi sebelas minit sebelum balik," balasku kali ini aku mendukung Miqhail semula.
"Pentingkan nyawa, Izan," kata umi.
Namun bila aku kenangkan balik kejadian 6:16 petang tadi, aku memang terkaku tak mampu berbuat apa-apa. Malah, bila jam dah tepat pukul 6:30 tangan aku menggigil mengemas barang-barang. Man pula dah selamat keluar dari pejabat dan aku tahu, kalau ada apa-apa yang terjadi dia dah selamat. Sekurang-kurangnya kalau benarlah bangunan pejabat ini tumbang, dia ada untuk menjawab dan memberitahu keluargaku tentang aku. Kalau ya itu yang berlaku, aku harap sangat dia dapat sampaikan pada abah dan umi yang aku terlalu menyayangi mereka, lebih dari diriku sendiri. Aku tahu, dia pasti tahu tentang hal itu.
Ini bukan kali pertama aku terkaku bila bertemu dengan keadaan panik begini. Pernah dulu, selepas keretaku hampir tersasar ke bahu jalan dan jatuh ke curam, kakiku membeku. Tanganku beku dan mataku seakan terpaku, tak mampu kugerak ke kanan mahupun ke kiri. Semasa hari raya korban iaitu ketika menyaksikan lembu kami yang dikorbankan, lembu itu berjaya melarikan diri dan melompat melepasi pagar. Jarak lembu itu dan aku tak sampai pun satu kaki. Kebetulan masa tu aku sedang merakam dengan kamera. Aku terkaku dan tak bergerak. Ayuz sempat jerit dan tarik tanganku suruh masuk ke dalam kereta, barulah aku berdaya bergerak.
Selain itu, ada satu lagi kejadian di rumah lama yang mustahil aku lupakan. Ketika itu aku sedang melayan rancangan di tv. Tiba-tiba dengar orang menjerit mengatakan rumah sebelah dah terbakar. Semua orang (keluargaku) berlari keluar dan tinggal aku sendirian dalam rumah. Aku memandang semua cd dan perabot rumahku. Sayang untuk aku tinggalkan macam itu saja. Sekali lagi badanku mengeras. Kali ini umi menjerit padaku, barulah aku bangun dan keluar dari rumah. Tapi ketika itu, otakku mampu berfikir lebih waras. Aku berlari mendapatkan bantuan jiran. Ramai-ramailah mereka berusaha memecahkan rumah itu dan memadamkan api.
Kalau dikenang-kenangkan balik, aku bersyukur. Amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup dan dipanjangkan nyawa. Inilah kali pertama aku melalui pengalaman gempa bumi. Bila duduk sendiri, aku terkenangkan mangsa-mangsa yang terkorban. Mungkin inilah perasaan mereka sebelum nyawa terpisah dari badan. Terutama sekali apabila mengenangkan orang yang paling mereka sayangi dan bakal mereka tinggalkan di belakang.
Walaupun magnitud gempa bumi di Sumatera hanya mencatatkan pada kiraan 7.7 (ada laporan yang mengatakan 7.6) diikuti pula 6.2 magnitud, 20 minit selepas gempa bumi pertama iaitu kurang daripada magnitud yang dicatatkan di Samoa (8 magnitude), dan sejarah terburuk tsunami pada tahun 2004 iaitu 8.1 magnitude tetapi gegarannya tetap dirasakan. Aku harap kali ini, aku akan lebih bersedia untuk melarikan diri pada bila-bila masa.
* Aku tahu mati itu pasti, tetapi aku pernah katakan pada abah, "Izan sedia bila-bila masa sahaja tapi kalau boleh nak mati sempurna." Dan kalau boleh, aku mahu mati di samping keluargaku, di depan abah, umi, along, ayuz dan Miqhail. Nyawa, dunia, syurga dan akhiratku.
Al-Fatihah kepada saudara Islam yang terkorban di Padang, Sumatera. Sehingga entri ini ditulis, seramai seribu orang dipercayai telah meninggal dunia dan 75 lagi disahkan telah terkorban. Harap jumlahnya tidak bertambah. Amin.