Kisah Sebalik 1600x1067
Pasukan pakar kostum KESUMA ASWARA!
Rabu lepas, aku yang masih dalam mood hari raya telah menjadi hantu raya... merayau-rayau ke setiap rumah. Kononnya naklah beraya. Malangnya, masih ramai lagi tuan rumah yang belum balik. Jadi, aku baliklah ke rumah aku ni dengan sedikit hampa bercampur pula kecewa.
Al-maklumlah, suasana raya masih lagi 'mencongkam' sanubari bak kata orang Minang. Tahap kelajuan menaip tugasan pun lebih kurang 20km/j. Lambat sangat, betul tak? Tambah pula teringat-ingat biskut-biskut raya yang tak sempat terjamah atas meja. Adei!!!
Member kat sebelah pula macam biasa, tekun sangat buat tugasan dia. Cemburu pun ada juga sebab energy level dia sama tak berubah. Baik sebelum dan selepas raya. Jadi memandangkan si dia tekun dengan tugasan, aku pun menekunkan diri melayari setiap blog sehinggalah terjumpa gambar di atas ni.
Segera kenangan silam menerpa. Aduh! Kuat betul terpaan memori itu sampai rebah aku dibuatnya. Lebih bagus lagi, aku memang tengah mencari-cari gambar ini (sebab dah terhapus dek virus sialan yang menyerang arwah Romi jr!)
Ceria betul setiap manusia yang ada dalam gambar ni, betul tak? Sesuai sangat dengan suasana kemeriahan hari raya. Senyuman masing-masing sampai ke tahap telinga. Macam nak masuk pertandingan gigi siapa paling putih tak pun pipi siapa paling gebu!!!!
Namun, tak siapa tahu kisah yang berlaku di sebalik gambar yang ceria ini. Kalau tahu, mesti tak percaya macam mana kesemua 7 orang itu mampu tersenyum lebar.
Begini kisahnya, gambar ini diambil khas untuk produksi KESUMA beberapa tahun lepas di ASWARA. Kesuma merupakan teater sulung ASWARA yang dinaiktarafkan menjadi universiti dan seterusnya menukar nama ASK kepada ASWARA.
Berbalik kepada kisah sebalik gambar ni. Konta-kente bertujuh ini sebenarnya terpilih atau lebih tepat lagi, dengan sukarelanya (tak termasuk si tinggi berbaju hijau tu. Dia memang suka-suka bereksperimen sampaikan orang terkejut tengok dia sertai produksi KESUMA tapi bukan sebagai PELAKON... Roy kau memang suka bikin gempak!) menjadi sebahagian tenaga kerja dan bertugas sebagai pembantu kostum bawah kepimpinan abang Rosman (ketua yang terbaik sepanjang di ASWARA!).
Memandangkan sesi fotografi ini akan mengambil masa yang panjang, jadi kami sepakat nak ambil gambar terlebih dulu sebab kami tak memerlukan masa yang lama tanpa perlu disolek atau menyolek diri (melainkan Salwa yang memang terkenal dengan gelaran minah control cunnya.... jangan marah Salwa, gurau-gurau sikit!).
Keputusan kami itu dikecam hebat oleh seseorang yang kami gelar.... opss, takpelah. Rasanya lebih baik dirahsiakan nama takut menjejaskan reputasi dia. Sebenarnya, masa tengah ambil pose tu, sempat lagi si dia itu komen macam-macam. Dan disebabkan si dia ni bersuara nyaring, jadi habislah satu ASWARA dengar suara dia yang menjerit tak ubah macam pontianak kehilangan anak!
Mulanya, aku dengan yang lain fikir tentu gambar yang diambil nanti teruk. Yalah, sebab kena psiko habis-habis. Tapi, bila buku produksi dah siap. alangkah terkejut beruknya aku bila tengok, pose selamba dengan raut wajah manis. Aduh!
Macam tak puas pulak tengok gambar ni. Inilah gambar paling aku sukai sepanjang di ASWARA. Mungkin disebabkan makian itu kami bertujuh serap dan pusingkan mood membuatkan ia nampak BAHAGIA, padahal hakikatnya dalam hati aku menyumpah tak cukup ayat masa tu!!!!