Sebelum tarikh yang satu ini tiba, macam-macam andaian telah dibuat oleh pelbagai pihak. Entah. Pihak bertanggungjawab ataupun tidak. Tak mahu komen banyak. Kononnya, ada dua tarikh yang diandaikan sebagai penamat kehidupan manusia dan makhluk lainnya di muka bumi ini. Satu; 12 12 12 dan yang keduanya; 21 12 12! Haish. Manakah pergi pedoman?
Malas nak cerita banyak tentang dua
tarikh ini. Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa. Termasuklah
kehidupan aku yang semakin hari, semakin sibuk. Sibuk dengan tugasan
yang pelbagai. Manuskrip tak tersentuh lagi. Penerbit dah mula merisik
khabar, bila proposal untuk Tele-movie boleh disiapkan.
Kerja,
kerja dan kerja! Alhamdulillah. Ada juga benda yang perlu aku buat.
Taklah menunggu kiamat datang. Oh ya, kalian sedar bukan? Kalian dan kiamat, jaraknya hanya sejengkal? Ha! Tak tahu? Sungguh tak cukup lagi IQ di minda.
Berfikir di luar kotak ya? Jangan asyik sempit dan menyempitkan diri.
 |
12/12/12 Hari lahir Rose |
Sebenarnya, tarikh hari ini sangat
menarik. Aku pasti, ramai sungguh manusia yang menunggu dan memilih
tarikh ini sebagai sesuatu yang istimewa khususnya pasangan yang nak
menikah! Betul tak? Tak kurang juga di pejabat aku, ada seorang teman
yang menyambut ulangtahun hari kelahirannya. Fakta menarik; kami
berkongsi tahun kelahiran. Indahnya satu kebetulan. Mungkin disebabkan hal
ini, kami rapat dan sesuka hati berbicara tentang apa juga.
Majikan
kami meluangkan masa untuk meraikan hari kelahiran rakan setugas ini.
Maka, merewang-rewanglah kami beramai-ramai; bertemankan majikan.
Sekurang-kurangnya, lepas kepala. Eh, maksudnya... ringanlah sedikit
bebanan yang berkurung dalam kepala otak.
 |
Pengapit yang 'over'! |
 |
Make a wish? |
 |
Baby January, Baby June & Baby December of 83' |
Apa yang tidak boleh dilupakan apabila
tuan majikan beri peluang untuk kami bertiga menjadi model tidak
bertauliah. Hahaha. Lucu sangat. Habislah segala gelagat terkeluar.
Depan majikan pula tu! Haish, inilah dia bila perempuan dah mula nampak
lensa kamera!
12/12/12
mengukir satu kenangan. Jujurnya, ia antara kenangan paling manis
sepanjang tiga tahun aku bekerja di sini. Wah? Tiga tahun? Ya. Tak
sangka. Pelbagai krisis terjadi, aku tetap di sini. Insya-allah, bulan
April tahun hadapan, genaplah empat tahun perkhidmatan aku di sini.
 |
Gaya manja katanya; Fion Lee |
 |
Birthday GIRL : Rose |
 |
Apo nak dikato? |
Dalam
tiga tahun ini juga, pelbagai ragam dan gelagat manusia yang aku jumpa.
Datang dan silih berganti. Alhamdulillah, beberapa bulan ini keadaan
seakan tenang dan masing-masing seakan serasi. Bergaduh sesama rakan
sekerja memang ada. Bukanlah kerana hal peribadi tetapi demi kepentingan
syarikat. Bila waktu kerja, fokus terhadap kerja. Bila dapat waktu
berhibur, tak ingat dunia? Hahahaha.
 |
Aku memang suka rosakkan gambar! |
 |
Haish...model tanpa tauliah! |
 |
Okaylah tu... |
*
Mungkin perkongsian usia buat kami bertiga ni rapat? Entahlah. Harap
moga kekal begini. Malas dah nak bertegang urat, bergaduh tak tentu
pasal dengan orang. Kiamat itu sejengkal, bukan? Hehehe.